BINTULU: Dua pekerja kapal maut manakala seorang lagi cedera dalam satu letupan membabitkan sebuah kapal berhampiran pelantar minyak di sini.


Ringkasan AI
  • Letupan Kapal Berhampiran Pelantar Minyak: Dua pekerja kapal telah meninggal dunia manakala seorang lagi mengalami kecederaan dalam satu letupan yang melibatkan sebuah kapal berdekatan dengan pelantar minyak. Insiden ini berlaku di lokasi yang belum dinyatakan.
  • Tindakan Cepat: Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Hendery Ardimanshah, mengesahkan bahawa pasukan tiga anggota ambulans EMRS telah dikejarkan ke lokasi di Jeti Pelabuhan Bintulu. Lima ambulans dari Hospital Bintulu juga turut dikerahkan untuk memberikan bantuan.
  • Mangsa dan Identiti: Tiga mangsa yang tiba dengan kapal didapati dalam keadaan tidak sedarkan diri. Dua daripadanya telah disahkan meninggal dunia, manakala seorang lagi mengalami kecederaan. Identiti mangsa yang meninggal dunia hanya dikenal pasti sebagai Muhamad Firdaus dan George.


Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Hendery Ardimanshah ketika dihubungi mengesahkan pihaknya dimaklumkan tentang insiden tersebut sekitar jam 12.57 tengah malam Sabtu.

"Sepasukan tiga anggota ambulans EMRS telah dikejarkan ke lokasi di Jeti Pelabuhan Bintulu, bersama-sama lima ambulans Hospital Bintulu," katanya.

omba mengesahkan pihaknya dimaklumkan tentang insiden tersebut sekitar jam 12.57 tengah malam Sabtu. - Foto JBPM Sarawak

Tambah Hendery, tiga mangsa yang tiba dengan kapal didapati dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Dua mangsa kemudian disahkan meninggal dunia dan seorang cedera.

Setakat ini, identiti mangsa yang maut katanya hanya dikenal pasti sebagai Muhamad Firdaus dan George.