KUALA LUMPUR: Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) diberikan mandat kepercayaan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk bertanggungjawab dalam menangani isu keselamatan makanan di negara ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MRANTI, Datuk Rais Hussin, strategi itu akan merangkumi pelan hala tuju menerusi Dasar Revolusi Perindustrian ke- 4 Negara ( Dasar 4IR Negara).
‘Dengan dasar 4IR ini, kita ada sistem yang boleh membenarkan praktik yang secara langsung turut boleh meningkatkan hasil, pendapatan dan paling penting menangani isu keselamatan makanan’
Sebagai konteks, Dasar 4IR Negara ini merupakan salah satu matlamat oleh kerajaan untuk meningkatkan kesediaan negara yang bertujuan untuk mentransformasi Malaysia menjadi negara yang lebih berpaksikan kepada teknologi dan pendigitalan.
Beliau turut berpendapat bahawa isu keselamatan makanan ini tidak mampu reda secara efektik jika negara tidak tegas dalam melaksanakan dasar 4IR.
“Dengan satu ekar tanah yang sama, negara boleh menghasilkan lebih banyak hasil dan ini juga boleh menangani isu pendapatan petani.
Rais berkata, antara negara contoh yang boleh dijadikan sebagai model ialah Qatar.
‘Beberapa tahun yang lepas, negara itu mengimport hampir semua jenis barangan tetapi sekarang, peranan itu terbalik dimana mereka mengeksport bahan-bahan seperti susu, keju, ayam, daging dan sayur-sayuran,’ tambah beliau lagi kepada pemberita usai lawatan media di MRANTI.
Sejajar dengan ini, beliau turut berkata bahawa MRANTI akan menghantar beberapa wakilnya ke Qatar untuk memahami dengan lebih mendalam tentang pelaksaanaan ini.
Menurutnya lagi, pihaknya masih lagi dalam proses pembincangan bersama kedutaan Qatar.
MRANTI adalah sebuah agensi pengkomersialan penyelidikan dan inovasi (R&D) yang pacu oleh permintaan dalam teknologi dan inovasi di seluruh industri untuk menangani cabaran-cabaran nasional dan global.
Pia Ernadya
Mon Mar 04 2024

Menurut Rais, antara negara contoh yang boleh dijadikan sebagai model ialah Qatar. - Foto Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Ambil Qatar sebagai contoh, MRANTI pandang serius isu keselamatan makanan
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MRANTI, Datuk Rais Hussin, strategi itu akan merangkumi pelan hala tuju menerusi Dasar Revolusi Perindustrian ke- 4 Negara ( Dasar 4IR Negara).

MOSTI lancar Agenda Force For Good di bawah MRANTI, komitmen melindungi alam sekitar - Lih Kang
Inisiatif itu melibatkan empat teras utama yang selari dengan usaha kerajaan mencapai sasaran pengurangan perlepasan karbon negara.

MOSTI lancar makmal alami kenderaan berautonomi MRANTI, selaras dasar NAP 2020
MRANTI AV XL merupakan sebuah pusat kecemerlangan kenderaan berautonomi (AV) dan Next-Generation Vehicles (NxGVs) dengan tujuan memacu pembangunan, pengujian dan pengkomersialan inovasi teknologi AV.

Sidang Kemuncak MCY 2023 tumpu lonjak hasil R&D&I tempatan ke pentas global
Sejak 2016, MCY berjaya membantu mengkomersialkan lebih 400 hasil R&D&I tempatan ke pasaran tempatan dan antarabangsa.

RM51.8 juta hasil jualan inovasi tempatan dijana melalui NTIS
Dalam tempoh dua tahun penubuhan NTIS, sebanyak 24 inovasi bagi menangani cabaran masyarakat dan sektoral berjaya dikomersialkan dan telah menjana hasil jualan sebanyak RM51.8 juta.

Malaysia perlu lebih ramai jurutera bantu pembangunan negara mampan - MOSTI
Malaysia memerlukan lebih ramai jurutera untuk membantu negara mencapai Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke arah membina masa depan lebih mampan.

MRANTI giat pemain industri dalam R&D, komersial dan inovasi menerusi Program Supercharger Series
Malaysian Research Accelerator For Technology And Innovation (MRANTI) lancar Program Supercharger Series, Supercharging Your Commercialisation Potential.

Tingkatkan minat orang muda terhadap STEM - CEO MRANTI
Malaysia perlu berusaha meningkatkan minat generasi muda terhadap Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

100,000 pekerjaan bakal diwujud melalui industri dron - Dr Adham
Kerajaan menyasarkan sebanyak 100,000 peluang pekerjaan diwujudkan melalui industri dron di Malaysia selain menyumbang RM50 bilion kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) menjelang 2030.

MOSTI, TPM, Huawei Malaysia dan TM jalin usaha sama perkasa perniagaan dengan e-perkhidmatan MRANTI
Technology Park Malaysia Corporation menandatangani MoU dengan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd dan Telekom Malaysia Berhad bagi menjalinkan usaha sama untuk membangunkan MRANTI.