SHAH ALAM: Orang ramai terutama peminat astronomi berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan separa bermula pada Ahad ini.
Planetarium Negara menerusi kenyataan memaklumkan, fenomena berkenaan dapat dilihat bermula jam 3.35 pagi hingga 4.52 pagi ketika bulan terlindung oleh bayang umbra bumi.
"Walaupun gerhana bermula lebih awal iaitu pada pukul 2.01 pagi, kesan masih belum kelihatan kerana terlindung oleh bayang penumbra bumi yang kurang gelap.
"Kesan gerhana kekal kelihatan dari jam 3.35 pagi sehingga capai maksimum pada 4.14 pagi dan berakhir 4.52 pagi.
"Bermula 4.52 pagi, bulan mengalami fasa penumbra semula sehingga gerhana tamat sepenuhnya pada 6.26 pagi.
"Ketika gerhana mencapai maksimum, bulan kekal tertutup sekitar 12 peratus oleh bayang umbra bumi," menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu agensi tersebut turut memaklumkan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi akan mengadakan Program Pencerapan Gerhana Bulan Separa 2023 di Planetarium Negara bermula pukul 10 malam Sabtu ini.
Program secara percuma itu membolehkan pengunjung menyaksikan dua buah planet iaitu Musytari dan Zuhal terlebih dahulu sebelum dapat melihat gerhana bulan separa pada awal pagi Ahad.
"Planetarium Negara turut bekerjasama dengan persatuan Astronomi Star Finder dalam menyediakan kemudahan teleskop kepada orang awam menyaksikan fenomena gerhana bulan separa.
"Bagi yang tidak berkesempatan ke Planetarium Negara, imej gerhana bulan separa akan disiarkan melalui penstriman langsung di laman Facebook dan YouTube Planetarium Negara.
"Penampakan fenomena berkenaan bergantung kepada keadaan cuaca semasa di lokasi pencerapan," jelasnya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Oct 28 2023
fenomena berkenaan dapat dilihat bermula jam 3.35 pagi hingga 4.52 pagi ketika bulan terlindung oleh bayang umbra bumi. - Gambar hiasan/123RF
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Fenomena gerhana bulan separa Ahad ini
Orang ramai terutama peminat astronomi berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan separa bermula pada Ahad ini.