SIBU: Keputusan kerajaan Persekutuan supaya projek dengan kos di bawah RM50 juta diputuskan hampir sepenuhnya oleh kerajaan Sarawak akan mempercepat usaha membaik pulih sekolah-sekolah daif di negeri ini.
Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Dr Annuar Rapaee menyifatkan keputusan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sebagai langkah yang amat positif.
"Keputusan ini akan dapat mengurangkan birokrasi, seterusnya mempercepat projek yang hendak dilaksanakan terutamanya dalam usaha menangani sekolah daif," katanya dalam video yang disiarkan di laman Facebooknya pada Rabu.
Menurutnya sebelum ini apabila berlaku keadaan yang tidak dapat diguna pakai atau memerlukan notis perubahan dalam perancangan, terdapat prosedur memerlukan kerajaan Sarawak merujuk kepada Persekutuan dan ini merupakan satu masalah kerana mengambil masa panjang untuk diselesaikan.
Katanya pelaksanaan projek membaik pulih sekolah daif di Sarawak bukan hanya melibatkan reka bentuk yang berbeza dengan Semenanjung, malah turut membabitkan masalah logistik.
Dr Annuar berkata Sistem Pembinaan Berindustri (IBS) digunakan secara menyeluruh di Semenanjung, tetapi sistem yang sama mungkin tidak dapat digunakan di Sarawak berikutan jarak yang jauh dari bandar yang menimbulkan masalah pengangkutan.
Menurutnya kebanyakan sekolah daif yang dibaik pulih atau dibina semula menelan kos dalam lingkungan antara RM20 juta dan RM30 juta.
"Jadi dengan keputusan kerajaan pada hari ini saya pasti projek baik pulih sekolah daif di Sarawak ini dapat dipercepat," tambahnya.
Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini Perdana Menteri mengumumkan Kementerian Kewangan bersetuju supaya pelaksanaan projek dengan kos di bawah RM50 juta di Sabah dan Sarawak, diputuskan hampir sepenuhnya oleh kerajaan negeri dengan mematuhi peraturan kewangan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 04 2023

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Dr Annuar Rapaee menyifatkan keputusan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sebagai langkah yang amat positif. - Gambar fail

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Kuasa lulus projek bawah RM50 juta percepat baik pulih sekolah di Sarawak
Keputusan kerajaan Persekutuan supaya projek dengan kos di bawah RM50 juta diputuskan hampir sepenuhnya oleh kerajaan Sarawak akan mempercepat usaha membaik pulih sekolah-sekolah daif di negeri ini.