JOHOR BAHRU: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedang merancang untuk menambah 19 lagi Pusat Pemberian Vaksin Institusi Pengajian Tinggi (PPV IPT) dalam usaha membantu negara mencapai imuniti kelompok dengan lebih pantas.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata ketika ini 26 PPV IPT telah beroperasi di seluruh negara dan penambahan itu akan menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 45 PPV IPT.
"KPT akan terus komited untuk membantu Pelan Pemulihan Negara sebagai strategi peralihan keluar secara berfasa daripada kemelut pandemik COVID-19.
"Ketika ini, PPV IPT yang telah beroperasi mempunyai kapasiti 25,400 dos vaksin sehari dan sehingga 21 Jun lepas, seramai 200,016 orang telah menerima vaksin," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Menurut kenyataan itu, Noraini turut menerima kunjungan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ke program rintis PPV Bergerak, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dekat Batu Pahat, semalam.
Noraini berkata PPV yang digerakkan sejak dua minggu lepas itu berperanan dalam memberikan akses vaksinasi dengan lebih meluas kepada masyarakat luar bandar.
"Selain HCTM, semalam PPV IPT Unimas telah berjaya mencatatkan rekod iaitu 5,584 penerima vaksin sehari. Secara keseluruhan sejumlah 37,758 penerima telah menerima vaksin di PPV berkenaan sejak ia beroperasi pada 10 hari lepas," katanya.
Beliau berkata pada Isnin depan sebuah lagi PPV IPT akan dibuka di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang boleh menerima kapasiti seramai 3,000 penerima vaksin sehari, selain mampu memberi manfaat kepada penduduk terutamanya di Negeri Sembilan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 26 2021
Noraini berkata PPV yang digerakkan sejak dua minggu lepas itu berperanan dalam memberikan akses vaksinasi dengan lebih meluas kepada masyarakat luar bandar. - Gambar fail
Yahya Sinwar sah dibunuh Israel - Hamas
Hamas mengesahkan Ketua Biro Politiknya, Yahya Sinwar terbunuh dalam serangan Israel.
Mohd Yusoff dilantik Ketua Polis Kelantan yang baharu
Polis Diraja Malaysia umum pertukaran empat pegawai kanan berkuat kuasa 18 Nov ini.
Bilangan warga asing di Jepun cecah rekod 3.5 juta setakat Jun
Bilangan warga asing yang menetap di Jepun mencapai rekod tertinggi lebih 3.5 juta pada separuh pertama 2024, menurut data kerajaan.
Industri perbankan sifatkan Belanjawan 2025 langkah positif ke arah ekonomi mampan, inklusif
Institusi kewangan sifatkan Belanjawan 2025 langkah positif ke arah mencapai ekonomi inklusif yang mampan di samping mengekalkan tanggungjawab fiskal dan keadilan sosial.
Pembinaan WCE beri manfaat kepada Melaka - Ketua Menteri
Laluan berkenaan bakal menjadi alternatif untuk pengguna ke Melaka selain Lebuhraya Utara-Selatan.
Belanjawan 2025: Komitmen berterusan kerajaan terhadap tanggungjawab fiskal, pertumbuhan seimbang - Khazanah
Khazanah dan syarikat-syarikat portfolionya kekal selaras dengan visi Belanjawan 2025 dan sedia menyokong agenda yang berpandangan jauh.
Belanjawan 2025: Microsoft komited bekerjasama dengan kerajaan untuk pacu inovasi AI
Microsoft komited bekerjasama dengan kerajaan untuk memacu inovasi kecerdasan buatan (AI).
Peruntukan RM65 juta dapat pastikan pekebun kecil peroleh MSPO - Johari
Peruntukan sebanyak RM65 juta menerusi Belanjawan 2025 diharapkan dapat memberi suntikan kepada lebih ramai pekebun kecil untuk mendapatkan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
Belanjawan 2025: Naik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal & program penjagaan kesihatan
Kementerian kesihatan menerima peruntukan sehingga RM45.3 bilion dengan fokus menaik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal, dan program penjagaan kesihatan.
Belanjawan 2025: Perolehan kapal baharu APMM mampu tingkat keupayaan jaga perairan negara
Pengumuman peruntukan pembelian tiga kapal baharu bagi APMM dalam Belanjawan 2025 dilihat tepat pada masanya.
KPWKM akan siasat aduan pihak ambil kesempatan terhadap kanak-kanak - Noraini
Tindakan sewajarnya akan diambil mengikut undang-undang yang diperuntuk di bawah KPWKM sekiranya pihak terbabit didapati bersalah.
Ibu bapa kanak-kanak istimewa diminta tampil, jangan malu bertemu JKM jika bermasalah
Ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak istimewa, terutamanya autisme, diminta tidak bersendirian sekiranya mempunyai masalah.
Nahas helikopter Lumut: Khidmat kaunseling diteruskan bergantung keperluan - Noraini
Hasil pemerhatian mendapati waris mangsa masih bersedih, namun kuat semangat untuk menerima kejadian yang menimpa ahli keluarga mereka.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
Sokong usaha Malaysia jadi peneraju pengukuhan sistem timbang tara - Wanita UMNO
Noraini menyeru semua pihak agar beri sokongan kepada usaha mendesak proses perundangan timbang tara diperkemas dan diperbaiki.
Wanita UMNO nafi minta Noraini berundur
Ujar Rosni, kebanyakan negeri menyatakan sokongan mereka tanpa paksaan kepada Ahli Parlimen Sulong itu untuk terus menerajui Wanita UMNO.
KPT alu-alukan cadangan tubuh universiti wanita
Ketika ini bilangan mahasiswi di IPTA adalah lebih 350,000 iaitu 61 peratus daripada jumlah kemasukan pelajar.
Menu Keluarga Malaysia di IPT perlu ambil kira kepelbagaian komposisi kaum
Satu pelan tindakan yang holistik, sinergi dan mampan akan dibangunkan sebagai panduan kepada IPT dalam usaha memperkasa kebajikan siswa.
Malaysia terus jadi destinasi pilihan pelajar antarabangsa - Noraini
Malaysia masih menjadi destinasi pilihan untuk pelajar antarabangsa melanjutkan pengajian mereka, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad.
Banjir: Peminjam PTPTN terjejas dapat penangguhan bayaran 3 bulan
Kerajaan bersetuju memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN selama tiga bulan kepada peminjam yang terkesan akibat banjir yang melanda negara.