KUALA LUMPUR: Usaha untuk melahirkan modal insan berkualiti dan berkemahiran tinggi yang menjadi antara fokus Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) akan diperhebat melalui Agenda Pemerkasaan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Negara.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, inisiatif PenarafanTunggal Program TVET dan platform berpusat bagi penawaran dan permintaan TVET (TVET Collaboration Hub, TCH) juga diperkenalkan selain kolaborasi antara industri dan akademia juga terus diperkukuh.
Beliau berkata, KPT terus komited memperkasakan dan mensejahterakan pendidikan tinggi negara melalui usaha berterusan dalam RMK12 bagi meningkatkan kualiti penyampaian demi manfaat Keluarga Malaysia.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata bagi mendokong usaha itu, KPT membangunkan Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan 2021 - 2025 sebagai ikhtiar untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan dengan beberapa kemudahan di universiti awam turut dinaik taraf.
Selain itu, pembangunan Pelan Pendigitalan Pendidikan Tinggi yang bakal memberi nafas baharu kepada program-program pembangunan bakat di institut pengajian tinggi selaras norma baharu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
Menurut kenyataan itu, KPT juga menyantuni fokus kelima iaitu 'Membasmi Kemiskinan Tegar dan Merapatkan Jurang Pendapatan khususnya dalam usaha membantu meningkatkan keupayaan, kemahiran dan daya saing mencari pekerjaan golongan M40.
Justeru, program dan latihan kemahiran semula serta aktiviti keusahawanan akan ditingkatkan, di samping memastikan anak-anak M40 mendapat akses kepada pendidikan berkualiti pada kos yang berpatutan.
Menyahut pentingnya pembangunan modal insan termasuk huffaz seperti yang dinyatakan di bawah fokus keenam iaitu 'Memperkasa Agenda Bumiputera Dan Keluarga Malaysia', kementerian berkenaan beriltizam memperkasakan latihan dalam bidang teknikal dan profesional supaya lebih ramai bumiputera menjadi pakar dalam pelbagai bidang dan menguasai kemahiran kerjaya masa hadapan.
Selain itu, di bawah fokus ketujuh, 'Melonjakkan Pembangunan Sabah, Sarawak Dan Negeri-Negeri Kurang Membangun', KPT akan memastikan pembinaan Hospital Pengajar Universiti Malaysia Sabah dan Hospital Pengajar Universiti Malaysia Sarawak disiapkan mengikut jadual bagi menyokong usaha meningkatkan penjagaan kesihatan di negeri terbabit.
RMK12 bagi tempoh 2021-2025 dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin lepas bermatlamat mengembalikan semula momentum pertumbuhan ekonomi dan mencapai matlamat pembangunan jangka panjang, ketika negara sedang mengharungi cabaran getir pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 30 2021
NORAINI: KPT terus komited memperkasakan dan mensejahterakan pendidikan tinggi negara melalui usaha berterusan dalam RMK12 bagi meningkatkan kualiti penyampaian demi manfaat Keluarga Malaysia. - Gambar fail
Pemuda tanam ubi kayu 200 tan bekalan musim banjir
Muhammad Azizan Mat Zin, 31, berkata beliau menjangkakan keseluruhan tanamannya itu akan mengeluarkan hasil lebih 200 tan ubi kayu.
Fokus Minggu Depan: 2 Tahun Kerajaan Perpaduan, Perlu Tambah Baik ‘Gred’?
Penilaian prestasi dua tahun Kerajaan Perpaduan, bagaimana boleh tambah baik?
RM2.1 juta kutipan saman PDRM dicatat pada hari pertama 2TM
PDRM catat kutipan saman RM2.1 juta pada hari pertama penawaran diskaun 60 peratus sempena penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI.
Ijazah Kehormat Doktor Persembahan, pengiktirafan tertinggi sejak 45 tahun - M Nasir
Datuk M Nasir menyifatkan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan yang diterima daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai satu penghormatan tertinggi.
2TM: Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mencari titik persefahaman mengenai pelbagai isu berbangkit.
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
KPT sasar 300,000 pelajar politeknik menjelang 2030
Politeknik penting kerana ia selaras dengan keputusan kerajaan untuk memperkukuh Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Malaysia-Rusia tingkat kerjasama penyelidikan perkasa pendidikan tinggi
Malaysia berminat untuk mendapatkan lebih banyak biasiswa, kerjasama penyelidikan dan peluang pertukaran pengetahuan dengan Rusia.
UniSZA nafi dakwaan jual sijil akademik
Pihaknya menegaskan tidak akan berkompromi dalam menjaga mutu program diploma dan ijazah pendidikan tinggi yang dikeluarkan.
MoU,MoA UUM dengan BFA tingkat kualiti pendidikan tinggi - Dr Mohd Foad
Lawatan rasmi Anwar ke Uzbekistan membuka peluang kepada kerjasama pendidikan tinggi apabila UUM menandatangani MoU dan MoA dengan institusi pendidikan tinggi negara itu.
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Malaysia, 7 negara jalin kerjasama lebarkan program pengantarabangsaan pendidikan tinggi
Tujuh negara bersetuju menjalin kerjasama dengan Malaysia untuk melebarkan program pengantarabangsaan pendidikan tinggi.
Penganjuran SOLITY’23 beri impak positif kepada mahasiswa
SOLITY23 melibatkan 20 mahasiswa Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi, SMMTC Universiti Utara Malaysia (UUM)
Dasar Pandang Ke Timur termasuk China satu langkah bijak dan wajar - Presiden Huazong
Dasar Pandang Ke Timur Malaysia yang termasuk China adalah satu langkah yang bijak dan wajar memandangkan kebangkitan pesat ekonomi kedua terbesar dunia itu.
Malaysia, Rusia meterai lapan MoU kukuh kerjasama dalam pendidikan tinggi
Malaysia dan Rusia memeterai lapan memorandum persefahaman (MoU) melibatkan institusi pengajian tinggi kedua-dua negara bagi mengukuh dan meluaskan kerjasama dalam pelbagai bidang.
Malaysia, Indonesia pertingkat kerjasama sektor pendidikan tinggi
Malaysia dan Indonesia meningkatkan kerjasama sektor pendidikan tinggi di bidang perubatan, sains dan teknologi serta pembangunan penyelidikan dan inovasi.