KUALA LUMPUR: Senator Datuk Ras Adiba Radzi hari ini meminta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) agar segera membuat pindaan terhadap Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 dan Akta Pusat Jagaan 1993.
Ras Adiba, yang mewakili komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) di Dewan Negara berkata, kementerian itu harus bertindak proaktif dalam menangani isu penderaan terhadap kanak-kanak OKU supaya ia tidak berulang.
"Saya berharap isu penderaan kanak-kanak terutamanya OKU diangkat ke Jawatankuasa Pilihan Khas bagi Wanita dan Kanak-kanak Parlimen Malaysia.
"Hukuman setimpal mesti dikenakan terhadap pesalahan tanpa melihat status seseorang itu yang melanggar hak OKU. Saya juga memohon Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menutup pusat-pusat jagaan kanak-kanak, OKU dan warga emas yang tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu Presiden OKU Sentral itu juga berkata beliau telah hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini bagi memberikan sokongan kepada remaja perempuan sindrom down yang dikenali sebagai Bella dalam prosiding kes pengasas Rumah Bonda yang didakwa mengabai dan menganiaya remaja berusia 13 tahun itu.
"Saya berharap agar adik Bella mendapat keadilan yang sewajarnya mengikut lunas undang-undang dan menyeru agar semua masyarakat terus memberikan sokongan kepada adik Bella," katanya.
Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju, di sini antara Februari dan Jun 2021.
Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 11 2022
Senator Datuk Ras Adiba Radzi meminta KPWKM agar segera membuat pindaan terhadap Akta OKU 2008 dan Akta Pusat Jagaan 1993. - Foto BERNAMA
Piala EFL: Manchester United pesta jaringan di Old Trafford, belasah kelab divisyen tiga
Rashford menjaringkan gol pertama sejak pertengahan Mac ketika melakar kemenangan aksi Liga Perdana Inggeris ke atas Southampton.
Keterjaminan Makanan: Tingkat kelangsungan bekalan beras negara
Untuk mengulas lanjut berkenaan industri padi beras negara, serta usaha yang boleh dilakukan untuk meningkatkan tahap sara diri, kita bersama dengan Prof Madya Dr Muhamad Shakirin Mispan
Pensyarah di Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM).
Pensyarah di Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM).
Awani Pagi: PT3 dan UPSR: Ketinggalan zaman atau masih relevan?
Diskusi bersama Dr. Anuar Ahmad, Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengenai implikasi pengembalian PT3 dan UPSR serta kesan perubahan dasar pendidikan terhadap masa depan pelajar dan sistem pendidikan kita.
[Data & Statistik]: Industri padi & beras negara
Niaga AWANI berkongsi beberapa data penting yang memberi gambaran serta realiti sebenar berkenaan industri padi dan beras di negara ini.
UCL: Semusim menyepi, Liverpool kembali dengan aksi garang di San Siro
Mengubah suasana perlawanan, Ibrahima Konate menyamakan kedudukan pada minit ke-23 untuk menyempurnakan sepakan sudut Trent Alexander-Arnold.
Sultan Ibrahim berkenan mengadakan Lawatan Negara ke China
Yang di-Pertuan Agong berkenan mengadakan Lawatan Negara ke China dari 19 hingga 22 September ini atas jemputan Presiden Xi Jinping.
Pertanian: Menyingkap kisah pesawah muda pacu keterjaminan makanan
Isu keterjaminan makanan di Malaysia tidak boleh dipandang enteng, apatah lagi melibatkan makanan ruji seperti beras. Astro AWANI, mendekati pesawah-pesawah muda, menyingkap kisah bagaimana golongan belia mampu terlibat aktif dalam industri ini, yang sebelum ini dianggap sebagai sukar dan tidak berbaloi.
[TERKINI] Ahli GISB didakwa di Mahkamah Majistret Putrajaya
Wartawan Kanan Astro AWANI, Firdaus Azil kini di Mahkamah Majistret Putrajaya untuk membawakan perkembangan terkini pendakwaan terhadap seorang ahli kumpulan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISB).
Tupperware Bersedia Failkan Kebankrapan Akibat Hutang dan Permintaan Menurun
Tupperware, jenama ikonik bekas plastik, bersedia memfailkan kebankrapan selepas berdepan hutang mencecah $700 juta dan permintaan yang terus menurun, meskipun usaha penstrukturan semula dan pelantikan kepimpinan baharu.
Bicara kes Zayn Rayyan: Mahkamah PJ kembali jadi tumpuan
Suasana di pekarangan kompleks mahkamah ini mula dipenuhi pengamal media yang hadir sejak jam 8.30 pagi bagi mengikuti perkembangan kes berkenaan.
KPWKM rancang bina depoh bencana di Sibu dan Miri - Nancy
Dua depoh simpanan keperluan bencana akan dibina di Sarawak, masing-masing di Sibu dan Miri.
Kembara KASIH: KPWKM tawar pelbagai perkhidmatan di seluruh Sarawak
Nancy Shukri berkata program itu dilaksanakan di lapan daerah iaitu Kuching, Sibu, Kapit, Bintulu, Sibuti, Miri, Limbang serta Lawas.
Belanjawan 2025: KPWKM cadang bantuan kepada ibu tunggal tuntut nafkah di mahkamah
KPWKM akan mengemukakan cadangan berhubung bantuan kepada ibu tunggal untuk menuntut nafkah daripada bekas suami di mahkamah dalam Belanjawan 2025.
KPWKM tumpu pengukuhan nilai keluarga dan masyarakat pada 2025 menerusi lima inisiatif utama
KPWKM memberi tumpuan utama untuk menerajui pengukuhan nilai-nilai keluarga dan masyarakat melalui lima inisiatif utama pada 2025.
Perlu ada peruntukan halang tindakan balas oleh organisasi terhadap pengadu gangguan seksual
Akta Antigangguan Seksual 2022 (Akta 840) perlu dipinda dengan memasukkan peruntukan yang menghalang organisasi daripada mengenakan tindakan balas terhadap pengadu.
Perkenalkan mekanisme aduan gangguan seksual secara 'e-filing' - Presiden AWL
Kaedah digitalisasi ini akan membuka akses lebih luas kepada individu di luar bandar untuk melaporkan insiden gangguan seksual.
KPWKM cadang Akta Antigangguan Seksual 2022 dipinda untuk ditambah baik
KPWKM mencadangkan agar Akta Antigangguan Seksual 2022 (Akta 840), dipinda untuk ditambah baik dalam menangani isu gangguan seksual di tempat kerja.
4,000 kanak-kanak perlu perlindungan tahun ini
KPWKM merekodkan seramai 3,957 kanak-kanak di seluruh negara memerlukan pemeliharaan dan perlindungan akibat pelbagai kes untuk tempoh Januari hingga Mei tahun ini.
Direktori CBO diperluas, tangani kes komuniti setempat - Nancy
PWKM akan memperluas direktori CBO ke seluruh daerah dan negeri dalam usaha membantu menangani kes melibatkan komuniti setempat seperti penderaan, pengabaian dan keganasan.
Penglibatan wanita dalam bidang keusahawanan masih ketinggalan - Nancy
Menurut banci ekonomi DOSM 2016, daripada 920,624 perusahaan yang berdaftar di negara ini, hanya 20.3 peratus atau 187,265 dimiliki wanita.