JOHOR BAHRU: Balu kepada pekerja yang maut terjatuh dari bumbung semasa melakukan kerja-kerja pembersihan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri dekat sini tidak menyangka permintaan suami untuk solat subuh berjemaah pada hari kejadian menjadi kenangan terakhirnya.
Dalam kejadian 13 Jun lalu, dua mangsa iaitu Zulhilmi Jufri Johari, 35, dan Syed Haidar Syed Salleh, 34, maut selepas terjatuh dari bumbung semasa melakukan kerja-kerja pembersihan di Stadium Sultan Ibrahim.
Siti Nor Azuha Abdullah, 35, berkata, arwah suami, Zulhilmi Jufri biasanya menunaikan solat Subuh berasingan dengannya.
"Namun pada hari kejadian, saya agak pelik dengan permintaannya seolah-olah satu 'tanda perpisahan' selepas lebih 10 tahun kami mendirikan rumah tangga.
"Selepas solat saya sempat mengucup tangannya. Tidak sangka itu merupakan pertemuan akhir sebelum arwah bertolak pergi kerja kira-kira jam 7 pagi.
"Kira-kira seminggu sebelum kejadian itu, arwah dilihat banyak termenung selain turut memberikan banyak pesanan terutama supaya menjaga anak-anak kami," katanya yang berasal dari Kuala Krai, Kelantan.
Siti Nor Azuha berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah di rumahnya di Taman Sri Orkid, Skudai dekat sini pada Ahad.
Mohd Hairi menyampaikan sumbangan bahan makanan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Johor kepada Siti Nor Azuha yang turut dihadiri Pengarah Perkeso Johor, Tong Sing Chuang.
Siti Nur Azuha berkata, hatinya sayu apabila anak ketiganya sering bertanya bila arwah akan pulang ke rumah kerana masih tidak memahami perkara yang sudah berlaku.
Ibu kepada empat anak berusia satu hingga sembilan tahun itu merakamkan terima kasih kepada pihak Perkeso dan bersyukur kerana arwah suaminya yang baru dua tahun bekerja dengan syarikat terbabit sempat melakukan caruman.
Sementara itu, Mohd Hairi berkata, pihak Perkeso menyerahkan bayaran Faedah Pengurusan Mayat sebanyak RM2,000 dan bantuan makanan kepada Siti Nor Azuha pada Ahad dan memaklumkan keluarga berkenaan akan menerima bayaran Faedah Orang Tanggungan sebanyak RM3,030 bermula bulan depan.
Dalam perkembangan lain, Mohd Hairi memberitahu, Perkeso Johor dan Institut Maklumat bersama Analisis Pesaran Buruh (Ilmia) sedang melakukan kajian sama ada pekerja Malaysia di Singapura perlu mencarum dengan Perkeso bagi mendapat perlindungan sekiranya berlaku kemalangan atau kecelakaan.
Beliau berkata, kajian itu sudah dilakukan awal tahun ini dan keputusannya dijangka pada hujung bulan ini sebelum diserahkan kepada kerajaan Persekutuan untuk ditimbangkan kerana ketika ini tiada akta yang membolehkan mereka mencarum dengan Perkeso.
"Kita akan tengok respon daripada pekerja Malaysia di Singapura. Ini kerana mereka tidak mempunyai sebarang perlindungan jika berlaku kecelakaan atau kemalangan semasa pergi atau pulang dari bekerja," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jun 26 2022

Siti Nor Azuha bersama-sama empat anaknya melihat gambar arwah suaminya dan keluarga di rumahnya di Taman Sri Orkid, Senai, Johor Bahru pada Ahad. -Foto Sinar Harian

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Kucupan tangan terakhir selepas solat subuh berjemaah
Hatinya sayu apabila anak ketiganya sering bertanya bila arwah akan pulang ke rumah kerana masih tidak memahami perkara yang sudah berlaku.