LABUAN:Satu kebakaran yang besar telah memusnahkan sekurang-kurangnya 82 kuarters kakitangan dalam kawasan yang padat di kawasan kediaman Kian Yap pagi tadi dan menyebabkan 187 orang kehilangan tempat tinggal.
Kebakaran pada 11.30 pagi itu merebak dengan cepat kerana rumah-rumah kayu yang kebanyakannya didiami pekerja migran Indonesia dan Filipina itu, dibina berdekatan antara satu sama lain.
Kebakaran itu tidak menyebabkan sebarang kehilangan nyawa tetapi menyebabkan pekerja Labuan United Construction Sdn Bhd itu kehilangan tempat tinggal, kerana kebakaran itu berlaku pada ketika kebanyakan pekerja berada di tempat kerja.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan menyatakan mereka menerima panggilan pada 11.54 pagi dan berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh dua jam, dan akan memulakan siasatan mengenai punca kebakaran itu.
"Kebakaran itu merebak dengan cepat. Banyak rumah ada tong gas memasak. Tong gas yang meletup mencepatkan lagi kebakaran dan api menjadi tidak terkawal," kata salah seorang pekerja yang rumahnya turut musnah dalam kebakaran itu.
"Ketika saya terjaga, saya nampak api sudah merebak, langit menjadi merah dan asap yang banyak," kata Lina, seorang isteri kepada pekerja yang tinggal di rumah tersebut bersama suami dan dua anaknya dan menyatakan mereka kehilangan semua harta benda.
Kesemua mangsa akan ditempatkan sementara di Dewan Serbaguna Labuan dan Jabatan Kebajikan akan membantu dalam menyediakan makanan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 16 2021

Kebakaran itu tidak menyebabkan kehilangan nyawa tetapi pekerja kehilangan tempat tinggal dan harta benda. - Bernama

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Kuarters pekerja terbakar, 187 tinggal sehelai sepinggang
Kebakaran pada 11.30 pagi itu merebak dengan cepat kerana rumah-rumah kayu yang kebanyakannya didiami pekerja migran Indonesia dan Filipina itu, dibina berdekatan antara satu sama lain.

Sering dengar tangisan budak tengah malam - Jiran
Ini kerana, menurut Mohd Faizal Zakaria, 49 tahun, kebanyakan penghuni yang tinggal di kuarters pekerja Hospital Langkawi itu terdiri daripada keluarga yang mempunyai ramai anak.