ALOR SETAR: Kementerian Pendidikan (KPM) menyasarkan untuk meningkatkan enrolmen murid di prasekolah kepada 90 peratus berbanding 80 peratus ketika ini sebagai langkah awal mengekang keciciran di peringkat sekolah rendah dan menengah.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, bagi mencapai sasaran itu KPM akan membuka lebih banyak prasekolah selain melakukan kempen advokasi kepada ibu bapa untuk menggalakkan mereka menghantar anak-anak ke prasekolah bagi mendapatkan pendidikan awal.
"Enrolmen prasekolah (ketika ini) adalah sekitar 80 peratus, sekolah menengah lebih kurang 78 peratus jadi agak rendah berbanding dengan sekolah rendah yang kita wajibkan itu iaitu pada kadar 98 peratus.
"Jadi kita ada dua segmen pelajar yang perlu kita beri tumpuan enrolmennya iaitu prasekolah dan juga sekolah menengah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Sesi Motivasi bersama Cikgu Menteri, di sini, malam tadi.
Beliau berkata, antara faktor kadar enrolmen prasekolah rendah adalah disebabkan kemiskinan iaitu ibu bapa tidak mampu menghantar anak mereka ke prasekolah, selain kekurangan kelas prasekolah yang sedang ditangani di peringkat kementerian.
Ditanya sama ada KPM berhasrat mewajibkan pendidikan prasekolah seperti sekolah rendah, Fadhlina berkata, pihaknya akan menyelesaikan dahulu isu-isu berkaitan prasekolah sebelum meneliti perkara itu.
Mengulas mengenai keciciran di peringkat sekolah menengah, beliau berkata, Rang Undang-Undang (RUU) mewajibkan pendidikan di peringkat sekolah menengah yang akan dibentangkan di Parlimen dijangka dapat memastikan pelajar kekal bersekolah sehingga tamat tingkatan lima.
"Sekolah menengah ini drop out (tercicir), orang tak sambung belajar ini disebabkan oleh macam-macamlah, kemiskinan, bekerja, kahwin, hamil dan memang mahu berhenti atau terlibat dengan pelbagai isu-isu sosial.
"Jadi untuk kekang isu-isu ini kita perlu juga ada dasar pendidikan wajib untuk sekolah menengah supaya mereka boleh kekal di sekolah sehingga tingkatan lima," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Jun 17 2023

Fadhlina berkata, Kementerian Pendidikan menyasarkan untuk meningkatkan enrolmen murid di prasekolah kepada 90 peratus berbanding 80 peratus ketika ini sebagai langkah awal mengekang keciciran di peringkat sekolah rendah dan menengah.

Rusia tuntut status neutral Ukraine, penolakan keahlian NATO untuk perjanjian damai
Rusia akan berkeras untuk menyediakan jaminan keselamatan bagi memeterai perjanjian damai, termasuk status neutral Ukraine dan penolakan penyertaannya dalam NATO.

Insiden tampar lelaki kerana makan di bulan Ramadan satu provokasi - Aaron Ago Dagang
Aaron Ago Dagang menegaskan tindakan sedemikian harus dihentikan serta-merta dan tidak dibenarkan berkembang di negara yang menjunjung tinggi prinsip Rukun Negara.

Studio filem milik pengarah 'Avengers: Endgame' guna AI bantu artis berkarya
Russo bersaudara mendedahkan mereka sedang menguji bagaimana AI boleh digunakan untuk membantu artis.

Sekurang-kurangnya 34 maut akibat ribut di Amerika Syarikat
Ribut teruk melanda kawasan selatan dan tengah Amerika Syarikat (AS) sepanjang hujung minggu, mengorbankan sekurang-kurangnya 34 orang.

Lapan petugas MAPIM terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza
MAPIM menggesa rakyat Malaysia untuk mengadakan doa Qunut Nazilah bagi mendoakan keselamatan saudara-saudara di Gaza.

Liek Hou terus bersinar, pertahan dua emas di Sepanyol
Jaguh badminton negara Cheah Liek Hou membuktikan usia bukan penghalang untuk mencipta kegemilangan.

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 14.33 mata kepada 1,526.48 daripada 1,512.15 pada Jumaat lepas.

Nurul Izzah Izzati DNF acara keirin, kemalangan sewaktu repechage
Perjalanan atlet berusia 22 tahun itu terhenti ketika saringan repechage pusingan pertama dan status bertukar DNF.

Wartawan tertonyoh mikrofon ke muka Trump terima jelingan 'tajam'
Video kejadian yang berlaku di pusat kemudahan tentera Joint Base Andrews itu menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi warga maya.

Lima faktor utama mempengaruhi kejatuhan dan pemulihan FBM KLCI - Penganalisis
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengalami penurunan terbesar tahun ini, menembusi paras sokongan utama 1,490-1,500.

Rentap kepala pelajar autistik, polis buka kertas siasatan
Polis membuka kertas siasatan berhubung insiden seorang pembantu pengurusan pelajar yang didakwa mengasari seorang pelajar autisme berusia tujuh tahun di sebuah sekolah rendah di Kelana Jaya, di sini.

Vietnam sasar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua pada 2035
Vietnam merancang untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua bagi semua pelajar menjelang tahun 2035.

Tujuh perubahan, lantikan baharu pengurusan tertinggi perkhidmatan awam - KSN
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar hari ini mengumumkan tujuh perubahan penempatan dan pelantikan baharu bagi jawatan pengurusan tertinggi perkhidmatan awam.

KPM tingkatkan kesedaran keselamatan jalan raya dalam kalangan murid
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus mempertingkatkan aspek pendidikan keselamatan jalan raya dalam kalangan murid dengan menggunakan modul serta kurikulum sedia ada.

Pelantikan Naib Canselor tidak dibuat semberono - Zambry
Pelantikan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor sesebuah universiti awam tidak dibuat secara semberono atau berdasarkan faktor politik seperti yang disebarkan di media sosial atau surat layang.

17 sekolah baharu dijangka mula operasi tahun ini - Fadhlina
Ia merangkumi lapan sekolah rendah dan sembilan sekolah menengah melibatkan Selangor, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

59.3 peratus murid Tahun Satu kuasai kemahiran 3M
Sebanyak 59.3 peratus daripada 122,062 murid tahun satu dikenal pasti menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) sepanjang tahun lepas.

Reformasi pendidikan fokus utama KPM tahun ini - Azman
Lapan keutamaan termasuk isu keciciran murid, peningkatan profesionalisme guru, pengukuhan kepimpinan pendidikan MADANI, dan penguasaan literasi serta numerasi murid.

Pencen Awal: Pendidik minta lantik pembantu guru, naikkan gred Guru Cemerlang sekolah rendah
Beban tugasan guru-guru di sekolah perlu diringankan, di samping menyediakan ganjaran yang sewajarnya kepada perkhidmatan mereka dalam mendidik generasi bangsa.

Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan - Fadhlina
Kementerian Pendidikan menerima baik cadangan DBKL untuk membina sekolah 17 tingkat di sekitar pusat bandar raya namun perlu diteliti dari aspek keselamatan dan kesesuaiannya.