Ringkasan AI
- KPT merancang meningkatkan kualiti pendidikan tinggi negara melalui kerjasama berterusan dengan kerajaan negeri, menurut Menteri Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
- Mesyuarat bersama Exco dan Timbalan Exco pendidikan negeri membincangkan perkembangan pendidikan tinggi, termasuk Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia (PPPTM) 2026-2035.
- Isu kebajikan mahasiswa, pemerkasaan IPTN, pengukuhan TVET, kolaborasi industri, dan kerjasama strategik turut dibincangkan, dengan pertemuan akan diadakan secara berkala.
Perkara itu dinyatakan Menteri berkenaan Datuk Seri Zambry Abd Kadir dalam mesyuarat bersama Exco dan Timbalan Exco pendidikan negeri di Putrajaya pagi tadi.
Beliau berkata mesyuarat rasmi pertama itu turut dihadiri Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud serta pengurusan tertinggi KPT.
"Dalam mesyuarat ini, kementerian telah berkongsi serta menyalurkan maklumat kepada pihak kerajaan negeri berkaitan perkembangan semasa dan hala tuju terkini pendidikan tinggi negara termasuk perancangan membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia (PPPTM) 2026-2035," katanya dalam kenyataan hari ini.
Melalui platform itu katanya pihak kerajaan negeri juga berpeluang mengetengahkan isu dalam pelaksanaan operasi pendidikan tinggi di negeri masing-masing antara lain berkaitan kebajikan mahasiswa, pemerkasaan Institut Pendidikan Tinggi Negeri (IPTN) dan pengukuhan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Selain itu kolaborasi industri dan juga peluang kerjasama dalam mengukuhkan hubungan strategik antara KPT dan kerajaan negeri bagi memastikan ekosistem sektor pendidikan tinggi negara pada tahap yang terbaik.
Menurutnya pertemuan seperti itu akan diadakan secara berkala bagi membincangkan perihal pendidikan tinggi negara dari semasa ke semasa.
-- BERNAMA