HULU SELANGOR: Kunjungan Sheikh Al-Azhar Al-Sharif Prof Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb ke Malaysia khususnya Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), akan membuka dimensi baharu kepada pemerkasaan serta perkembangan pendidikan tahfiz dan Al-Quran di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata kunjungan Sheikh Al-Azhar juga diharap membuka peluang lebih luas kepada graduan Darul Quran JAKIM untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar, Mesir.
"Ini membuka peluang yang lebih luas kepada para graduan Darul Quran JAKIM untuk melanjutkan pengajian bukan sahaja di Maahad Qiraat Shoubra, Mesir tetapi juga dalam bidang-bidang lain di Universiti Al-Azhar," katanya ketika berucap pada majlis lawatan kerja Sheikh Al-Azhar itu ke Darul Quran JAKIM) di Kuala Kubu Bharu, hari ini.
Beliau berucap dalam Bahasa Arab dan terjemahan teks ucapan dalam Bahasa Melayu diedarkan oleh pejabat menteri kepada media, di sini.
Turut hadir Ketua Pengarah JAKIM Datuk Hakimah Mohd Yusoff dan Pengetua Darul Quran Mohd Ansarullah Mohd Hashim.
Menurut Mohd Na'im Malaysia sejak pascakemerdekaan terus komited memperkasakan pendidikan tahfiz dan al-Quran menerusi pelbagai institusi swasta dan kerajaan termasuk penubuhan Darul Quran sebagai institusi pengajian al-Quran dan Qiraat.
Beliau berkata sejak penubuhannya pada 1966, Darul Quran telah memainkan peranan besar dalam pendidikan tahfiz di negara ini.
"Sehingga kini bilangan graduan Darul Quran mencapai lebih daripada 11,000 orang yang memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadian ummah serta pada masa sama menggalakkan perkembangan pendidikan tahfiz dalam negara.
"Malah di peringkat pengajian tinggi juga telah diperkenalkan bidang tahfiz sebagai satu daripada bidang pengajian dan sebagai nilai tambah bagi bidang-bidang profesional yang ditawarkan," katanya.
Mohd Na'im berkata pengintegrasian komponen pendidikan al-Quran dengan bidang lain mampu melahirkan generasi penghafaz al-Quran yang menguasai bidang ilmu lain seterusnya mewujudkan keseimbangan kesejahteraan duniawi dan ukhrawi.
Sheikh Al-Azhar kini dalam lawatan khas ke Malaysia selama empat hari sehingga Jumaat ini atas undangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Petang ini, Sheikh Al-Azhar dijadualkan mengadakan pertemua bersama Anwar di Seri Perdana, Putrajaya dan seterusnya menyertai Majlis Ilmu MADANI: Distinguished Speaker Series.
Lawatan khas oleh Sheikh Al-Azhar, yang berstatus Perdana Menteri berdasarkan Perlembagaan Mesir, merupakan detik bersejarah dalam hubungan dua hala antara Malaysia dan Mesir.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 03 2024
![Kunjungan Sheikh Al-Azhar buka ruang perkasa pendidikan tahfiz, al-Quran negara - Mohd Na'im Kunjungan Sheikh Al-Azhar buka ruang perkasa pendidikan tahfiz, al-Quran negara - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719997056_SheikhAlAzharAlS.jpg)
Prof Ahmad Muhammad (dua, kanan) menyantuni pelajar Darul Quran semasa membuat Lawatan Kerja ke Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu hari ini.- Foto Bernama
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.
![Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740004505_TBlemas.jpg)
Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Agong terima menghadap Sheikh Al-Azhar Agong terima menghadap Sheikh Al-Azhar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720069849_tbYDPA.jpg)
Agong terima menghadap Sheikh Al-Azhar
Pertemuan Yang di-Pertuan Agong bersama Prof Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb berlangsung selama sejam bermula 10 pagi.
![Pelajar tahfiz, qiraat Malaysia dipelawa sambung belajar di Mesir - Sheikh Al-Azhar Pelajar tahfiz, qiraat Malaysia dipelawa sambung belajar di Mesir - Sheikh Al-Azhar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720042629_AhmadMuhammadAhmad.jpg)
Pelajar tahfiz, qiraat Malaysia dipelawa sambung belajar di Mesir - Sheikh Al-Azhar
Sheikh Al-Azhar kini dalam rangka lawatan khas tiga hari ke Malaysia atas undangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Kunjungan Sheikh Al-Azhar buka ruang perkasa pendidikan tahfiz, al-Quran negara - Mohd Na'im Kunjungan Sheikh Al-Azhar buka ruang perkasa pendidikan tahfiz, al-Quran negara - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719997056_SheikhAlAzharAlS.jpg)
Kunjungan Sheikh Al-Azhar buka ruang perkasa pendidikan tahfiz, al-Quran negara - Mohd Na'im
Kunjungan Sheikh Al-Azhar Al-Sharif Prof Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb ke Malaysia khususnya Darul Quran JAKIM akan membuka dimensi baharu.