GEORGE TOWN: Makmal Jabatan Sains Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pulau Pinang Gelugor di sini terpaksa dikosongkan petang tadi susulan berlaku tumpahan cecair kimia yang berpunca daripada seekor kucing.
Kucing itu dikatakan menyelinap ke dalam makmal dan menjatuhkan 10 botol mengandungi cecair kimia jenis sodium dehidrogen sebelum disedari pembantu makmal.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak Fauzian Izzuan Abdullah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.48 petang dan menggerakkan 16 anggota termasuk Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) daripada BBP Bayan Baru ke lokasi kejadian.
"Setibanya di tempat kejadian anggota dapati terdapat tumpahan bahan kimia jenis sodium dehidrogen kuantiti 10 botol dengan jumlah keseluruhan 500 milimeter telah pecah di dalam bilik makmal berkeluasan 10x10 kaki persegi.
"Kita mengambil tindakan awal dengan mengosongkan bangunan berkenaan bagi membolehkan pasukan Hazmat menjalankan kerja-kerja nyah cemar bahan kimia tersebut," katanya dalam kenyataan.
Tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu dan operasi tamat sepenuhnya pada 6.47 petang, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 10 2023

16 anggota termasuk Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) daripada BBP Bayan Baru ke lokasi kejadian. - JBPM

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Kucing punca tumpahan cecair kimia
Kucing itu menjatuhkan 10 botol mengandungi cecair kimia jenis sodium dehidrogen sebelum disedari pembantu makmal.

Simbah asid terhadap lelaki warga Pakistan, wanita warga emas dipenjara 12 bulan
Saira mengaku bersalah mencederakan Inam Ullah dengan menggunakan cecair kimia di dalam lif Blok B Pangsapuri Laksamana Jaya, Kampung Laksamana, Batu Caves.

Orang awam diarah jauhi lokasi penemuan 33 tong cecair kimia di Gopeng - Polis
Polis mengingatkan orang awam supaya tidak mendekati kawasan lapang berhampiran Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng yang menjadi lokasi pembuangan haram 33 tong bahan kimia.

Cecair kimia tumpah, pembantu makmal sekolah dikejarkan ke klinik
Seorang pembantu makmal sains Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Udang di sini dikejarkan ke sebuah klinik selepas cecair dipercayai jenis asid nitrik terpercik mengenai kakinya.