MANJUNG: Taktik sindiket mengubah suai tangki lori dan menjual minyak diesel bersubsidi ke pasaran gelap dengan harga lebih tinggi berjaya dipatahkan di sebuah stesen minyak di Ayer Tawar, semalam.
Menurut Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Perak, Datuk Kamalludin Ismail, pada 1 Feb sekitar 9 pagi, sepasukan pegawai dan penguat kuasa cawangan Manjung melaksanakan Op Tiris 3.0.
Operasi dan serbuan itu adalah hasil daripada maklumat orang awam selain risikan yang dijalankan selama dua minggu di sekitar Ayer Tawar.
Pada masa sama, sebuah stesen minyak di kawasan tersebut turut dipercayai bersubahat dalam aktiviti penyelewengan sindiket berkenaan.
"Melalui risikan dan pemantauan yang dijalankan didapati, modus operandi sindiket ini adalah dengan membuat pengisian minyak diesel ke tangki asal lori muatan 3 tan.
"Lori itu diubah suai dengan sambungan paip terus ke 'square tank' yang disembunyikan di atas lori.
"Pengisian dianggarkan sebanyak 500 hingga 1,000 liter sekali pengisian, di stesen minyak tersebut," katanya dalam kenyataan semalam.
Kamalludin berkata, siasatan mendapati, pemandu kenderaan itu akan menjual minyak diesel ke pasaran gelap, yang disyaki melibatkan beberapa syarikat di sekitar Pantai Remis, pada harga lebih tinggi.
Beliau berkata, minyak diesel bersubsidi yang dibeli di stesen minyak dengan harga RM2.15 per liter mampu dijual di pasaran gelap dengan harga RM3 hingga RM4 per liter mengikut harga pasaran minyak diesel industri.
"Semakan awal juga mendapati syarikat kepada kenderaan lori ini tidak mempunyai kebenaran atau permit sah daripada Pengawal Bekalan Malaysia untuk membeli minyak diesel dalam suatu kuantiti yang banyak.
"Hasil pemeriksaan turut menemui anggaran sebanyak 3,500 liter cecair disyaki minyak diesel di empat 'square tank' yang berada dalam lori.
"Cecair yang disyaki minyak diesel serta kenderaan lori bersama beberapa peralatan lain seperti mesin pam, wayar hose dan lain-lain telah disita untuk tindakan selanjutnya.
"Seorang pemandu dan pengusaha stesen minyak warga tempatan masing-masing berumur 40-an dan 20-an ditahan untuk siasatan lanjut.
"Nilai sitaan dianggarkan berjumlah RM83,125," katanya lagi.
Dalam pada itu kata Kamalludin, stesen minyak yang disyaki terlibat juga akan disiasat di bawah peruntukan sedia ada, termasuk syor pembatalan Lesen CSA Runcit barang kawalan minyak diesel jika didapati bersalah.
Sehubungan itu katanya, kes akan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
Aida Aziz
Thu Feb 01 2024
Menurut Kamalludin, hasil pemeriksaan pihaknya dalam Op Tiris 3.0 di sebuah stesen minyak di Ayer Tawar, pada Khamis, turut menemui anggaran 3,500 liter cecair disyaki minyak diesel di empat 'square tank' yang berada dalam lori. - Foto KPDN Perak
CEO bakal berundur, Bursa Malaysia akui mulakan pelan penggantian
Dalam maklumannya hari ini, bursa berkata "telah melaksanakan pelan pembangunan bakat dan penggantian yang mempertimbang calon dalaman dan luar sebagai pemimpin berpotensi bagi syarikat."
Bursa Malaysia bakal umum CEO baharu
Bursa Malaysia Bhd mengesahkan kini dalam proses untuk mencari Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu bagi menggantikan Datuk Muhamad Umar Swift.
RM15.09 bilion projek berkaitan lebuh raya dianugerah kepada kontraktor bumiputera
Nilai projek berkaitan lebuh raya yang dianugerahkan kepada kontraktor bumiputera gred pendaftaran G7 ke G1 setakat suku ketiga 2024 mencapai RM15.09 bilion.
Lelaki maut, tersepit dalam kereta
Seorang lelaki maut, manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan berhampiran Balai Polis Bantuan Gohtong, Hulu Selangor.
Pentas Gegar Vaganza beri peluang penyanyi 'discover' perkara baharu - Shila Amzah
-Pentas Gegar Vaganza Beri Peluang Penyanyi Discover Perkara Baharu- - Shila Amzah
Taktik bungkus dadah guna plastik menyerupai wang kertas tumpas
Polis berjaya menumpaskan sebuah sindiket pengedaran dadah yang menggunakan pembungkus plastik menyerupai wang kertas untuk mengelirukan pihak berkuasa.
Saya satu-satunya yang anda ada, yang lain setakat bercakap - TMJ
Tunku Mahkota Ismail menjawab mengenai dirinya yang dikaitkan dengan sebuah 'page' bola sepak yang mendakwa seorang pemain berpangkalan di Eropah mempunyai pertalian darah dengan Malaysia.
Laporan DNA Cikgu Istiqomah siap, diserah kepada pendakwaan
Laporan bedah siasat dan dna guru sekolah, Istiqomah Ahmad Rozi sudah disiapkan dan diserah kepada pihak pendakwaan.
Susulan itu, Mahkamah Majistret Alor Gajah menetapkan 23 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula bagi kes tersebut.
Susulan itu, Mahkamah Majistret Alor Gajah menetapkan 23 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula bagi kes tersebut.
'Saya kehilangan adik lelaki saya hari ini' - Fauziah Ahmad Daud
Fauziah Ahmad Daud berkongsi berita sedih mengenai pemergian adik lelakinya, Fazal Ahmad Daud akibat masalah batu karang dalam hempedu.
Lelaki maut nahas dua kenderaan di Genting Highlands
Kemalangan jalan raya itu melibatkan dua kenderaan jenis Toyota Corolla Altis dan Cam Placer-X.
KPDN Perak serbu stesen minyak subahat dengan sindiket seleweng diesel bersubsidi
Pada 1 Februari sekitar 9 pagi, sepasukan pegawai dan penguat kuasa cawangan Manjung melaksanakan Op Tiris 3.0.
KPDN tahan dua lelaki seleweng diesel bersubsidi
Kedua-duanya yang berusia 69 dan 53 tahun ditahan di kawasan kuari Pundut, menerusi Ops Tiris.