KUALA LUMPUR: Terdapat keperluan untuk mewujudkan lebih ramai bakat-bakat bidang teknikal yang memahami teknologi dengan lebih baik berikutan perkembangan pesat teknologi baharu seperti tenaga baharu dan kecerdasan buatan di peringkat global.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata ini kerana permintaan untuk pekerja berkemahiran tinggi sudah pasti akan meningkat setiap tahun kerana lebih banyak pelaburan asing berasaskan teknologi akan masuk ke Malaysia.
"Tahun lepas kerajaan telah memperkenalkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR), yang menerusi pelaksanaan 10 projek peralihan tenaga akan menarik pelaburan berjumlah RM25 bilion, mewujudkan kira-kira 23,000 pekerjaan dan membantu Malaysia mencapai pelepasan karbon sifar menjelang 2050.
"Ini juga bermakna kita perlu latih lebih ramai juruteknik mahir untuk penuhi keperluan perusahaan dan membantu Dasar Kebangsaan Industri 4.0 Malaysia," katanya semasa berucap di majlis pelancaran Pameran Pendidikan Vokasional Malaysia-China Universiti Merdeka Berhad (MUB) 2024, di sini pada Isnin.
Sementara itu Chang berkata Pameran Pendidikan Vokasional MUB Malaysia-China 2024 yang memasuki tahun ketiga menyediakan pelbagai saluran bagi pelajar melanjutkan pelajaran dan mendapatkan khidmat perundingan, membantu negara dalam melatih lebih ramai bakat-bakat bidang teknikal.
Chang berkata acara tahun ini adalah penting kerana ia telah disenaraikan sebagai salah satu aktiviti khas bagi memperingati ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Pada masa yang sama beliau berkata MUB dan rakan-rakan kongsinya sebagai jawatankuasa penganjur acara ini akan menawarkan biasiswa bernilai RM10 juta yang akan membuka peluang kepada 500 pelajar Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di China.
"Tahun 2024 menandakan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China dan saya percaya kedua-dua negara telah melakukan banyak usaha sama mendalam dalam pelbagai bidang seperti perdagangan, ekonomi, teknologi dan pendidikan.
"Saya berharap pameran ini dapat memudahkan penyertaan lebih ramai belia Malaysia dalam pelbagai jurusan latihan vokasional dan seterusnya memasuki sektor pekerjaan, sekali gus mengurangkan kebergantungan Malaysia kepada petugas bukan teknikal dalam kalangan pekerja asing," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 25 2024

Lih Kang berkata ini kerana permintaan untuk pekerja berkemahiran tinggi sudah pasti akan meningkat setiap tahun kerana lebih banyak pelaburan asing berasaskan teknologi akan masuk ke Malaysia. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Lebih ramai bakat teknikal yang faham teknologi diperlukan - Chang
Ia berikutan perkembangan pesat teknologi baharu seperti tenaga baharu dan kecerdasan buatan di peringkat global.