Amerika Syarikat (Amerika) menyatakan kesediaan memberi bantuan forensik kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung penemuan kubur di Wang Kelian, Perlis yang bersempadan dengan Thailand.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam kenyataan hari ini berkata ia adalah hasil perbincangan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri Amerika Jeh Johnson di New York sempena lawatan rasmi Ahmad Zahid ke negara itu.
Ahmad Zahid kini dalam rangka lawatan kerja rasmi ke Amerika sejak 26 Mei lalu hingga 1 Jun bagi menghadiri sesi Majlis Keselamatan PBB mengenai Pejuang Pengganas Asing di New York hari ini.
Dalam pertemuan itu, Ahmad Zahid dan Johnson turut membincangkan hal-hal kerjasama dua hala mengenai isu keselamatan termasuk mengenai kemajuan Malaysia memenuhi syarat statutori Program Pengecualian Visa Amerika.
Isu lain yang dibincangkan adalah kerjasama unit rentas sempadan mengenai siasatan jenayah, pemerdagangan orang, langkah Malaysia menangani pejuang asing (IS) menerusi penggubalan Akta Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 serta Undang-Undang Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015, menurut kenyataan KDN.
Menurut kenyataan KDN itu, Johnson merakamkan penghargaan kepada Ahmad Zahid di atas kesudian menghadiri dan menyampaikan ucapan dalam sesi keselamatan PBB mengenai usaha Malaysia menangani permasalahan kumpulan militan IS dan pejuang asing.
Sebelum persidangan itu, Ahmad Zahid turut melawat Pasukan Pengawal Pantai Amerika Syarikat (USCG), sebuah agensi di bawah Jabatan Keselamatan Negara yang bertanggungjawab terhadap keselamatan maritim termasuk kargo.
Semasa lawatan itu, USCG menyatakan kesediaan untuk menawarkan anggota marin PDRM dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menghadiri latihan bina upaya bersama bagi menangani masalah pemerdagangan manusia melalui perairan.
USCG mempunyai pengalaman dalam kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) melalui perairan, menangani penyeludupan senjata api, dadah dan barangan larangan melalui laut.
Bernama
Fri May 29 2015

Amerika Syarikat (Amerika) menyatakan kesediaan memberi bantuan forensik kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung penemuan kubur di Wang Kelian, Perlis. - Gambar Fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Kawasan penemuan kem, kubur di Wang Kelian pada 2015 sentiasa dipantau - Polis
Pihak Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasukan 69 Komando melakukan rondaan berjalan kaki berterusan secara berkala di kawasan itu untuk memastikan tiada lagi aktiviti kemasukan pendatang tanpa izin.

RCI Wang Kelian: Pendatang asing seolah diajar, diatur pihak tertentu
Daripada soal siasat ke atas 38 pendatang asing yang ditahan dalam operasi di Bukit Wang Burma pada 19 Januari 2015, didapati jawapan yang diberikan adalah sama, seperti telah diatur dan diajar.

RCI Wang Kelian: Akaun bank rakyat Malaysia dikesan - Saksi
Seorang saksi hari ini mendedahkan wujudnya nombor akaun bank warga tempatan dalam bentuk dokumen yang dijumpai di kem pendatang tanpa izin (PATI) di Bukit Wang Burma pada 2015.

RCI Wang Kelian: Empat saksi dijangka beri keterangan hari ini
Inspektor Mohamad Afiq Sarmid menjadi saksi pertama daripada empat orang saksi yang dijangka tampil memberi keterangan.

RCI Wang Kelian memasuki hari kelima
Prosiding berlangsung di Dewan Gemilang, Kementerian Dalam Negeri yang diubah suai menjadi mahkamah.

PDRM kenal pasti tujuh sindiket pemerdagangan manusia - Khalid
Empat sindiket pemerdagangan manusia yang mempunyai 20 rangkaian dikenal pasti aktif di Perlis manakala tiga sindiket dengan 17 rangkaian aktif di Kedah.

Fasa kedua menggali tapak kubur diteruskan Rabu ini - Polis
Ketua Polis Perlis SAC Shafie Ismail berkata pihak penyiasat akan menggali di empat kawasan yang mengandungi 91 tapak kubur pada 3 Jun.

Satu lagi kem transit sindiket pemerdagangan manusia dikesan
Satu lagi kem transit pemerdagangan manusia dikesan di Hutan Simpan Mata Ayer di Lubuk Sireh terletak kira-kira 100 meter dari sempadan Thailand.

Kerajaan berhasrat membina tembok dan benteng di sempadan Malaysia-Thailand
Kerajaan berhasrat membina tembok dan benteng di sempadan Malaysia-Thailand di samping meningkatkan pengawasan di pusat pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Enam laluan tikus rentasi sempadan Malaysia- Thailand dikesan
Kira-kira enam laluan tikus dikesan di sekitar sempadan Malaysia-Thailand di Perlis yang dipercayai digunakan sindiket pemerdagangan manusia dan penyeludupan barang.