SEBUYAU: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan memperluaskan inisiatif di bawah Program Wanita Bangkit dengan mengetengahkan produk keusahawanan kepada peserta program berkenaan.
Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata menerusi pembaharuan itu, ia dapat memberi peluang perniagaan kepada kaum wanita, sekali gus memastikan golongan itu keluar daripada kepompong kemiskinan serta tidak lagi bergantung harap pada bantuan kerajaan.
"Kita akan adakan Karnival Wanita Bangkit yang bakal berlangsung pada hujung tahun ini supaya ada pembaharuan kepada program ini. Kita tidak mahu menghulurkan bantuan dalam bentuk wang tunai sahaja," katanya dalam sidang media selepas Program Wanita Bangkit@KPWKM di sini, pada Sabtu.
Menurutnya menerusi karnival keusahawanan itu, peserta dapat meningkatkan pendapatan sedia ada dengan memilih produk baharu yang boleh diniagakan.
Beliau berkata 6,411 peserta di seluruh Malaysia telah mendapat manfaat daripada program Wanita Bangkit, setakat Januari hingga kini.
"Di Sarawak sahaja 4,303 peserta melibatkan peruntukan kira-kira RM2.2 juta," katanya sambil menambah program itu akan turut diadakan di kawasan Siburan dan Limbang.
Sementara itu, menyentuh perkembangan semasa kes dera membabitkan kanak-kanak lelaki berusia empat tahun di Ipoh beberapa hari lepas, Nancy berkata kanak-kanak itu kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
"Sekarang ini beliau dalam jagaan kita, tetapi bukan bermakna kita akan terus jaga. Mungkin ada orang yang layak dan sesuai terutamanya yang daripada ahli keluarga mangsa nanti," katanya.
Bagaimanapun beliau berkata JKM akan melakukan penilaian terlebih dahulu untuk memastikan penjaga itu berkemampuan untuk menjaga kanak-kanak terbabit, bukan sahaja dari segi kewangan tetapi juga emosi.
Dalam kejadian Rabu lepas, polis menahan seorang lelaki dan wanita berusia 25 dan 23 tahun selepas menyelamatkan seorang kanak-kanak empat tahun yang dipercayai mangsa dera ibu serta teman lelaki ibunya itu.
Kes itu terbongkar apabila kanak-kanak berkenaan dikatakan merayu makanan daripada orang ramai di sebalik jeriji berkunci di rumahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 05 2023

Nancy berkata 6,411 peserta di seluruh Malaysia telah mendapat manfaat daripada program Wanita Bangkit, setakat Januari hingga kini. - Foto BERNAMA

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

YKN sumbang RM300,000 bantu mangsa banjir di Sabah
Yayasan Kebajikan Negara (YKN) hari ini menyalurkan sumbangan RM300,000 kepada kerajaan Sabah bagi membantu meringankan beban penduduk terjejas banjir.

Kanak-kanak dipukul hingga terkena bucu kerusi telah dapatkan rawatan - Nancy
Nancy turut mengesahkan bahawa suspek wanita berkenaan telah ditahan oleh pihak polis.

WEC 2025 bincang konsep 'caregiverpreneurship' - Nancy
Konsep 'caregiverpreneurship' akan menjadi antara topik dibincangkan semasa Persidangan Keusahawanan Wanita (WEC) 2025, pada 21 dan 22 Feb ini.

3,000 rakyat Malaysia terima manfaat PSSS bergerak tahun lepas - Nancy
Sejumlah 3,000 individu telah menerima manfaat menerusi program Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) bergerak pada tahun lepas.

JKM pastikan bantuan makanan cukup untuk mangsa banjir di Sabah, Sarawak
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sentiasa memastikan bantuan bekalan makanan mencukupi bagi mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah dan Sarawak.

100 pemimpin wanita sertai program PERANTIS tahun ini - Nancy
Setiap daripada mereka akan menerima sehingga RM50,000 untuk melaksanakan program pembangunan kepimpinan dalam bidang masing-masing.

Keluarga OKU di Kemaman diberikan kaunseling - Nancy
Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu telah memberikan kaunseling kepada keluarga mangsa lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dipukul.

80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa - Nancy
Nancy berkata 475 lagi telah diserahkan kepada keluarga mengikut Seksyen 30 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 manakala lima lagi diserahkan kepada Orang yang Layak dan Sesuai (OYLS) mengikut akta sama.

Isu jurang gaji siswazah antara jantina perlu ditangani - Nancy
Langkah segera perlu diambil untuk menangani jurang gaji antara siswazah wanita dengan lelaki di Malaysia, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.

107 anak-anak bekas anggota GISB tidak dituntut
Nancy berkata, seramai 448 kanak-kanak sudah diserahkan kepada keluarga mengikut Seksyen 30(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.