Kumpulan terakhir jemaah haji Malaysia seramai 475 orang selamat pulang ke tanah air di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dekat sini pada 4.10 pagi tadi.
Lembaga Tabung Haji (TH) menerusi kenyataan hari ini memberitahu keseluruhan seramai 30,173 jemaah haji Malaysia selamat pulang, manakala 24 jemaah haji telah meninggal dunia di Tanah Suci dan tiga lagi jemaah haji Malaysia sedang mendapatkan rawatan di hospital Arab Saudi.
"Para jemaah tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohamad bin Abdulaziz, Madinah pada pada 1.58 petang waktu Arab Saudi, 12 Sept. Ketibaan kumpulan terakhir ini menandakan berakhirnya Operasi Haji TH bagi Musim 1440H/2019M," kata kenyataan itu.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Nik Mohd Hasyudeen Yusoff dalam kenyataan itu berkata keseluruhannya operasi haji tahun ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini dan rata-rata jemaah haji Malaysia dapat menyelesaikan ibadah haji mereka dengan sempurna.
"TH ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutama Kedutaan Besar Arab Saudi di Malaysia, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, Muassasah Asia Tenggara serta agensi-agensi yang terlibat," katanya.
Menurut kenyataan itu, satu sesi post-mortem akan dilaksanakan tidak lama lagi bagi menilai semula semua sudut operasi dan mencari ruang penambahbaikan bagi musim haji akan datang.
"Surat tawaran untuk menunaikan haji bagi Musim Haji 1441H/2020M dijadualkan akan dikeluarkan bermula November ini secara berperingkat. TH menasihati para pendeposit untuk mengemas kini maklumat masing-masing dengan mengunjungi cawangan-cawangan TH berdekatan.
"Ini bagi mengelakkan surat tawaran haji tidak diterima kerana kesilapan alamat dan butiran peribadi yang tidak dikemaskini," kata kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 13 2019
Ketibaan kumpulan terakhir jemaah haji Malaysia di KLIA, Sepang awal pagi ini, 13 Sept, 2019. Foto TH
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Lelaki China sanggup berbasikal tujuh bulan jumpa Cristiano Ronaldo
Seorang pemuda sanggup berbasikal dari China ke Arab Saudi untuk bertemu bintang bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo.
Arab Saudi mulakan pembinaan Mukaab
Media antarabangsa melaporkan projek bernilai $50 billion (RM237.5 billion) itu dijangka siap sepenuhnya pada 2030.
Kelayakan Piala Dunia: Roberto Mancini, Arab Saudi berpisah
Mancini bergelut untuk memberikan impak sepanjang peranannya sebagai ketua jurulatih apabila hanya memenangi tujuh daripada 18 perlawanan.
WHO dan Arab Saudi perluas program kad kesihatan digital haji
Kad kesihatan Haji ini dibangunkan berdasarkan infrastruktur utama (PKI) dalam Rangkaian Pensijilan Kesihatan Digital Global (GDHCN) WHO.
Arab Saudi menyumbang kepada sokongan UNRWA untuk pelarian Palestin
Kerajaan Arab Saudi komited sokong perjuangan Palestin dan membolehkan UNRWA melaksanakan tanggungjawabnya terhadap pelarian Palestin.
Pakistan, Saudi bincang situasi di Palestin dan Lubnan
Kedua-dua menteri turut mengkaji hubungan dua hala serta membincangkan perkembangan serantau dan antarabangsa.
Keyakinan Najib RM2 bilion adalah derma dari Arab Saudi munasabah - Peguam
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa keyakinan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa RM2 bilion merupakan derma dari Arab Saudi adalah munasabah.
Kedaulatan Lubnan harus dipelihara - Arab Saudi
Arab Saudi teguh memberi sokongan kepada Lubnan yang menjadi sasaran terbaharu Israel.
Malaysia tunggu maklum balas Arab Saudi berkenaan kuota tambahan haji 2025
Mohd Na'im berkata pihaknya telah mengemukakan rayuan bertulis kepada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi mengenai perkara tersebut.
MEDIU tawar biasiswa khas kepada pelajar Malaysia
MEDIU menawarkan dua biasiswa khas untuk pelajar Malaysia untuk menyambung pengajian di universiti antarabangsa itu bagi pengambilan September.