PUTRAJAYA: Tujuh negara bersetuju menjalin kerjasama dengan Malaysia untuk melebarkan program pengantarabangsaan pendidikan tinggi, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Zambry berkata persetujuan tersebut dicapai selepas beliau bertemu bekas rakan sejawat semasa (beliau) menjawat jawatan Menteri Luar, ketika menghadiri Antalya Diplomacy Forum (ADF) 2024 di Antalya, Turkiye, baru-baru ini.
Antaranya ialah Timbalan Perdana Menteri II Kosovo yang juga Menteri Luar, Menteri Luar Uzbekistan, Timbalan Perdana Menteri Iraq merangkap Menteri Luar, Menteri Luar Kyrgyzstan, Menteri Luar Sri Lanka, Presiden Majlis Tertinggi Negara Libya, Presiden Turkish Maarif Foundation dan Menteri Luar Turkiye.
Zambry berkata sepanjang menghadiri ADF itu, beliau telah mengadakan lapan mesyuarat dua hala dengan Menteri Luar negara berkenaan dengan pelbagai perkara dibincangkan termasuk berkaitan pendidikan tinggi negara itu.
"Persetujuan dicapai dengan semua negara ini bagi kita melebarkan program pengantarabangsaan pendidikan tinggi negara dari segi pertukaran pelajar, pensyarah, penyelidikan dan juga bidang-bidang tumpuan yang boleh dipelopori bersama," katanya dalam kenyataan hari ini.
Zambry yang mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di forum itu berkata negara seperti Iraq dan Libya juga bersedia menawarkan biasiswa lebih besar untuk pelajar mereka datang ke Malaysia.
Ketika di Istanbul, beliau turut menyaksikan majlis menandatangani dan pertukaran persefahaman di antara Universiti Utara Malaysia dengan lima universiti di Turkiye iaitu Universiti Karabuk, Universiti Ankara Yildirim Beyazit, Universiti Dicle, Universiti Gebze Technical dan Universiti Mardin Artuklu.
"Usahasama ini sangat baik terutamanya dalam negara ini membina rangkaian pendidikan dengan institusi antarabangsa dan pada masa sama proses perkongsian dan pemindahan ilmu serta kemahiran dapat berlangsung melalui pelbagai medium," katanya.
Sementara itu, beliau berkata Malaysia turut diberi penghormatan untuk menjadi panelis bagi sesi yang bertajuk, Building Asia - Pacific Regional Architectures: The Challenge of Unmatching Interest pada program yang dihadiri lebih 4,000 delegasi dari 100 negara itu.
Pada sesi itu, beliau turut menyampaikan pandangan Malaysia dan Perdana Menteri berkenaan isu Asia Pasifik yang semakin menjadi perhatian kuasa-kuasa besar dunia.
"Saya menegaskan bahawa Malaysia mahukan sebuah rantau yang bebas daripada sebarang kongkongan mana-mana pihak serta mengambil pendirian untuk bekerjasama dengan semua pihak demi tujuan menjaga kestabilan rantau," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 05 2024

Zambry berkata sepanjang menghadiri ADF itu, beliau telah mengadakan lapan mesyuarat dua hala dengan Menteri Luar negara terbabit. - Gambar fail/Bernama

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.

KTP manfaatkan masyarakat, sangkal warga universiti tidak tahu realiti lapangan
Program Pemindahan Ilmu (KTP) yang dilaksanakan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melibatkan semua universiti dalam negara telah memberi manfaat kepada masyarakat.

ASEAN berpotensi jadi ‘kuasa pertengahan’, tangani ketegangan geopolitik - Zambry
Katanya, dengan peralihan daripada sistem unipolar kepada sistem multipolar, ASEAN boleh membawa suara seruan ke arah penyelesaian diplomatik.

Dasar MADANI, hubungan antarabangsa fokus perbincangan bersama pemimpin muda global - Zambry
Dasar kerajaan MADANI, Kepengerusian ASEAN, dasar luar dan dasar pendidikan Malaysia antara yang dibincangkan Menteri Zambry bersama peserta program Atlantic Council Millennium Leadership.

Zambry sahkan terima surat peletakan jawatan Naib Canselor UKM
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengesahkan menerima surat peletakan jawatan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Mohd Ekhwan Toriman.

Kerjasama pendidikan tinggi di peringkat ASEAN, mampu cungkil kepakaran baharu – Zambry
Jalinan Kerjasama dalam sektor pendidikan dengan semua negara di rantau ASEAN akan mampu mencungkil lebih banyak kepakaran dan kemahiran yang diperlukan di rantau ini khususnya Malaysia.

KPT pujuk tenaga pengajar bertugas di luar negara curah khidmat di Malaysia - Zambry
Zambry berkata pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan pihak berkaitan bagi mencari peluang untuk mereka menyumbang khidmat kepada negara.

KPT bangunkan sistem kemasukan pelajar antarabangsa
KPT akan membangunkan sistem kemasukan pelajar antarabangsa untuk memastikan sijil yang dihantar melalui permohonan adalah sahih dan setaraf dengan kelayakan masuk.

Zambry ucap takziah kepada keluarga pelajar UTeM maut kemalangan
Allahyarham Nurul Syafiqah dan Nurhanis Afryna merupakan pelajar tahun dua dan satu Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi UTeM.

KPT rangka pelan pendidikan tinggi 2025-2035
KPT bercadang untuk tidak menggunakan khidmat perunding luar, sebaliknya menggunakan tenaga pakar tempatan yang lebih memahami keperluan negara.

Masih ramai belum tebus baucar buku, tarikh akhir 31 Dis - Zambry
Hanya kira-kira 235,000 daripada lebih 1 juta pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara telah menebus inisiatif baucar buku bernilai RM100 bagi fasa kedua.