SEKINCHAN: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berhasrat mahu meningkatkan kuota pengeluaran benih padi NMR 152 yang dianggap masih rendah dan belum mencukupi.
Menterinya, Chang Lih Kang berkata kuota tahunan pengeluaran benih baka baharu padi itu hanya belasan ribu metrik tan di seluruh negara, di samping benih itu turut mendapat permintaan tinggi daripada pesawah terutama dari Selangor dan Perak.
"Benih itu menjadi pilihan pesawah kerana padinya berproduktiviti tinggi selain tahan penyakit, cuaca ekstrem, kemarau dan banjir.
"Susulan itu, kementerian berhasrat kuota pengeluarannya perlu ditingkatkan sehingga 30 peratus di setiap negeri berbanding hanya 10 hingga 20 peratus ketika ini," katanya ketika pemberita selepas lawatan kerja ke Tapak Projek Penyelidikan Padi NMR 152 di Kampung Sungai Leman, di sini, pada Ahad.
Katanya, benih NMR 152 mampu mengeluarkan hasil tanaman hingga 10 tan sehektar berbanding kadar purata hasil padi lain sekitar enam tan sehektar di kawasan tanaman sama.
Menurut Chang, pihaknya akan membincangkan isu mengenai benih berkenaan dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
"Kita mempunyai pelbagai variati benih padi dan masalah utama NMR 152 adalah melibatkan kuota pengeluarannya. Selain itu, pengeluaran benih berkenaan tidak begitu cepat dan kita perlu merancakkan lagi usaha bagi mengatasi masalah tersebut dengan kerjasama KPKM," katanya.
Benih NMR 152 hasil kajian dari Agensi Nuklear Malaysia dibawah MOSTI sejak 15 tahun lalu menggunakan aplikasi teknologi nuklear dan penyaringan ketat selain pemilihan baka khusus mengikut garis panduan Penghasilan Benih Padi Sah Negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 25 2024

Benih itu menjadi pilihan pesawah kerana padinya berproduktiviti tinggi selain tahan penyakit, cuaca ekstrem, kemarau dan banjir. - Gambar hiasan/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Malaysia di tangga ke-33 dalam Laporan Indeks Inovasi Global
Malaysia menduduki tangga ke-33 daripada 133 negara dengan skor keseluruhan 40.5 dalam Laporan Indeks Inovasi Global (GII) 2024.

MOSTI komited laksana pelbagai inisiatif pembudayaan STI - Chang
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) terus komited melaksanakan pelbagai inisiatif pembudayaan dan jangkauan sains.

MOSTI sambut baik penglibatan pelbagai pihak bangunkan bidang aeroangkasa
Aminuddin berkata ia sejajar dengan usaha kementerian yang mahu memberikan penekanan dan merancakkan lagi pembangunan bidang aeroangkasa.

Lebih ramai bakat teknikal yang faham teknologi diperlukan - Chang
Ia berikutan perkembangan pesat teknologi baharu seperti tenaga baharu dan kecerdasan buatan di peringkat global.

Peristiwa tengah hari 'tanpa bayang' di Putrajaya, Kuala Lumpur pada 27, 28 Mac
Matahari akan berada betul-betul di atas garisan Khatulistiwa pada sepanjang hari, membawa kepada peristiwa yang dinamakan ekuinoks.

Ambil Qatar sebagai contoh, MRANTI pandang serius isu keselamatan makanan
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MRANTI, Datuk Rais Hussin, strategi itu akan merangkumi pelan hala tuju menerusi Dasar Revolusi Perindustrian ke- 4 Negara ( Dasar 4IR Negara).

Kuota pengeluaran benih padi NMR 152 perlu dipertingkatkan - MOSTI
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berhasrat mahu meningkatkan kuota pengeluaran benih padi NMR 152 yang dianggap masih rendah dan belum mencukupi.

Fenomena gerhana bulan separa Ahad ini
Orang ramai terutama peminat astronomi berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan separa bermula pada Ahad ini.

Kerajaan tetap syarat baharu operasi Lynas
Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) mengemas kini syarat operasi Lynas yang sedang berkuat kuasa.

Lynas tidak dibenar hasilkan sisa radioaktif tambahan selepas Julai
Perkara itu dimaklumkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang, selepas permintaan Lynas untuk menggugurkan empat syarat berkaitan aktiviti projek itu ditolak.