SEPANG: Deskripsi tugas penjawat awam akan disemak semula bagi memastikan ia relevan dengan situasi semasa, serta dapat meningkatkan integriti dan mengurangkan punca rasuah dalam pentadbiran awam, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah.
"Saya setuju untuk disemak semula deskripsi tugas (penjawat awam).. jadi kita kurangkanlah punca berlakunya rasuah itu sendiri," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Seminar Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.
Mohd Shafiq berkata antara pendekatan yang difikirkan sesuai untuk mengurangkan rasuah dalam perkhidmatan awam adalah dengan penggunaan teknologi dalam menjalankan tugas penguatkuasaan.
"Di negara lain tak ada melalui penguatkuasaan secara fizikal, ia melalui teknologi. Contohnya kita lihat di sepanjang lebuh raya dan sebagainya, tidak ada polis tunggu tepi jalan dan tangkap, tapi kamera tu sendiri boleh menguatkuasakan.
"Jadi pendekatan-pendekatan inilah kita tengok boleh kita kaji bagaimana boleh mengurangkan punca rasuah itu," katanya.
Ditanya mengenai cadangan pemakaian kamera badan untuk anggota keselamatan dan penguatkuasaan bagi mencegah rasuah, Mohd Shafiq berkata perkara itu memerlukan kajian teliti terutama dari segi kos dan peraturan-peraturan yang perlu diguna pakai.
"Itu kita pergi kepada agensi-agensi penguat kuasa untuk menilai dan membentangkan sebagai satu dasar," katanya.
Bagi pengambilan kakitangan awam dalam usaha untuk membendung rasuah, Mohd Shafiq berkata selain melalui proses temu duga, pemohon juga perlu memiliki syarat-syarat yang ditentukan dari segi fizikal, kelayakan akademik dan perwatakan.
Menurutnya, 300 daripada sejumlah 525 penjawat awam yang dituduh di mahkamah berhubung rasuah pada tahun lepas telah disabitkan kesalahan.
Mengenai persidangan hari ini, Mohd Shafiq berkata persidangan itu akan mencari pendekatan baharu bagi menyelesaikan masalah rasuah dalam pentadbiran awam kerana isu rasuah boleh merencatkan pembangunan dan memberi kemudaratan kepada kesejahteraan negara.
Sementara itu, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam ucapannya pada persidangan itu yang dibacakan Mohd Shafiq berkata Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 kini memasuki fasa akhir pelaksanaannya dan setakat ini 37 daripada 82 inisiatif yang digariskan dalam Laporan Semakan Separuh Penggal NACP telah diselesaikan di peringkat output oleh agensi peneraju.
"Ini menggambarkan komitmen oleh kementerian dan agensi kerajaan yang terlibat serta petunjuk bahawa usaha pengukuhan tadbir urus, integriti dan antirasuah ini terus menjadi keutamaan kerajaan," katanya.
Persidangan dua hari yang merupakan inisiatif Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) antara lain melibatkan pembentangan penyelidikan dalam bidang-bidang berisiko seperti sektor pertahanan, perhutanan, kesihatan dan telekomunikasi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 23 2022
Mohd Shafiq berkata antara pendekatan yang difikirkan sesuai untuk mengurangkan rasuah dalam perkhidmatan awam adalah dengan penggunaan teknologi dalam menjalankan tugas penguatkuasaan. - Gambar fail
Hidup mati atas jalan raya, lindungilah kebajikan kami...
Sampai bila kebajikan pekerja gig dilayan seperti anak tiriā¦
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
AWFF: 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Filem tersebut berjaya mengetepikan 15 filem lain dari seluruh Asia untuk memenangi Piala Snow Leopard.
AWFF: Kemenangan 'Abang Adik' subur harapan ke Oscar
Kemenangan itu menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi tahun depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian: Seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG berkata terdapat kebimbangan mengenai beberapa penyelesaian yang dicadangkan, dan mereka kini sedang menunggu jawapan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di bawah Jabatan Perdana Menteri
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Perkukuh komuniti dan tangani cabaran serantau - Mohamad
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia berperanan penting dalam memperkukuhkan komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Deskripsi tugas penjawat awam disemak semula
Deskripsi tugas penjawat awam akan disemak semula bagi memastikan ia relevan dengan situasi semasa, serta dapat meningkatkan integriti dan mengurangkan punca rasuah dalam pentadbiran awam.