Kos pembinaan projek Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) meningkat berikutan penambahan laluan dari Gombak ke Pelabuhan Klang, menjadikan jarak keseluruhannya sepanjang 688 kilometer (km).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata penambahan laluan ECRL itu melibatkan pembinaan landasan sepanjang 88 km dengan kos sebanyak RM9 bilion, sekali gus melonjakkan kos pembinaan keseluruhan kepada RM55 bilion.
"Pada mulanya, kita merancang untuk membina laluan itu dari Tumpat (Kelantan) ke Gombak (Selangor) melalui Kuantan (Pahang). Laluan itu keseluruhannya adalah sepanjang 600 km dengan kos lebih kurang RM46 bilion.
"Kemudian, kerajaan putuskan untuk meneruskan laluan ke Pelabuhan Klang (dari Gombak) supaya barangan boleh dihantar terus ke Pantai Timur. Kosnya lebih besar kerana melibatkan penerokaan tanah baharu di sekitar Lembah Klang," katanya pada sidang berita di lobi Parlimen di sini, pada Selasa.
Menurutnya pertambahan kos itu disebabkan oleh pembinaan landasan dan jambatan baharu yang sepanjang 110 km serta pembinaan terowong sepanjang 50km.
Abdul Rahman membuat penjelasan itu berikutan laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan yang mendakwa projek pembinaan ECRL adalah yang termahal di dunia selain mempersoal tindakan kerajaan meneruskan projek itu tanpa persetujuan Parlimen.
"Projek ECRL telah dibincangkan oleh Kabinet dan Majlis Ekonomi, oleh itu, projek ini tidak perlu dibawa ke Parlimen," katanya yang juga Anggota Parlimen Kota Belud.
Projek ECRL adalah sebahagian daripada pelaburan dan kerjasama perdagangan berjumlah RM144 bilion yang dimeterai Malaysia dan China ketika lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke republik itu dari 31 Okt hingga 5 Nov lepas.
Beliau berkata pembinaan projek itu akan bermula awal tahun depan dan dijangka siap dalam tempoh tujuh tahun.
Pada sidang media sama, Abdul Rahman beliau turut menjelaskan bahawa Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRLSB) adalah milik penuh Kementerian Kewangan dan disokong oleh Kerajaan Malaysia.
"Penubuhan MRLSB adalah amalan biasa kerajaan dalam menguruskan projek-projek berskala besar seperti projek Mass Rapid Transit (MRT), ia bukan sesuatu yang luar biasa," katanya.
Beliau menjawab kenyataan Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli hari ini yang mendakwa MRLSB ditubuhkan dengan modal RM2 dan boleh menandatangani ECRL bernilai RM46 bilion. -- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 08 2016
ABDUL RAHMAN: Kosnya lebih besar kerana melibatkan penerokaan tanah baharu di sekitar Lembah Klang. -Gambar fail
AWANI Ringkas: Pembentangan Belanjawan 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 18 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 18 Oktober 2024
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
Belanjawan 2025: Peruntukan AI dinaikkan sebanyak RM50 juta
Kerajaan komited memperluaskan pendidikan berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) ke semua universiti penyelidikan dengan peruntukan RM50 juta, berbanding RM20 juta tahun ini.
Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.
UAE hantar tiga lagi pesawat bersama 120 tan bantuan untuk Lubnan
UAE setakat ini telah menghantar 12 pesawat yang membawa 515 tan bekalan bantuan.
Belanjawan 2025: Nak masuk Universiti? Ini cara kerajaan bantu anda
Belanjawan MADANI memperlihatkan komitmen Kerajaan dalam meningkatkan sektor pendidikan tinggi negara.
Belanjawan 2025 sedia platform menyeluruh hadapi cabaran tahun depan - Mohamad Hasan
Langkah-langkah dalam Belanjawan 2025 juga dilihat cuba mengimbangi keperluan rakyat terutama dalam mendepani isu kos sara hidup.
Jumlah kematian di Lubnan terus meningkat
Jumlah kematian akibat serangan udara Israel di Lubnan sejak tercetusnya konflik Israel-Hizbullah pada 8 Oktober 2023 meningkat kepada 2,412.
Lima hilang selepas perahu lumba karam
Wartawan AWANI Borneo, Fadillah Sulaiman bawakan laporan terkini insiden perahu lumba karam dan tenggelam berhampiran kawasan perindustrian Bintawa.
Kematian Yahya Sinwar tidak sesekali patahkan semangat Hamas
Kematian itu dilihat bakal mempupuk semangat yang menebal dalam kalangan mereka untuk terus memperjuangkan agenda pembebasan Palestin yang merdeka sekali gus menamatkan agenda kekejaman rejim Zionis
Pembinaan ECRL ikut jadual, tahap kemajuan 72 peratus - Anthony
Kemajuan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang menghubungkan Lembah Klang dengan Pantai Timur, telah mencapai 72.93 peratus setakat September.
Kemajuan projek ECRL di empat negeri capai 70.13 peratus
Anthony Loke berkata pembinaan projek berkenaan berjalan lancar dan mengikut jadual ditetapkan.
Kemajuan kerja projek ECRL di Kelantan capai 79.81 peratus sehingga Mei 2024 - MoT
Ini termasuk struktur jambatan dengan sejumlah 428 daripada 468 rentang bagi tujuan pemasangan rasuk telah siap di jajaran utama.
Malaysia Rail Link bentuk syarikat operasi dengan CCCC China uruskan ECRL
Syarikat pengendali itu adalah hasil kontrak yang dirundingkan semula bertujuan berkongsi risiko operasi antara MRL dan CCCC.
Video tular: ECRL diarah segera baiki jalan berlubang
ECRL diarahkan membaik pulih tampalan pada jalan berlubang di Jalan Hj Abdul Manan (Jalan Negeri), Klang dengan segera.
PM Anwar, PM China Li Qiang rasmi majlis pecah tanah stesen terminal bersepadu ECRL
Majlis pecah tanah itu membuka laluan kepada penyediaan rel ECRL yang melibatkan laluan dari Kota Bharu, Kelantan ke Terminal Bersepadu Gombak, Selangor yang dijangka siap pada Disember 2026.
ECRL jamin pertumbuhan ekonomi lebih segar di negeri Pantai Timur - PM Anwar
Pembinaan ECRL dari Kota Bharu ke Pelabuhan Klang bakal menjamin pertumbuhan ekonomi segar di negeri-negeri Pantai Timur, kata PM Anwar
Kontraktor projek ECRL mulakan kerja pemasangan sistem
Projek ECRL memulakan kerja pemasangan sistemnya yang menandakan fasa akhir pembinaan sebelum memasuki peringkat pengujian dan pengoperasian.
PKNP kenal pasti kawasan berpotensi dibangunkan sekitar ECRL
PKNP kenal pasti beberapa kawasan berpotensi dibangunkan di sekitar stesen ECRL yang sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi penduduk setempat dan negeri Pahang.
Isu tanah kubur Selat Klang: Waris, ahli keluarga mohon tangguh lagi
Waris dan ahli keluarga mendakwa tiada kata sepakat dicapai pada perjumpaan tertutup bagi membincangkan isu pengalihan tanah kubur di Selat Klang pada Ahad lalu.