KUALA LUMPUR: Status kemajuan kerja projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kelantan telah mencapai 79.81 peratus sehingga Mei 2024, kata Kementerian Pengangkutan (MoT).
Ini melibatkan struktur jambatan dengan sejumlah 428 daripada 468 rentang bagi tujuan pemasangan rasuk telah siap di jajaran utama manakala kerja-kerja pembinaan bagi dua stesen di negeri itu juga telah dimulakan.
"Selain itu, kerja pemasangan landasan di negeri Kelantan dijangka bermula pada suku keempat 2024," kata kementerian itu dalam jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen pada Rabu.
MoT menjawab pertanyaan Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (PN-Pasir Puteh) mengenai status kemajuan projek ECRL, khususnya bagi Kelantan selain pelan perancangan dalam memastikan impak positif projek memberi limpahan ekonomi kepada penduduk setempat apabila mula beroperasi kelak.
Projek ECRL sepanjang 665 kilometer adalah projek infrastruktur rel yang menghubungkan negeri-negeri di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang dengan Selangor di Pantai Barat Semenanjung.
Setakat Mei 2024, status kemajuan keseluruhan projek ini telah mencapai 67.09 peratus.
MoT berkata PLANMalaysia melalui Kajian Pelan Induk Bersepadu Guna Tanah Laluan Rel Pantai Timur (PeGTaECRL) yang dilaksanakan, pula bertujuan memastikan pembangunan guna tanah di sepanjang jajaran ECRL dan sekitar stesen, termasuk pembangunan pelaburan Projek Pemacu Ekonomi (EAP).
Pelan cadangan terperinci di dalam PeGTaECRL bagi Kelantan melibatkan dua stesen ECRL iaitu stesen Kota Bharu dan Pasir Puteh.
"Antara cadangan utama bagi Stesen ECRL di Kelantan adalah pembangunan Bandar Baru Tunjong yang merupakan perbandaran baharu untuk kawasan Ketereh manakala di Pasir Puteh merangkumi cadangan pembangunan hab logistik.
"Cadangan pelabuhan darat di Bandar Baru Tok Bali pula akan memperkukuh stesen Pasir Puteh sebagai hab kargo untuk Kelantan dan utara Terengganu," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Jul 11 2024

Status kemajuan kerja projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kelantan telah mencapai 79.81 peratus sehingga Mei 2024, kata Kementerian Pengangkutan (MoT).

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kemajuan kerja projek ECRL di Kelantan capai 79.81 peratus sehingga Mei 2024 - MoT
Ini termasuk struktur jambatan dengan sejumlah 428 daripada 468 rentang bagi tujuan pemasangan rasuk telah siap di jajaran utama.

Kelantan terus pulihara kesan tinggalan Perang Dunia Kedua - Exco
Beberapa lokasi telah dikenal pasti seperti kubu yang dibina tentera British di Kuala Gel, Bachok dan tapak warisan lain.

Batal lesen, permit bot sekiranya terbabit bawa pelacur - MAFI
MAFI akan mengambil tindakan tegas termasuk membatalkan lesen dan permit bot nelayan tempatan sekiranya terbabit dengan aktiviti membawa masuk pelacur warga asing ke negara ini.

Nik Zawawi nafi pandang remeh kenaikan harga barang
Beliau bagaimanapun mempertahankan kenyataannya bahawa kerajaan memandang serius terhadap kenaikan harga barang di negara kita dan di dunia secara umumnya.

Pemuda UMNO sindir Timbalan Menteri, dakwa 'sudah mati rasa'
Kenyataan Nik Muhammad Zawawi Salleh dianggap Asyraf Wajdi sebagai 'sudah mati rasa.'

Bekalan mencukupi, hentikan 'percaturan dan permainan' harga ayam - MAFI
Para pemain industri ternakan ayam di negara ini diingatkan supaya tidak meneruskan 'percaturan dan permainan' harga melalui pengurangan bekalan ayam.

Aidilfitri: Bekalan barang keperluan mencukupi - Zawawi
Jangan buat pembelian panik sehingga menyebabkan orang lain tidak dapat beli barangan keperluan.

MAFI tambah 30 peratus kuota pengeluaran bekalan makanan asas menjelang Aidilfitri
Semua pihak perlu bekerjasama dengan kerajaan dalam memastikan keperluan asas tersebut tidak disorok atau diseludup oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Nik Muhammad Zawawi mengaku dilantik Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas baharu
Ketua Dewan Ulamak Pas Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh hari ini mengesahkan beliau dilantik sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas yang baharu berkuat kuasa 20 Feb lepas.

Tok Bali bakal jadi pelabuhan hab halal sumber makanan di rantau Asia - Zawawi
Kerajaan bercadang untuk menjadikan Tok Bali sebagai pelabuhan hab halal sumber makanan di kawasan rantau Asia pada masa hadapan.