Kementerian Pendidikan (KPM) telah meluluskan sebanyak 2,261 permohonan pertukaran kes "guru duka lara" daripada 6,636 keseluruhan permohonan kategori itu.
Mereka akan mula berkhidmat di sekolah baharu bulan depan.
Menteri berkenaan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kelulusan itu adalah bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini dengan seramai 1,421 guru akan ditempatkan di sekolah rendah dan 840 lagi di sekolah menengah di seluruh negara.
"Kita menerima permohonan dalam tempoh itu adalah sebanyak 20,470 orang guru dan daripada jumlah itu yang diluluskan sebanyak 2,825 orang dengan guru kategori kes 'guru duka lara' adalah tertinggi mendapat kelulusan iaitu 2,261 guru iaitu 34.1 peratus," katanya pada sidang media di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Padang Terap, di sini, hari ini.
Katanya, selain kes guru duka lara ialah pertukaran atas alasan tempoh perkhidmatan sebanyak 168 orang, permohonan bersama (166), sakit kronik (37), ancaman keselamatan (15) dan lain-lain (178).
Mahdzir berkata, jumlah kelulusan permohonan penukaran bagi tempoh ini tidak dibuat begitu ramai kerana mengambil kira keadaan guru-guru dan pelajar yang menumpukan proses pengajaran dan pembelajaran.
BACA: Kementerian Pendidikan diminta terus ambil berat guru 'duka lara'
"KPM ingin menjelaskan pertimbangan kelulusan pertukaran tersebut turut mengambil kira kepentingan perkhidmatan, kekosongan perjawatan serta keperluan opsyen selain mengambil kira kelas-kelas peperiksaan serta opsyen kritikal seperti Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam di sekolah rendah serta Bahasa Melayu di sekolah menengah," katanya.
Sementara itu, Mahdzir berkata seramai 1,175 orang guru baharu akan ditempatkan di sekolah rendah dan menengah di seluruh negara pada Julai ini.
Daripada jumlah itu, 746 akan ditempatkan di sekolah rendah dan 429 di sekolah menengah.
Katanya, untuk penempatan baharu ini, semua calon diminta akur dengan penempatan mereka kerana dibuat berdasarkan kepentingan perkhidmatan dan jika enggan boleh dianggap menolak tawaran itu.
"Kali ini kita akan keluarkan surat tawaran sekali dengan penempatan, jika mereka enggan dengan tawaran itu, ini bermakna mereka menolak tawaran itu, dan terpaksa memohon semula menjadi guru selepas ini," katanya.
Dalam pada itu, Mahdzir berkata, bermula pada Januari tahun hadapan semua urusan pertukaran dan penempatan guru akan dilaksanakan secara berpusat atau One Stop Centre di Putrajaya.
"Selepas ini semua urusan pertukaran guru antara negeri hanya akan dilaksanakan di Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan KPM sebagai urusetia dan pertukaran di dalam negeri akan diuruskan oleh Pengarah Pendidikan Negeri masing-masing," katanya.
Katanya, langkah ini diharap dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanannya dimana tempoh masa yang akan digunakan untuk proses itu dapat disingkatkan, memudahkan rujukan oleh pihak pengurusan KPM dan memudahkan guru berurusan secara setempat.
"Kita berharap apa yang sedang KPM buat ini dapat menyelesaikan banyak masalah khususnya berkaitan ketidakpuasan hati di kalangan guru terutama kes "guru duka lara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 29 2017
Mahdzir dan Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof bergambar sebelum mengadakan taklimat dan sidang media khas berhubung isu pertukaran guru di Pejabat Pendidikan Daerah Padang Terap, pada Ahad, 28 Mei, 2017. --fotoBERNAMA
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
Parlimen: SPI baharu pertukaran guru bermula 1 Januari depan - KPM
SPI baharu itu akan memastikan urusan pertukaran PPP dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan.
Guru duka lara: Kekosongan jawatan, keperluan opsyen jadi faktor utama
Antara faktor lain yang perlu dipertimbang termasuk guru yang mengajar mata pelajaran khusus atau yang memerlukan kelayakan khas.
Pertukaran 16,000 guru 'duka lara' diluluskan
Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata 7,000 permohonan lagi akan diproses sebelum penempatan baharu dilaksanakan pada Jun.
KPM lulus pertukaran 2,261 guru kes 'guru duka lara'
Mereka akan mula berkhidmat di sekolah baharu bulan depan.
4,267 guru duka lara disatukan semula dengan pasangan - Mahdzir
Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata lebih 20,000 guru berduka lara itu masih dalam pertimbangan pihak kementerian.