KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) baharu berkait pertukaran guru, sekali gus menggantikan SPI yang dikeluarkan pada tahun 1975 dan 1978.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata ia bagi memastikan urusan pertukaran mereka dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan.
"Berdasarkan kepada garis panduan itu, KPM menetapkan tiga prinsip asas pertukaran iaitu kekosongan jawatan, keperluan opsyen dan kepentingan serta keperluan perkhidmatan.
"Dalam hal ini, permohonan pertukaran boleh dibuat berdasarkan kepada beberapa kategori iaitu kesihatan, keselamatan, mengikut pasangan dan lain-lain," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Seri Tiong King Sing (GPS-Bintulu) yang ingin tahu dasar terkini kerajaan dalam usaha penempatan semula guru berasal dari Sarawak yang bertugas di Semenanjung supaya dapat ditempatkan semula di Sarawak.
Mengulas lanjut, Radzi berkata SPI KPM Bil 7/2021: Pelaksanaan Permohonan Pertukaran Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di Sekolah dan Kolej Vokasional yang dikeluarkan pada 23 September lalu akan berkuat kuasa pada 1 Januari depan.
SPI sebelum ini yang dimansuhkan adalah SPI Bil 3/75: Panduan Bagi Pertukaran Guru-Guru dan SPI Bil 1/1978: Tarikh Bagi Pertukaran Guru-Guru.
Beliau memaklumkan, SPI itu turut menyertakan garis panduan sebagai rujukan kepada pengetua atau guru besar dan PPP yang berkhidmat di sekolah serta kolej vokasional di bawah KPM.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Nov 30 2021
KPM menetapkan tiga prinsip asas pertukaran iaitu kekosongan jawatan, keperluan opsyen dan kepentingan serta keperluan perkhidmatan. - Foto fail/Astro AWANI
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap, pastikan kewangan negara lebih mampan
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini
Proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
KPM teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia
KPM sentiasa terbuka dan mengalu-alukan pesara guru bahasa Inggeris dalam negara untuk terlibat dalam PdP bagi meningkatkan penguasaan bahasa tersebut.
Nasihat Perdana Menteri perlu dilihat dalam konteks positif - Fadhlina
Warga pendidik perlu melihat nasihat daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan displin dan prestasi perkhidmatan mereka dalam konteks positif, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Murid Bumiputera di SJKC meningkat hampir sekali ganda dalam tempoh 10 tahun - KPM
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) menyaksikan peningkatan kemasukan murid Bumiputera hampir sekali ganda dalam tempoh 10 tahun.
Pendidikan Islam: Daurah Hadis 40 Imam Nawawi pupuk kefahaman guru
Daurah Hadis 40 Imam Nawawi diharap dapat meningkatkan kefahaman guru pendidikan Islam berkaitan Hadis 40 Imam Nawawi.
Gejala buli di sekolah: KPM pastikan tiada kes 'disembunyikan' - Fadhlina
Kementerian Pendidikan akan memastikan agar tiada lagi kes yang disifatkan sebagai sweep under the carpet' atau disembunyikan, berkaitan gejala buli di sekolah.
Rayuan dibuka, KPM dan KPT selaras penempatan matrikulasi pelajar cemerlang - Fadhlina
KPM akan bergerak secara agresif bersama KPT bagi menyelaraskan dengan segera, sekali gus memastikan penempatan semua pelajar cemerlang lepasan SPM dalam program Matrikulasi.
Pelajar cemerlang SPM dijamin tempat matrikulasi atau program KPT - KPM
KPM berkata tawaran tempat dan jurusan adalah bergantung kepada kelayakan calon dan kekosongan Program Matrikulasi KPM.
Malaysia sedia jadi tuan rumah AUG 2026 - Mustapha
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersedia untuk menjadi tuan rumah bagi penganjuran temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2026, kata Timbalan Menterinya Datuk Mustapha Sakmud.
Orang ramai disaran beri cadangan pelan pembangunan pendidikan baharu
Pelan baharu itu bertujuan mengantikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang hampir sampai ke penghujung pelaksanaannya.
Keputusan permohonan ke IPTA, KK, ILKA bagi lepasan SPM diumum 28 Jun
Keputusan boleh disemak mulai 28 Jun 2024, jam 12 tengah hari hingga 7 Julai 2024, jam 5 petang melalui platform yang disediakan.