PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) komited terus memperkasakan Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) bagi memastikan murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) mendapat pendidikan berkualiti tinggi, relevan dengan keperluan semasa dan pada masa hadapan.
Dalam kenyataan di sini pada Isnin, KPM berkata PASM merupakan satu bentuk pentaksiran khusus untuk mentaksir kemampuan dan kebolehan MBPK bagi membangunkan potensi berdasarkan konsep mengesan kebolehan dalam ketidakbolehan.
Menurutnya PASM bertujuan mengiktiraf kebolehan dan keupayaan MBPK menerusi penganugerahan Sijil Alternatif Sekolah Menengah (SASM) dan membolehkan MBPK di sekolah menengah yang tidak menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) menduduki PASM dan memperoleh SASM.
"KPM sentiasa berusaha memperkasakan pendidikan MBPK menerusi pengiktirafan, motivasi dan keyakinan bahawa mereka mempunyai potensi untuk cemerlang dalam sesuatu bidang.
"Murid MBPK yang tamat persekolahan diharapkan mempunyai sekurang-kurangnya kemahiran asas yang dapat membantu mereka menceburi bidang pekerjaan bersesuaian dengan tahap keupayaan dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan Malaysia MADANI," menurut kenyataan itu.
KPM berkata melalui kaedah pentaksiran alternatif itu, ibu bapa atau penjaga MBPK dapat mengetahui perkembangan pembelajaran anak-anak merangkumi lima domain utama iaitu kerohanian dan nilai murni; akademik fungsian; pembangunan personal dan kemahiran; interpersonal serta hidup berdikari dan pembangunan kerjaya.
Katanya usaha murni pelaksanaan PASM membuktikan komitmen berterusan untuk memastikan ekuiti dan kesamarataan pendidikan untuk semua murid seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Ia juga adalah cerminan agenda pendidikan manusiawi KPM yang memastikan akses pendidikan yang terbaik untuk semua murid dan tiada siapa yang terpinggir.
PASM terbuka kepada semua MBPK yang berada di institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM dan dilaksanakan secara berterusan ketika calon PASM berada pada peringkat menengah dengan menggunakan Environment-based Assesment Instrument (EBAI) dan Dokumen Standard Pentaksiran Alternatif.
PASM dilaksanakan secara sistematik dan berbantukan teknologi bermula daripada pendaftaran hingga ke pensijilan SASM.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 26 2024
KPM berkata melalui kaedah PASM, ibu bapa atau penjaga murid berkeperluan pendidikan khas dapat mengetahui perkembangan pembelajaran anak-anak merangkumi lima domain utama.
Konsert: Cadangan saringan air kencing libatkan individu timbulkan syak sahaja
Cadangan pelaksanaan ujian air kencing sebelum memasuki konsert di Selangor hanya melibatkan individu yang menimbulkan syak sahaja.
Ekonomi Malaysia berkembang 5.0 peratus pada 2025 - Pakar
Ekonomi Malaysia dijangka mengekalkan kadar pertumbuhan mampan sebanyak 5.0 peratus pada 2025 berbanding 4.9 peratus yang dianggarkan pada 2024.
Transit Malaysia sokong cadangan Bukit Bintang jadi kawasan pejalan kaki
Pada masa ini laluan berkenaan berdepan kesesakan setiap hari disebabkan kenderaan persendirian yang diparkir di tepi jalan.
Aaron-Wooi Yik cemas sebelum ke pusingan kedua
Pasangan pilihan kelima itu memulakan kempen di Axiata Arena Bukit Jalil dengan permulaan cerah, meraih kemenangan set pertama 21-15.
ASEAN: Malaysia sasar muktamadkan rangka kerja ekonomi digital tahun ini
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN menyasarkan untuk memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA) tahun ini untuk mempersiapkan rantau Asia Tenggara untuk pendigitalan.
Indonesia bekalkan 4 juta vaksin untuk tangani wabak kaki dan mulut (FMD)
Vaksin FMD ini sedang diedarkan ke seluruh wilayah di Indonesia melalui kerajaan tempatan.
AI bantu pekerja, bukan gantikan mereka - Gary Shapiro
Revolusi kecerdasan buatan (AI) akan mengubah pasaran pekerjaan tetapi memberi impak positif yang besar kepada manusia dan pekerjaan.
UNRWA beri amaran hospital di Gaza "kini menjadi perangkap maut"
Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Rabu menyifatkan "hospital di Gaza kini menjadi perangkap maut."
Ahli Parlimen UK desak pengusiran duta Israel
Ahli Parlimen Bebas John McDonnell menyorot keadaan yang semakin kritikal di Semenanjung Gaza, terutama ketika musim sejuk yang mencabar.
10 Berita Pilihan - (8 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Peratusan calon SPM 2024 hadir cecah 97 peratus - Fadhlina
Peratusan kehadiran calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 mencecah 97 peratus setakat ini.
Calon SPM berdepan masalah, maklum segera kepada sekolah, JPN
Wong berkata, pihaknya bersedia membantu calon-calon SPM dalam memastikan mereka tidak tercicir untuk mengambil peperiksaan.
Pasukan petugas khas bentang laporan penambahbaikan RMT pada 1 Mac 2025 - Fadhlina
Pasukan petugas khas Rancangan Makanan Tambahan (RMT) akan membentangkan laporan penuh mengenai penambahbaikan program tersebut pada 1 Mac 2025.
1BestariNet: SPRM sahkan tiada unsur jenayah, tiada pertuduhan
Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan yang dijalankan sejak September lalu mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam pelaksanaan tender projek 1BestariNet.
RUU wajibkan pendidikan hingga sekolah menengah dibentang di Parlimen Februari 2025
Rang undang-undang (RUU) untuk meminda Akta Pendidikan 1996 bagi mewajibkan pendidikan hingga peringkat sekolah menengah dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Februari 2025.
Banjir: 'Anak-anak kita jauh lebih kental' - Fadhlina puji kehadiran calon SPM lebih 97 peratus
Peratusan kehadiran calon ujian bertutur Bahasa Melayu SPM di tiga negeri yang paling terjejas akibat banjir melepasi 97 peratus.
'Buat keputusan sukar tidak tangguh ujian bertutur SPM' - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek akui, membuat keputusan amat sukar ketika memutuskan untuk meneruskan Ujian Bertutur Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di semua negeri terjejas banjir
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.