Pegawai Turus Cawangan Khas E6 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis Asisten Superintendan Wan Ahmad Hamirudeen Wan Ahmad hari ini mendedahkan wujudnya nombor akaun bank warga tempatan dalam bentuk dokumen yang dijumpai di kem pendatang tanpa izin (PATI) di Bukit Wang Burma pada 2015.
Saksi ke-19 itu memberi keterangan tersebut dalam Sesi Pendengaran Awam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis.
Menurut Wan Ahmad, pihaknya bersama anggota Jabatan Siasatan Jenayah menaiki kawasan bukit berkenaan pada 23 Januari 2015 bagi mencari bahan bukti berkenaan wujud penempatan pendatang tanpa izin.
Jelasnya, sepanjang pendakian, beliau mendapati terdapat lima kem kosong yang dipercayai menempatkan pendatang tanpa izin.
“Sepanjang tempoh pendakian kami temui lima kem kosong dibiarkan, base 1, base 2 dan 3 dalam proses digunakan oleh sindiket. Base 4 yang dijumpai dengan khemah kanvas sudah dibakar dan kawasannya berselerak.
“Kem lima kami jumpa ketika kami turun ke bawah, di mana kem itu kosong dipercayai kem lama,” katanya ketika ditanya Pegawai Pengendali Saiful Hazmi Mohd Saad.
Jelasnya berdasarkan pemerhatian, kem nombor dua dan tiga dipercayai diguna semula oleh pendatang tanpa izin ekoran struktur yang masih utuh serta punca air (anak sungai) berhampiran kem tersebut.
Sebagai Koordinator bagi pengumpulan maklumat, beliau telah menganalisa beberap dokumen berupa nombor telefon serta akaun bank yang diserahkan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) ketika melakukan pengeledahan di lokasi yang sama.
Wan Ahmad: Dalam tempoh tersebut saya terima dokumen buku dan helaian kertas dapat dari Pasukan Gerakan Am. Diserahkan kepada saya untuk pihak Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) menganalisis dan mengumpul maklumat bagi tindakan lanjut.
Pegawai Pengendali Saiful: Dokumen itu dianalisa?
Wan Ahmad: Hasil daripada analisis tersebut, terdapat beberapa penama dan nombor telefon dan nombor akaun bank sama ada Malaysia atau luar negara.
Wan Ahmad: Semua dalam dokumen. Daripada itu, kami dapat kesan ada satu akaun daripada
orang tempatan, Malaysia.
Pegawai Pengendali Saiful: Bank di Malaysia?
Wan Ahmad: Ya, bank Malaysia. Penama warga tempatan.
Bagaimanapun, ketika pegawai pengendali bertanya berkenaan maklumat warga tempatan terbabit, pihak media diarahkan untuk keluar daripada Sesi Pendengaran ekoran maklumat terbabit dikatakan sulit.
Sesi Pendengaran RCI Wang Kelian ditangguh dan disambung semula Mei depan.
Fareez Azman
Thu Apr 25 2019
![RCI Wang Kelian: Akaun bank rakyat Malaysia dikesan - Saksi RCI Wang Kelian: Akaun bank rakyat Malaysia dikesan - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/81556201276_MohdHusyairi.jpg)
ASP Wan Ahmad Hamirudeen Wan Ahmad (kanan) selesai memberi keterangan pada sesi pendengaran awam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian. - Foto BERNAMA
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
![Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
![Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
[TERKINI] Sidang media khas FAM
FAM adakan satu sidang media khas petang nanti, difahamkan berkaitan rombakan. Kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
![Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721113188_DonaldTrump.jpg)
Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh
Donald Trump menghadiri Konvensyen Kebangsaan Republikan pada malam Isnin, penampilan umum pertamanya sejak terselamat daripada cubaan bunuh.
![Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715148599_wismaputra.jpg)
Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat
Wisma Putra melalui Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
![Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721112073_PangonHarimauMal.jpg)
Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya
Kim Pan-gon memiliki rekod yang cukup baik bersama Malaysia, menjadi pengendali Harimau Malaya paling banyak mendapatkan keputusan yang positif sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
![Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721112865_FahmiFadzil.jpg)
Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa
Kementerian Komunikasi hari ini mengumumkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa pada harga tidak melebihi RM30.
![Messi harap cepat pulih daripada kecederaan Messi harap cepat pulih daripada kecederaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719647184_LionelMessi.jpg)
Messi harap cepat pulih daripada kecederaan
Kapten Argentina, Lionel Messi berharap agar beliau cepat pulih daripada kecederaan buku lali yang dialaminya perlawanan akhir Copa America.
![MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721105894_AhmadZahidHamidi.jpg)
MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid
MARA diminta untuk terus meneroka potensi antarabangsa dalam industri halal yang mempunyai prospek besar menerusi program Gate to Global (GTG).
![Kawasan penemuan kem, kubur di Wang Kelian pada 2015 sentiasa dipantau - Polis Kawasan penemuan kem, kubur di Wang Kelian pada 2015 sentiasa dipantau - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-11/41447907470_MASSGRAVES.jpg)
Kawasan penemuan kem, kubur di Wang Kelian pada 2015 sentiasa dipantau - Polis
Pihak Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasukan 69 Komando melakukan rondaan berjalan kaki berterusan secara berkala di kawasan itu untuk memastikan tiada lagi aktiviti kemasukan pendatang tanpa izin.
![RCI Wang Kelian: Pendatang asing seolah diajar, diatur pihak tertentu RCI Wang Kelian: Pendatang asing seolah diajar, diatur pihak tertentu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/71557915348_MohdAmirOthman.jpg)
RCI Wang Kelian: Pendatang asing seolah diajar, diatur pihak tertentu
Daripada soal siasat ke atas 38 pendatang asing yang ditahan dalam operasi di Bukit Wang Burma pada 19 Januari 2015, didapati jawapan yang diberikan adalah sama, seperti telah diatur dan diajar.
![RCI Wang Kelian: Akaun bank rakyat Malaysia dikesan - Saksi RCI Wang Kelian: Akaun bank rakyat Malaysia dikesan - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/81556201276_MohdHusyairi.jpg)
RCI Wang Kelian: Akaun bank rakyat Malaysia dikesan - Saksi
Seorang saksi hari ini mendedahkan wujudnya nombor akaun bank warga tempatan dalam bentuk dokumen yang dijumpai di kem pendatang tanpa izin (PATI) di Bukit Wang Burma pada 2015.
![RCI Wang Kelian: Empat saksi dijangka beri keterangan hari ini RCI Wang Kelian: Empat saksi dijangka beri keterangan hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/41447907470_MASSGRAVES.jpg)
RCI Wang Kelian: Empat saksi dijangka beri keterangan hari ini
Inspektor Mohamad Afiq Sarmid menjadi saksi pertama daripada empat orang saksi yang dijangka tampil memberi keterangan.
![RCI Wang Kelian memasuki hari kelima RCI Wang Kelian memasuki hari kelima](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/51555585219_KurunganWangKelian.jpg)
RCI Wang Kelian memasuki hari kelima
Prosiding berlangsung di Dewan Gemilang, Kementerian Dalam Negeri yang diubah suai menjadi mahkamah.
![PDRM kenal pasti tujuh sindiket pemerdagangan manusia - Khalid PDRM kenal pasti tujuh sindiket pemerdagangan manusia - Khalid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/61448603886_KhalidAbuBakar.jpg)
PDRM kenal pasti tujuh sindiket pemerdagangan manusia - Khalid
Empat sindiket pemerdagangan manusia yang mempunyai 20 rangkaian dikenal pasti aktif di Perlis manakala tiga sindiket dengan 17 rangkaian aktif di Kedah.
![Fasa kedua menggali tapak kubur diteruskan Rabu ini - Polis Fasa kedua menggali tapak kubur diteruskan Rabu ini - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/81433134208_295x200.jpg)
Fasa kedua menggali tapak kubur diteruskan Rabu ini - Polis
Ketua Polis Perlis SAC Shafie Ismail berkata pihak penyiasat akan menggali di empat kawasan yang mengandungi 91 tapak kubur pada 3 Jun.
![Satu lagi kem transit sindiket pemerdagangan manusia dikesan Satu lagi kem transit sindiket pemerdagangan manusia dikesan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-05/71432867941_295x200.jpg)
Satu lagi kem transit sindiket pemerdagangan manusia dikesan
Satu lagi kem transit pemerdagangan manusia dikesan di Hutan Simpan Mata Ayer di Lubuk Sireh terletak kira-kira 100 meter dari sempadan Thailand.
![Kerajaan berhasrat membina tembok dan benteng di sempadan Malaysia-Thailand Kerajaan berhasrat membina tembok dan benteng di sempadan Malaysia-Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-05/61432982035_295x200.jpg)
Kerajaan berhasrat membina tembok dan benteng di sempadan Malaysia-Thailand
Kerajaan berhasrat membina tembok dan benteng di sempadan Malaysia-Thailand di samping meningkatkan pengawasan di pusat pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri.
![Enam laluan tikus rentasi sempadan Malaysia- Thailand dikesan Enam laluan tikus rentasi sempadan Malaysia- Thailand dikesan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-05/41432720544_295x200.jpg)
Enam laluan tikus rentasi sempadan Malaysia- Thailand dikesan
Kira-kira enam laluan tikus dikesan di sekitar sempadan Malaysia-Thailand di Perlis yang dipercayai digunakan sindiket pemerdagangan manusia dan penyeludupan barang.