SANTUBONG: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berhasrat mewajibkan Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak Kurang Upaya kepada pihak yang mengendalikan taska atau pusat jagaan melibatkan kanak-kanak berkeperluan khas.
Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata bagi tujuan itu, Seminar Pendidikan Khas Kebangsaan 2023 akan diperluaskan ke seluruh negara dalam memastikan penglibatan kesemua pengusaha taska berkenaan serta mempersiapkan mereka bagi mengendalikan golongan tersebut.
"Kita nak supaya jangan ada yang ketinggalan sebab kalau dilihat kes dera yang dilaporkan kita kenal pasti ada pengasuh yang tidak ada latihan (mengendali kanak-kanak kurang upaya)," katanya dalam sidang media selepas merasmikan seminar itu di sini, hari ini.
Beliau berkata program sedemikian digerakkan persatuan serta badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan kanak-kanak kurang upaya dengan peruntukan disalurkan oleh KPWKM.
Dalam pada itu, Nancy berkata daripada 107,020 kanak-kanak berkeperluan khas di bawah Kementerian Pendidikan setakat 31 Jan lepas, hanya 7,582 daripada mereka berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, sekali gus menyukarkan KPWKM mengambil langkah awal sebelum kanak-kanak terbabit melangkah ke alam persekolahan.
"Saya sarankan yang tidak berdaftar untuk berdaftar supaya kami dapat mengumpul data dan membantu mengambil tindakan selanjutnya di peringkat kementerian. Perkara ini (ibu bapa tak daftar) berlaku mungkin kerana kurang promosi dan mungkin ibu bapa fikir tidak perlu elaun, kerana mendaftar dengan kami bukan bermakna beri duit sahaja," katanya.
Beliau turut mengakui tahap kesedaran orang ramai mengenai kanak-kanak kurang upaya masih rendah, justeru, kementerian akan bekerjasama dengan NGO berkaitan bagi menggerakkan lebih banyak program kesedaran.
Nancy berkata setakat ini, JKM telah menubuhkan 11 taska kanak-kanak kurang upaya dan merancang membina lebih banyak institusi sedemikian tahun hadapan.
Terdahulu, Pengerusi Persatuan Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan Malaysia (NAECCEM) Shamsinah Che Shariff dalam ucapannya berkata pihaknya akan terus berganding bahu dengan kerajaan, pemain industri serta komuniti bagi mengatasi isu dan cabaran pelaksanaan penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia.
"Saya berharap seminar ini menjadi platform pertemuan pelbagai pihak dan pakar bidang untuk berkongsi maklumat, ilmu serta pengalaman masing-masing demi kelestarian pendidikan awal kanak-kanak yang diimpikan semua," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 18 2023

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pendidikan Khas Kebangsaan 2023 hari ini. - Foto BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

JPW laksana 734 program tahun lepas, bantu lebih 17,000 wanita dalam aktiviti ekonomi
KPWKM menerusi JPW telah melaksanakan 734 program bagi membantu wanita dalam aktiviti ekonomi di seluruh negara sepanjang tahun lepas.

60 peratus wanita di Malaysia tidak pernah jalani saringan kanser serviks
Statistik itu mencerminkan tahap kesedaran yang masih rendah dalam kalangan wanita mengenai kepentingan pengesanan awal penyakit terbabit.

KPWKM teliti semula permohonan pendaftaran taska susulan insiden kecederaan, kematian bayi
Permohonan pendaftaran dua Taman Asuhan Kanak-kanak (taska) di Selangor dan Sarawak yang terbabit dalam insiden kematian serta kecederaan bayi baru-baru ini akan diteliti semula.

Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.

Jangan jadikan alasan kesibukan mencari rezeki untuk abai penjagaan anak - Nancy
Kesibukan mencari nafkah tidak wajar dijadikan alasan untuk mana-mana ibu bapa mengabaikan soal penjagaan anak-anak mereka.

KPWKM sediakan peruntukan RM39.9 juta bantuan bencana - Noraini
KPWKM menyediakan sejumlah RM39.9 juta peruntukan bagi memastikan keperluan makanan dan barangan keperluan bencana kepada mangsa disalurkan sebaiknya bagi tahun ini.

KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.

Dasar Kanak-Kanak Negara yang baharu pastikan suara kanak-kanak didengar
Nancy berkata dasar itu juga akan memastikan suara kanak-kanak didengar dan diambil kira dalam setiap keputusan.

25 tokoh wanita dipilih menerusi inisiatif PERANTIS 2024 KPWKM - Nancy
Sebanyak 25 tokoh wanita yang berkelayakan daripada pelbagai latar belakang telah dipilih untuk menerima geran peruntukan menerusi Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) 2024.

KPWKM komited pastikan kebajikan anak-anak OKU terbela - Nancy
Nancy berkata kerajaan terus komited memastikan kebajikan anak-anak OKU terus terbela dan diberi layanan sama rata serta diperkasa melalui peruntukan kementerian dalam Belanjawan 2025.