GUA MUSANG: Sebuah kubu pertahanan berusia 80 tahun yang dibina ketika zaman penaklukan Jepun masih kekal menjadi tinggalan sejarah di Kampung Bertam Baru, Gua Musang, Kelantan.
Kubu yang terletak berhampiran Balai Polis Bertam itu masih dijaga sebagai kenangan dan tidak dilupakan penduduk kampung.
Seorang warga emas Kampung Bertam Baru, Mat Lia Senik, 80, berkata, kubu itu menjadi tempat tentera negara berselindung dan menyerang komunis yang cuba memasuki kampung berkenaan.
Katanya, ketika zaman itu penduduk di kampung berkenaan kerap diganggu pihak komunis.
"Ketika perang Jepun apabila orang putih kalah, serah diri kepada Jepun.
"Dia memerintah selama 4 tahun 8 bulan di Tanah Melayu ini. Masa dia memerintah, dia buat kubu itu, dia buat sebelah sana satu, sebelah sini satu. Untuk jaga dari orang putih. Masa dia memerintah selama 4 tahun 8 bulan. Lepas daripada itu orang putih serang pula," katanya.
Menurut Hanafi Jusoh, penduduk kampung Bertam Baru akan membersihkan dan memasang bendera di sekitar kawasan kubu itu setiap kali sambutan Hari Kebangsaan.
"Di Kubu itu, ada yang diterokai untuk tanaman dan sebagainya. Jadi yang ada sebagai kenangan di kepala jambatan ini, depan balai polis.
"Itu adalah kubu kekal semasa darurat dulu. Jadi tahun ini masih ada. Segak lagi," katanya.
Bagi Naim Sulaiman pula, setiap kali sambutan Hari Kebangsaan, kawasan kubu itu akan dibersihkan bagi mengembalikan nostalgia semasa pemerintahan komunis dulu.
"Kubu itu ada di kedua-dua jambatan bagi memudahkan kawalan keselamatan.
"Sehingga kini kubu itu kalau kita tengok masih lagi dijaga dengan diletakkan satu papan tanda kubu peninggalan penjajah. Kalau kita tengok hari ini pun sempena sambutan Hari Kebangsaan, diletakkan bendera dengan kawasan telah dibersihkan untuk generasi masa depan mudah-mudahan dapat mengembalikan nostalgia semasa pemerintahan komunis dulu," katanya.
Kubu itu dipercayai dibina pada tahun 1942 ketika zaman penaklukan tentera Jepun di Tanah Melayu.
Muhafandi Muhamad
Tue Aug 16 2022

Penduduk kampung menunjukkan papan tanda yang diletakkan di kubu peninggalan sejarah itu. - Astro AWANI

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Kubu pertahanan berusia 80 tahun masih dipelihara
Penduduk kampung Bertam Baru akan membersihkan dan memasang bendera di sekitar kawasan kubu itu setiap kali sambutan Hari Kebangsaan.

Jambatan konkrit Bertam Baru dibina dalam masa terdekat
Jambatan konkrit dua lorong bernilai RM30 juta akan dibina di Kampung Bertam Baru dalam masa terdekat.