KUALA LUMPUR: Kekosongan jawatan serta keperluan opsyen di sesebuah negeri atau daerah menjadi prinsip asas kepada Kementerian Pendidikan (KPM) dalam memberi kelulusan pertukaran guru selain tempoh perkhidmatan.
Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Mah Hang Soon berkata antara faktor lain yang perlu dipertimbang termasuk guru yang mengajar mata pelajaran khusus atau yang memerlukan kelayakan khas.
"Pertimbangan kelulusan bagi permohonan pertukaran ke negeri yang dimohon adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan dan keperluan opsyen.
"Sebagai contoh, pemohon yang berkhidmat tiga tahun atau lima tahun, telah memohon ke negeri yang tiada kekosongan jawatan seperti ke negeri Kelantan dan Terengganu, jadi permohonan itu tidak dapat dipertimbangkan atau diberikan kelulusan.
"Ia berbeza dengan permohonan yang sama ke negeri yang ada kekosongan perjawatan seperti di negeri Johor, Selangor dan Kuala Lumpur dimana permohonan tersebut dapat dipertimbangkan kelulusannya," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Wan Hassan Mohd Ramli (Pas-Dungun) yang ingin tahu faktor yang mempengaruhi kelulusan pemindahan seseorang guru.
Mengulas lanjut, Hang Soon berkata KPM telah melaksanakan beberapa penambahbaikan selain komited memastikan kebajikan guru diberi keutamaan tanpa menjejaskan kepentingan perkhidmatan pendidikan.
"Keutamaan pertimbangan kelulusan pertukaran adalah kepada PPP (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan) yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya lima tahun di negeri semasa bagi negeri-negeri di Semenanjung atau sekurang-kurangnya tiga tahun di negeri semasa bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
"Sekiranya tiada kekosongan jawatan dan keperluan opsyen bagi permohonan pertukaran PPP ke negeri yang dimohon, pertimbangan pertukaran akan diberikan kepada negeri pilihan kedua atau ketiga pemohon serta kepada negeri yang berdekatan," jelasnya.
Harits Asyraf Hasnan
Wed Nov 24 2021
![Guru duka lara: Kekosongan jawatan, keperluan opsyen jadi faktor utama Guru duka lara: Kekosongan jawatan, keperluan opsyen jadi faktor utama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51626281671_Blackboard.jpg)
Antara faktor lain yang perlu dipertimbang termasuk guru yang mengajar mata pelajaran khusus atau yang memerlukan kelayakan khas. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Parlimen: SPI baharu pertukaran guru bermula 1 Januari depan - KPM Parlimen: SPI baharu pertukaran guru bermula 1 Januari depan - KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81638257332_TBStartSekolah.jpg)
Parlimen: SPI baharu pertukaran guru bermula 1 Januari depan - KPM
SPI baharu itu akan memastikan urusan pertukaran PPP dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan.
![Guru duka lara: Kekosongan jawatan, keperluan opsyen jadi faktor utama Guru duka lara: Kekosongan jawatan, keperluan opsyen jadi faktor utama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51626281671_Blackboard.jpg)
Guru duka lara: Kekosongan jawatan, keperluan opsyen jadi faktor utama
Antara faktor lain yang perlu dipertimbang termasuk guru yang mengajar mata pelajaran khusus atau yang memerlukan kelayakan khas.
![Pertukaran 16,000 guru 'duka lara' diluluskan Pertukaran 16,000 guru 'duka lara' diluluskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-05/81493712405_MahdzirKhalid.jpg)
Pertukaran 16,000 guru 'duka lara' diluluskan
Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata 7,000 permohonan lagi akan diproses sebelum penempatan baharu dilaksanakan pada Jun.
![KPM lulus pertukaran 2,261 guru kes 'guru duka lara' KPM lulus pertukaran 2,261 guru kes 'guru duka lara'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-05/71496020159_MenteriPendidikanD.jpg)
KPM lulus pertukaran 2,261 guru kes 'guru duka lara'
Mereka akan mula berkhidmat di sekolah baharu bulan depan.
![4,267 guru duka lara disatukan semula dengan pasangan - Mahdzir 4,267 guru duka lara disatukan semula dengan pasangan - Mahdzir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/61444571400_MAHDZIRKHALID.jpg)
4,267 guru duka lara disatukan semula dengan pasangan - Mahdzir
Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata lebih 20,000 guru berduka lara itu masih dalam pertimbangan pihak kementerian.