BUKIT MERTAJAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang memberi amaran kepada peniaga-peniaga di beberapa kawasan di sekitar Teluk Kumbar dah Gertak Sanggul dekat sini, supaya tidak menjual minyak petrol di dalam botol minuman plastik, dalam operasi baru-baru ini.
Pengarah KPDN Pulau Pinang S. Jegan berkata pihaknya akan mengambil tindakan tegas jika mereka masih menjual bahan itu di dalam botol plastik kerana ia bukan sahaja menyalahi undang-undang, tetapi turut mengundang risiko kebakaran ekoran ia merupakan bahan mudah terbakar.
"Pasukan KPDN Pulau Pinang yang diketuai Ketua Pegawai Penguatkuasa A. Mogan menjalankan pemeriksaan dan siasatan pada Rabu lepas selepas ia tular melalui media sosial baru-baru ini sebelum mendapati ada 11 lokasi yang menjual minyak petrol di dalam botol plastik bekas minuman.
"Kami menggunakan budi bicara dengan memberi amaran kepada peniaga terlebih dahulu kerana mereka mendakwa stesen minyak agak jauh dari penempatan di situ, tiada minyak petrol yang dirampas semasa pemeriksaan terbabit.
"Namun, jika peniaga masih ingkar, pihak kami akan mengambil tindakan tegas kerana ada dalam kalangan mereka menjual bahan api terbabit tanpa menitikberatkan keselamatan dan kes itu boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Jegan ditemui selepas merasmikan Pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina Peringkat Pulau Pinang di AEON Big, Bukit Minyak di sini semalam.
Mengulas lanjut, Jegan berkata peniaga menjual setiap minyak petrol di dalam botol plastik berkapasiti 1.5 liter dengan harga RM5 dan mampu mengaut keuntungan hingga RM2 bagi setiap botol yang dijual atau lebih RM100 sehari berikutan permintaan daripada penduduk.
Beliau berkata jarak bagi stesen mintak terdekat dengan kawasan penduduk di situ kira-kira 10 kilometer, dan kebanyakan pembeli minyak petrol terbabit ialah penunggang motosikal.
Jegan berkata pihaknya kini dalam peringkat perbincangan dengan syarikat minyak bagi mengkaji kesesuaian untuk membuka stesen minyak di kawasan Teluk Kumbar.
"Pembukaan stesen minyak baharu itu ialah pelan penyelesaian jangka masa panjang yang dicadangkan KPDN Pulau Pinang, namun kita tidak mempunyai kuasa untuk memaksa pengusaha berbuat demikian kerana ia membabitkan modal yang besar,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata sebanyak 11 barangan disenaraikan di bawah pelaksanaan SHMMP Tahun Baharu Cina 2024 yang berkuat kuasa 6 hingga 14 Februari ini dan pihaknya membuat pemantauan di lokasi strategik seperti pasar awam, pasar tani dan pusat beli-belah.
"Sebanyak 11 jenis barangan diwartakan bagi pelaksanaan skim berkenaan iaitu udang putih, ikan bawal putih, babi hidup, daging babi (perut), daging babi (daging dan lemak), kobis bulat import, ubi kentang import, bawang putih, halia tua import, lobak putih import dan lobak merah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 06 2024

Jegan bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baharu Cina Peringkat Pulau Pinang di AEON Big, Bukit Minyak di Bukit Mertajam, semalam. - Foto Sinar Harian
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

KPDN Pulau Pinang beri amaran peniaga jual minyak petrol dalam botol
Ia bukan sahaja menyalahi undang-undang, tetapi turut mengundang risiko kebakaran ekoran ia merupakan bahan mudah terbakar.