Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menghantar pulang 49,019 pelajar ke pangkuan keluarga pelajar masing-masing dari 27 April sehingga Ahad.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 1,646 pelajar IPT dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing pada Ahad.
"Seramai 652 pelajar telah dihantar pulang ke Sarawak melalui 4 penerbangan dari Kuala Lumpur ke Miri, Kuching, Bintulu dan Sibu.
"Manakala 574 pelajar dihantar pulang dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu melalui 2 penerbangan.
"Sebuah penerbangan dari Kuching telah membawa pulang 160 pelajar ke Kota Kinabalu. 1 penerbangan ulang alik dari Bintulu ke Kota Kinabalu telah menghantar pulang 227 pelajar.
"Bagi penghantaran pelajar dalam negeri (intra-state), seramai 33 pelajar di Sabah telah dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing," katanya dalam sidang media hariannya pada Isnin.
Dalam pada itu katanya, tiga penerbangan dijadualkan dari Kuala Lumpur ke Bintulu, Sibu dan Miri untuk membawa pulang 418 pelajar ke kampung pada Isnin.
"Masih terdapat 7,384 pelajar dari Sabah dan 2,207 pelajar dari Sarawak yang belum dihantar pulang dari kampus IPT di Semenanjung Malaysia.
"Di Sabah, pusat kuarantin yang sedia ada tidak dapat menampung jumlah kepulangan pelajar untuk menjalani kuarantin wajib 14 hari.
"Bagaimanapun, KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan KPT bersama Kerajaan Negeri Sabah telah membuat keputusan untuk mewajibkan setiap menjalani ujian swab COVID-19, sebelum mereka berlepas pulang," ujarnya.
Dalam pada itu katanya, bagi mereka yang disahkan negatif COVID-19 akan dibenarkan untuk meneruskan perjalanan manakala bagi yang disahkan positif COVID-19, mereka akan dihantar ke hospital untuk rawatan.
Astro Awani
Mon May 18 2020
Kata Ismail Sabri, pusat kuarantin yang sedia ada di Sabah tidak dapat menampung jumlah kepulangan pelajar untuk menjalani kuarantin wajib 14 hari. - Gambar hiasan/BERNAMA
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso.
Liputan 5G capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk mencapai 82.1 peratus setakat akhir Oktober lalu.
2TM: Liputan 5G di kawasan berpenduduk capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk negara kini mencapai 82.1 peratus setakat hujung Oktober lepas.
Polis tidak pernah henti siasat kes Faisal disimbah asid
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat belah belah di Kota Damansara, dekat sini Mei lalu.
Hanya berbaki 1,000 topi keledar di kaunter JPJ pada hari kedua 2TM
Hanya 1,000 unit topi keledar lagi yang berbaki untuk hari kedua Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM).
"Bila saya kata saya tak ambil gaji, kena sindir.." - PM Anwar
"Kita tak ambil gaji. Elaun Parlimen kita ambil, Azizah pun ada elaun Parlimen. Jadi campur-campur okaylah," kata Perdana Menteri mengenai sindiran pendirian beliau tidak mengambil gaji.
#AWANInews
#AWANInews
Masters China: Pang Ron-Su Yin mara final, bakal bertemu pilihan pertama
Bregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, kini tiba di pentas final Masters China susulan kemenangan yang dilakar dalam aksi separuh akhir.
Malaysia-Korea Selatan: Korea Selatan minat kerjasama pembangunan lebuh raya di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar yang mengintegrasikan teknologi tinggi dan canggih di negara ini.
Pecah rekod Erling Haaland, Harry Kane muncul penjaring 50 gol terpantas Bundesliga
Kane membuka jaringan pada minit ke-53 menerusi sepakan penalti sebelum dua gol pantas dalam masa kecederaan.
Tingkat integriti: Kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan
Penggunaan kamera badan bagi anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sangat diperlukan bagi meningkatkan integriti dalam kalangan anggota bertugas dan orang awam.
LTdL tahun hadapan akan lebih 'menyengat'
Dua pendakian berturut-turut yang diperkenalkan pada edisi tahun ini akan diteruskan setelah format itu berjaya meninggalkan impak serta kejutan.
Poole juara keseluruhan LTdL 2024
Pelumba Britain Max Poole muncul Juara Keseluruhan perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 biarpun menamatkan saingan di tempat ke-35 pada peringkat terakhir.
Budak perempuan enam tahun dikhuatiri dibaham buaya ketika mandi sungai di Bintulu
Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahum yang sedang mandi sungai bersama ahli keluarga di Kampung Seberang Pasar Lama Tatau, Bintulu.
Malaysia kekal destinasi utama bagi pelaburan PTTEP - BMI
Malaysia akan kekal sebagai destinasi utama bagi pelaburan syarikat minyak nasional Thailand, PTT Exploration and Production (PTTEP), dalam jangka masa pendek dan panjang.
10 cedera dalam kejadian reaktor kilang terbakar di Bintulu
Menurut PGOB kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.
Dua maut dalam letupan di dalam kapal di perairan Bintulu
Dua pekerja kapal maut manakala seorang lagi cedera dalam satu letupan membabitkan sebuah kapal berhampiran pelantar minyak di Bintulu.
Wanita warga asing, kanak-kanak OKU maut dalam kebakaran
Seorang wanita warga Filipina dan seorang kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) maut dalam kebakaran melibatkan dua rumah teres di Fortune Park, Bintulu.
Polis berkas 15 individu curi kabel TM di Bintulu
Modus operandi kumpulan ini ialah dengan memotong kabel yang terdedah di tepi jalan, kemudian memasuki terowong tempat penyambungan kabel.
Jambatan Bintulu-Jepak lancarkan pergerakan ke pusat bandar
Penduduk Kampung Jepak berkata kesesakan lalu lintas amat ketara terutama pada waktu pagi dan petang.
Rumah Raymond Plen punya sejarah tersendiri, Al-Sultan Abdullah Agong pertama berangkat
Rumah Raymond Plen yang terletak di Sebauh memiliki sejarah tersendiri apabila rumah panjang kaum Iban itu pernah dikunjungi oleh dua Perdana Menteri sebelum ini.