KUALA LUMPUR: Sheikh Al-Azhar Al-Sharif Profesor Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb mempelawa pelajar Malaysia dalam bidang tahfiz Al-Quran dan Qiraat untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Kampus Tanta, Mesir.
"Saya sangat gembira melihat perkembangan Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Malaysia. Kini hampir 7,000 pelajar Malaysia menyambung pelajaran dalam pelbagai bidang di Mesir.
"Oleh itu, saya ingin mempelawa pelajar lepasan Darul Quran dan maahad tahfiz Al-Quran yang lain di Malaysia untuk menyambung pelajaran bukan sahaja di Maahad Qiraat Shoubra, malah ke Kulliyyah Al-Quran Al-Karim di Tanta," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis lawatan kerja Sheikh Al-Azhar ke Darul Quran JAKIM di Kuala Kubu Bharu, pada Rabu.
Turut hadir Ketua Pengarah JAKIM Datuk Hakimah Mohd Yusoff, Duta Mesir ke Malaysia Ragai Tawfik Said Nasr, mufti dan para pegawai agama lepasan universiti berkenaan.
Sebelum itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam ucapannya menyatakan harapan agar kunjungan Sheikh Al-Azhar dapat membuka peluang lebih luas kepada graduan Darul Quran JAKIM untuk melanjutkan pengajian dalam bidang-bidang lain selain Qiraat di Universiti Al-Azhar, Mesir.
Dalam ucapannya, Sheikh Al-Azhar mengingatkan orang ramai mengenai bahaya aliran hermeneutik dalam mentafsirkan makna ayat al-Quran dan golongan Quraniyyun yang menimbulkan keraguan terhadap kebenaran hadis Rasulullah, yang jika dibiarkan akan menghilangkan tiga perempat ajaran agama Islam.
Sementara itu, Sheikh Al-Azhar juga mendoakan keselamatan rakyat Palestin dan kesejahteraan rakyat Malaysia.
"Semoga dengan keberkatan al-Quran al-Karim, Allah kurniakan kemenangan kepada masyarakat Palestin yang teguh mempertahankan tanah air mereka dan semoga Allah memelihara Malaysia dan rakyatnya," katanya.
Beliau turut menzahirkan penghargaan atas sambutan dan layanan yang diterima semasa lawatannya ke Malaysia.
Sheikh Al-Azhar yang kini dalam rangka lawatan khas tiga hari ke Malaysia atas undangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Wisma Putra dalam kenyataan semalam memaklumkan lawatan khas oleh Sheikh Al-Azhar, yang berstatus Perdana Menteri berdasarkan Perlembagaan Mesir, merupakan detik bersejarah dalam hubungan dua hala Malaysia dan Republik Arab Mesir. - BERNAMA
Bernama
Wed Jul 03 2024

Sheikh Al-Azhar Al-Sharif, Prof Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb menyampaikan ucapan pada Majlis Lawatan Kerja ke Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu, 3 Julai 2024. --fotoBERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kebakaran: KPT minta pelajar Malaysia di Los Angeles kemas kini butiran diri
Semua pelajar Malaysia yang berada di Los Angeles, Amerika Syarikat digalak untuk mengemas kini butiran diri dan pengajian melalui sistem MyData@EducationMalaysia4U.

Pelajar Malaysia di Syria selamat - Mohamad Hasan
Semua pelajar berada di kampus universiti dan situasi mereka sentiasa dipantau Konsulat Malaysia di Syria.

Kementerian Luar pastikan keselamatan pelajar Malaysia susulan rusuhan di Bangladesh
Kementerian Luar telah mengarahkan semua langkah yang perlu untuk memastikan keselamatan pelajar Malaysia di Bangladesh.

Pameran Pendidikan Korea di Kuala Lumpur untuk tarik minat pelajar Malaysia
Pameran itu bertujuan menarik minat pelajar antarabangsa yang cemerlang, dengan menampilkan kelebihan menyambung pengajian di Korea Selatan.

Ahmad Zahid raikan pelajar dan komuniti Malaysia di Shenzhen
Ahmad Zahid menggesa rakyat Malaysia di China menjadi duta negara yang bertanggungjawab dalam mempamerkan imej baik Malaysia.

Mindef sedia hantar ATM ke Asia Barat bantu urus keselamatan pelajar Malaysia - Adly
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata ATM sentiasa bersiap siaga jika bantuannya diperlukan.

Kariah masjid solat jenazah ghaib untuk Allahyarham Megat Ashman Aqif
Solat itu diimamkan oleh Imam Masjid Sultan Yussuf, Muhammad Shamsuddin dan turut dihadiri datuk kepada Allahyarham dan ahli keluarga lain.

Menguasai bahasa Perancis buka pelbagai peluang buat pelajar Malaysia
Bahasa Perancis adalah bahasa asing kedua yang dipelajari di sekolah menengah di Malaysia selepas bahasa Jepun.

28 pelajar Malaysia ikuti program YES di Amerika Syarikat
Apabila tiba nanti, pelajar akan ditempatkan bersama keluarga angkat dan sekolah angkat mereka di seluruh Amerika Syarikat.

Keluarga pelajar Malaysia yang maut di Taiwan bakal terima pampasan
Kematian pelajar itu didedahkan pada 13 Oktober tahun lalu oleh polis New Taipei selepas si pelaku mengakui dia telah membunuh mangsa.