PASIR PUTEH: Kerajaan bercadang untuk menjadikan Tok Bali sebagai pelabuhan hab halal sumber makanan di kawasan rantau Asia pada masa hadapan, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh.
Katanya, melalui Pelabuhan Tok Bali, segala produk halal akan di eksport ke negara luar kerana berada di laluan laut yang cukup strategik dengan beberapa negara lain.
"Rakyat juga tidak perlu bimbang apabila produk yang diimport dari negara China misalnya, ia akan singgah di pelabuhan Tok Bali terlebih dahulu untuk memastikan produk tersebut adalah halal.
Saya cukup yakin pelabuhan ini akan menjadi pusat perdagangan yang terkemuka suatu hari nanti," katanya kepada pemberita ketika merasmikan Program Jualan Keluarga Malaysia di Bandar Baharu Pasir Puteh, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Nik Zawawi yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Puteh berkata kerajaan juga bercadang untuk membina sebuah kilang sardin di Tok Bali yang akan bermula menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Sebelum ini, Kementerian Kewangan meluluskan insentif cukai khas untuk memacu pelaburan di Kelantan, yang akan memberi manfaat kepada Tok Bali sebagai pusat pertumbuhan baharu di negeri ini dengan memberikan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 100 peratus selama 15 tahun dan cukai pendapatan pada kadar istimewa 17 peratus bagi lima tahun berikutnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 12 2022

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (tengah) ketika hadir pada Jualan Keluarga Malaysia peringkat Parlimen Pasir Puteh DI Bandar Baru Pasir Puteh di sini hari ini. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kelantan fokus bangunkan Bandar Baru Tunjong, Tok Bali
Kedua-dua lokasi itu berpotensi mendapat impak kewujudan stesen Projek Laluan Rel Pantai Timur pada masa akan datang.

Tok Bali bakal jadi pelabuhan hab halal sumber makanan di rantau Asia - Zawawi
Kerajaan bercadang untuk menjadikan Tok Bali sebagai pelabuhan hab halal sumber makanan di kawasan rantau Asia pada masa hadapan.

Budak 4 tahun ditemui lemas dalam sangkar ikan
Mayat Saini ditemukan lemas pada jarak 25 meter dari tempat dia dikhuatiri jatuh sebelum itu.

Bot karam: Pencarian nelayan diteruskan pagi ini
Operasi mencari Ashaari Leh, 43 tahun, diperluaskan lagi dengan turut melibatkan penggunaan aset udara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Tiada kompromi bagi anggota APMM babit dengan tali barut
Sehingga ini tiada aduan mengenai pembabitan anggotanya membocorkan maklumat mengenai pengoperasian APMM di sesuatu lokasi tertentu.

Nelayan Vietnam maut ditembak anggota APMM
Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat berkata kejadian itu berlaku pada pukul 11.40 malam tadi, kira-kira 81 batu nautika dari perairan Tok Bali, Pasir Puteh.

Dua lelaki parah ditetak pedang samurai dalam kejadian samun di rumah
Sekumpulan penyamun sanggup menetak dua lelaki demi menyamun barang kemas dalam kejadian di Kampung Air Tawar, Tok Bali, di sini.

60 ekor musang dirampas
Sebanyak 60 ekor musang dari spesis dikenali Musang Pandan yang dipercayai untuk diseludup ke Vietnam sebagai hidangan eksotik berjaya dipatahkan Pasukan Polis Marin (PPM) semalam.

Tragedi lemas Tok Bali: Selepas sehari, mayat adik Khaizuran akhirnya ditemui nelayan
Mayat Khaizuran Waliyuddin Suhaimi yang hilang ketika sedang mandi-manda bersama anggota keluarganya di Pantai Tok Bali, Pasir Puteh semalam, ditemui oleh nelayan di pesisir pantai itu hari ini.

Tragedi Tahun Baru Cina: Empat lemas ketika bercuti di Pantai Tok Bali
Empat mangsa sudah ditemui manakala seorang lagi masih hilang dalam kejadian sekitar jam 10.30 pagi itu.