SHAH ALAM: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah didakwa ditamatkan perkhidmatan berkuat kuasa Isnin berdasarkan satu surat yang tular di media sosial.
Surat bertarikh 1 Disember lalu itu ditandatangani Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Menerusi surat penamatan perkhidmatan berkenaan, dinyatakan bahawa kerajaan memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan beliau demi kepentingan awam.
Keputusan itu dibuat di bawah peraturan 49(3) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan dipersarakan mengikut perenggan 10(5)(d) Akta Pencen 1980 [Akta 227].
Mohd Shafiq pernah terpalit kontroversi sebelum ini apabila dituduh mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) yang bertugas di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagaimanapun menafikan tuduhan itu dan menjelaskan bahawa Mohd Shafiq hanya membuat teguran terhadap Imigresen khususnya Ketua Penolong Penguasa Imigresen, James Lee berhubung ketidakpatuhan amalan dan prosedur.
Namun, beberapa pihak termasuk Ketua Komunikasi BN Selangor, Datuk Seri Jamal Md Yunos tampil menggesa Mohd Shafiq melepaskan jawatannya secara terhormat ekoran isu moralnya itu disifatkan mencalar imej perkhidmatan awam.
Sinar Harian sedang mendapatkan pengesahan mengenai dakwaan penamatan perkhidmatan itu daripada Mohd Zuki dan Mohd Shafiq. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Dec 12 2022
![KPPA ditamatkan perkhidmatan? KPPA ditamatkan perkhidmatan?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61670894911_MohdShafiqAbdullah.jpg)
Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. - Foto Sinar Harian
![Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017239_TBFADILLAH.jpg)
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
![Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721103547_WargaThailandWitt.jpg)
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
KR sedia tambah baik SOP pembinaan lebuhraya
Alaxender berkata kementerian bersedia untuk mendedahkan laporan kajian insiden jika ia melibatkan kemalangan berskala besar dan meragut nyawa.
![Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721107133_keropokberacunrem.jpg)
Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari
Tempoh reman terhadap seorang pemilik kebun disambung selama dua hari, bagi membantu siasatan kematian dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat makan keropok beracun.
KPM alukan pesara guru ajar Bahasa Inggeris
Jelas Fadhlina Sidek pesara-pesara guru telah banyak membantu usaha KPM dalam meningkatkan PdP bahasa Inggeris termasuk melalui Program Highly Immersive Programme Mentor (HIP Mentor).
![Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721100784_TBmysj.jpg)
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
![Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang
Mayat hampir reput ditemui di sebuah rumah usang di Kesang Laut, berdekatan pusat timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Ahad.
Wanita dakwa dituduh Rafizi fail saman
Seorang wanita memfailkan saman terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan bahawa wanita berkenaan ialah isteri kepada bekas menteri yang dikaitkan dengan isu kapal tempur pesisir (LCS).
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
![KPPA: Hormati keputusan jawatankuasa siasatan - Cuepacs KPPA: Hormati keputusan jawatankuasa siasatan - Cuepacs](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61669466738_PresidenKongresKes.jpg)
KPPA: Hormati keputusan jawatankuasa siasatan - Cuepacs
Adnan berkata, semua pihak harus menghormatinya sebagai suatu pengajaran berguna serta tidak menjadikannya sebagai modal politik.
![Shafiq Abdullah akan ambil tindakan undang-undang Shafiq Abdullah akan ambil tindakan undang-undang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81670895616_MohdShafiqAbdullah.jpg)
Shafiq Abdullah akan ambil tindakan undang-undang
Bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terlibat ke atas penamatan perkhidmatannya.
![Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam ditamatkan perkhidmatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam ditamatkan perkhidmatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81670895616_MohdShafiqAbdullah.jpg)
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam ditamatkan perkhidmatan
Penamatan ini adalah selaras dengan peraturan 49(3) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
![KPPA ditamatkan perkhidmatan? KPPA ditamatkan perkhidmatan?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61670894911_MohdShafiqAbdullah.jpg)
KPPA ditamatkan perkhidmatan?
Surat bertarikh 1 Disember lalu itu ditandatangani Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.
![Kadar biasiswa pelajar tajaan JPA sedang dikaji Kadar biasiswa pelajar tajaan JPA sedang dikaji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647775921_DatukSeriMohdShaf.jpg)
Kadar biasiswa pelajar tajaan JPA sedang dikaji
Kadar biasiswa pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di luar negara sedang dikaji bagi tujuan penyelarasan.
![Pegawai awam ditegur tidak sepatutnya buat provokasi - KPPA Pegawai awam ditegur tidak sepatutnya buat provokasi - KPPA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647775921_DatukSeriMohdShaf.jpg)
Pegawai awam ditegur tidak sepatutnya buat provokasi - KPPA
Provokasi melampau bagi meraih perhatian umum atau dijadikan bahan viral boleh disifatkan sebagai suatu tindakan tidak bertanggungjawab.
![Kontroversi KPPA: PM arah KSN tubuhkan jawatankuasa khas untuk siasat Kontroversi KPPA: PM arah KSN tubuhkan jawatankuasa khas untuk siasat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659764991_AgroPelancongan.jpg)
Kontroversi KPPA: PM arah KSN tubuhkan jawatankuasa khas untuk siasat
Perdana Menteri sudah meminta Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali untuk menentukan pemilihan ahli jawatankuasa itu nanti.
![JPA terbuka dengan pandangan semua pihak berkepentingan - Mohd Shafiq JPA terbuka dengan pandangan semua pihak berkepentingan - Mohd Shafiq](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41645087231_TBMohdShafiqAbdulla.jpg)
JPA terbuka dengan pandangan semua pihak berkepentingan - Mohd Shafiq
Penambahbaikan berterusan berhubung kebajikan penjawat awam yang merangkumi semakan saraan serta laluan kerjaya, juga sedang dibuat.
![40,729 jawatan diluluskan tahun ini - KPPA 40,729 jawatan diluluskan tahun ini - KPPA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81653326343_DatukSeriMohdShaf.jpg)
40,729 jawatan diluluskan tahun ini - KPPA
Semua kementerian, jabatan dan agensi hendaklah mengikut kelayakan dan peraturan sedia ada bagi pengisian jawatan yang diluluskan.
![Deskripsi tugas penjawat awam disemak semula Deskripsi tugas penjawat awam disemak semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61648021474_DatukSeriMohdShaf.jpg)
Deskripsi tugas penjawat awam disemak semula
Deskripsi tugas penjawat awam akan disemak semula bagi memastikan ia relevan dengan situasi semasa, serta dapat meningkatkan integriti dan mengurangkan punca rasuah dalam pentadbiran awam.