KEPALA BATAS: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) boleh memainkan peranan dalam memberikan pendedahan awal mengenai literasi kewangan kepada pelajar dan mahasiswa dari peringkat awal.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihaknya akan berbincang dengan kedua-dua kementerian itu supaya kempen pencerahan mengenai amalan menabung dan pelaburan saham boleh diperluaskan lagi di peringkat institusi pendidikan dan pendidikan tinggi.
"Mungkin guru-guru terpilih boleh diberikan latihan supaya pencerahan ini turun ke bawah. Guru-guru atau tenaga pengajar boleh diberi tanggungjawab untuk memberi kesedaran tambahan kepada pelajar.
"Saya juga menyeru anak Pulau Pinang, pihak sekolah, guru dan masyarakat agar memanfaatkan sepenuhnya kehadiran Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2023," kata Anwar yang juga Menteri Kewangan dalam ucapan perasmian MSAM 2023 di sini hari ini.
Tema MSAM tahun ini, 'Bijak Melabur, Santai Berhibur', mencerminkan usaha berterusan Permodalan Nasional Bhd (PNB) untuk meningkatkan kesedaran mengenai literasi kewangan dengan pendekatan yang menarik.
Anwar juga berkata pengetahuan masyarakat berkaitan pelaburan saham agak lemah kerana ramai individu melabur mengikut sentimen dan bukan keupayaan sesuatu syarikat itu namun perkara ini tidak banyak bezanya dengan negara lain.
"Saya ada baca laporan di London beberapa tahun lalu yang agak mengejutkan di mana tahap pencerahan maklumat di sana juga rendah dalam kalangan penduduknya.
"Literasi kewangan ini penting dan kita tidak boleh membuat andaian bahawa seseorang itu menabung dan melabur dalam pasaran saham dengan sendirinya ada maklumat terkini," katanya.
Beliau berkata oleh itu, pendedahan perlu bermula di peringkat sekolah agar mereka melabur atas keyakinan terhadap integriti dan rekod baik sesuatu syarikat.
Perdana Menteri turut mengingatkan syarikat berasaskan kepentingan Bumiputera agar tidak mengambil jalan mudah dengan menjual aset yang dimiliki untuk menyelamatkan syarikat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 01 2023

Anwar berkata pihaknya akan berbincang dengan kedua-dua kementerian itu supaya kempen pencerahan mengenai amalan menabung dan pelaburan saham boleh diperluaskan lagi di peringkat institusi pendidikan dan pendidikan tinggi. - Gambar/ Bernama

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

‘Pemimpin 33 bulan dahulu hanya tahu kritik, masalah tak selesai’ - PM
Kerajaan MADANI tidak akan meminggirkan mana-mana kaum dalam soal kesejahteraan hidup, terutamanya golongan miskin dan kurang berkemampuan.

Kerajaan sentiasa kenal pasti ikhtiar baharu pastikan Malaysia destinasi pelaburan - PM Anwar
Kerajaan sentiasa mengenal pasti ikhtiar baharu untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan menarik dan berdaya saing, kata Perdana Menteri.

PM arah siasatan polis terhadap peserta himpunan mahasiswa, SOSMA dihentikan
Kerajaan mengarahkan siasatan polis terhadap mahasiswa yang terbabit dalam Himpunan Rakyat Bebas Rasuah pada 25 Januari lalu dihentikan serta-merta.

Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM
Anwar menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.

Terus julang sikap saling mengasihi, menghormati dalam memacu negara - PM Anwar
Roh ihsan yang sentiasa menekankan tentang kepentingan mengasihi, menghormati dan menghargai sesama warga nusa dan bangsa perlu terus dijulang dalam memacu pembangunan negara bersama-sama.

PM Anwar perkukuhkan kerjasama ekonomi Malaysia di Davos
Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerja rasmi ke Davos, di sini dengan mengadakan beberapa mesyuarat perniagaan bersama syarikat multinasional.

PM setuju draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan - Jemilah
Perdana Menteri Anwar telah memberi persetujuan kepada draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan sebagai langkah konkrit menangani isu-isu alam sekitar global.

Malaysia perlu adaptif, berdaya tahan dalam ketidaktentuan global - PM
Malaysia perlu bersifat adaptif, berdaya tahan, berprinsip, dan mempunyai pandangan yang jelas untuk memposisikan negara di tengah-tengah arus ketidaktentuan global.

PM Perancis Francois Bayrou terselamat undi tidak percaya
Ahli Parlimen Perancis pada Khamis mengundi menolak usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Perancis Francois Bayrou, lapor Xinhua.

Malaysia harap gencatan senjata di Gaza berterusan - PM
Malaysia berharap perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza dapat diteruskan dalam usaha mengelakkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa rakyat Palestin.