BUKIT MERTAJAM: Empat lelaki ditahan dipercayai terlibat dalam kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi bersama pelbagai kenderaan berserta bahan api dan tangki diubah suai bernilai RM205,920 dalam dua serbuan berasingan di sini.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang S. Jegan berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, pihaknya menyerbu sebuah stesen minyak di Jalan Perusahaan Perai pada 3.11 petang, Rabu lepas dan menahan sebuah lori lima tan serta kepala lori yang sedang mengisi diesel.
"Pemeriksaan mendapati lori itu mempunyai enam unit tangki plastik berkapasiti 1,000 liter setiap satu di dalam muatannya manakala kepala lori disyaki memiliki tangki telah diubah suai berdasarkan saiz tangkinya.
"Dua lelaki tempatan yang juga pemandu kenderaan berusia 20-an dan 60-an ditahan untuk siasatan lanjut.
"Pemeriksaan mendapati terdapat sebanyak 2,000 liter diesel dalam enam unit tangki plastik itu dan 500 liter diesel dalam tangki besi diubah suai (kepala lori).
"Kami merampas semuanya termasuk kedua-dua kenderaan, motor pam dan set hos pam yang kesemuanya bernilai RM77,125," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Dalam serbuan kedua semalam, dua lelaki tempatan berusia 30-an ditahan ketika sedang mengisi diesel dalam lori serta pacuan empat roda dipercayai untuk diseleweng di sebuah stesen minyak di Jalan Permatang Pauh pada 4.30 petang.
Jegan berkata pemeriksaan ke atas lori 2.5 tan itu mendapati terdapat dua tangki plastik berkapasiti 1,000 liter setiap satu manakala pacuan empat roda jenis Ford Ranger pula mempunyai sebiji tangki besi berkapasiti 1,000 liter telah diubah suai dan ditempatkan di belakang kenderaan tersebut dengan ditutupi kain kanvas.
Beliau berkata pihaknya merampas 800 liter diesel di dalam dua tangki yang terdapat di lori manakala 500 liter diesel dalam tangki pacuan empat roda serta menyita kedua-dua kenderaan, motor pam dan set hos pam yang kesemuanya bernilai RM128,795.
"Berdasarkan siasatan awal, empat lelaki ditahan itu berperanan membeli diesel bersubsidi di stesen minyak sekitar Pulau Pinang sebelum mereka menjual semula kepada pihak lain dengan harga lebih mahal. Siasatan lanjut masih dijalankan dan semua kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.
Sementara itu dalam kes berasingan, beliau berkata pihaknya menyerbu sebuah premis perniagaan di Kampung Kastam, Gelugor dekat sini pada 12.28 tengah hari semalam dan merampas pelbagai barangan serta pakaian berjenama tiruan bernilai RM4,181.
"Serbuan itu dijalankan selepas pihaknya menerima aduan daripada pemilik cap dagang dan pemeriksaan di premis yang menjual pakaian, kasut, tali pinggang, topi dan bag itu disyaki menggunakan cap dagang palsu.
"Kami turut menahan seorang lelaki bekerja di situ untuk siasatan lanjut," katanya kes disiasat di bawah Akta Cap Dagangan 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 10 2022

Dua lelaki tempatan yang juga pemandu kenderaan berusia 20-an dan 60-an ditahan untuk siasatan lanjut. - Gambar hiasan

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

KPDN Pulau Pinang sita alat ganti, aksesori telefon bimbit tiruan
KPDN Pulau Pinang menyita 3,902 pelbagai alat ganti telefon bimbit dan aksesori jenama terkenal bernilai RM68,216 dalam serbuan semalam.

KPDN Pulau Pinang beri amaran peniaga jual minyak petrol dalam botol
Ia bukan sahaja menyalahi undang-undang, tetapi turut mengundang risiko kebakaran ekoran ia merupakan bahan mudah terbakar.

KPDN P.Pinang tahan lelaki cuba seleweng diesel bersubsidi
KPDN Negeri Pulau Pinang menahan seorang lelaki dan merampas diesel bersubsidi bersama sebuah lori 'bonded' yang telah diubah suai bagi kegiatan penyelewengan bahan api itu, dalam serbuan hari ini.

KPDN Pulau Pinang tahan empat lelaki seleweng diesel bersubsidi
Dua lelaki tempatan yang juga pemandu kenderaan berusia 20-an dan 60-an ditahan untuk siasatan lanjut.

Tiada gangguan bekalan minyak masak peket 1kg di Pulau Pinang
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang mengesahkan tiada gangguan bekalan minyak masak peket 1 kilogram (kg) dalam pasaran di negeri itu.