KOS projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mungkin boleh dikurangkan lagi sekiranya skop kerja turut dikurangkan, kata perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Terpulang kepada scope of work. Kalau kita boleh kurangkan scope of work, mungkin kita dapat kurangkan kos.”
Dalam pada itu, beliau memuji sikap prihatin kerajaan China yang bersetuju mempertimbangkan pengurangan kos setelah melihat kepada kekangan kewangan negara.
“Negara China sedar tentang masalah kita iaitu kekurangan kewangan kita dan mereka bersetuju mengurangkan kos.
“Ini satu sikap yang cukup prihatin - cukup mengambil kira sensitiviti pihak lain,” tambah Dr Mahathir.
Beliau berkata demikian pada sidang media di China World Hotel, Beijing sempena lawatan kerja ke China selama lima hari.
Ketika menjawab soalan wartawan mengenai rundingan yang dibuat kerajaan dahulu, beliau berkata: “Perdana Menteri dahulu yang membuat rundingan sehingga tiada due diligence, tiada feasibility studies.
“Cuma buat keputusan hanya untuk membuat railway. Not transparent. Lepas itu, nak pinjam duit banyak-banyak,” tambah beliau.
Dalam satu jawapannya mengenai kos ECRL, RM1 bilion yang bakal dipulangkan oleh pihak China Communications Construction Co Ltd (CCCC) adalah disebabkan oleh kerja yang belum disiapkan.
“Kita telah membuat bayaran berlebihan. Kita dah bayar lebih daripada kerja yang disiapkan,” jelas Tun Mahathir.
Oleh hal yang demikian, kos RM44 bilion yang telah dikurangkan daripada kos asalnya iaitu RM65.5 bilion akan dikurangkan lagi kepada RM43 bilion.
Beliau juga menjelaskan mengenai inisiatif Jalur dan Laluan (Belt and Road) yang seringkali menjadi kebimbangan rakyat.
“Kami sedang mengurus hutang negara, sebab itu kami cuba untuk keluar daripada situasi tersebut.
“Perangkap hutang itu berlaku kepada negara lain. Mereka meminjam terlalu banyak dan mereka tidak boleh bayar lalu kehilangan projek kepada pihak peminjam,” tegasnya.
Beliau mengakhiri lawatan lima harinya ke China untuk menghadiri Forum Satu Jalur Satu Jalan (OBOR) bagi Kerjasama Antarabangsa (BRF) kedua yang berakhir semalam.
Nailah Huda
Sun Apr 28 2019
![Kos ECRL boleh dikurangkan lagi mengikut skop kerja - Tun M Kos ECRL boleh dikurangkan lagi mengikut skop kerja - Tun M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/81556450385_TUNDRMAHATHIR.jpg)
Terpulang kepada scope of work. Kalau kita boleh kurangkan scope of work, mungkin kita dapat kurangkan kos. -Bernama
![Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721123744_tokandadah.jpg)
Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar
Polis menahan dua lelaki dan merampas dua pucuk pistol serta pelbagai jenis dadah dalam dua tangkapan di Taman Lam Foong, di Alor Setar.
![Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719354914_Destroyedbuildings.jpg)
Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB
Beliau berkata tahap pertempuran dan kemusnahan yang melampau di Gaza tidak dapat difahami dan tidak boleh dimaafkan.
![Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721121786_MuhyiddinYassin.jpg)
Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin
Muhyiddin memberitahu bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary.
![Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712376317_TujuanForensik.jpg)
Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas
Gen HNF4A (Hepatocyte Nuclear Factor 4 Alpha) didapati akan berhenti berfungsi pada tubuh pesakit kanser pankreas.
Pantau Agenda Reformasi: Potensi dan cabaran percambahan e-Sukan di Malaysia
Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Selangor
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
Jualan kereta di Malaysia diunjur cecah 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melakukan semakan semula berkaitan sasaran jumlah keseluruhan industri (TIV) kepada 765,000 unit berbanding unjuran awal 740,000 unit untuk 2024. Semakan dibuat disokong oleh persekitaran ekonomi yang positif dan jumlah tempatan tertunggak yang masih berada pada tahap yang baik
Kementerian Digital cari kaedah kurangkan kos pelaksanaan sistem e-invois
Kerajaan sedang mencari kaedah mengurangkan kos pelaksanaan sistem e-invois untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) selepas sistem itu diwajibkan untuk semua perniagaan pada 1 Julai 2025
Perbelanjaan pengguna dijangka meningkat tahun ini
Perbelanjaan Pengguna Malaysia dijangka meningkat sepanjang tahun ini
dengan unjuran sebanyak RM904.6 bilion, ketika proses pemulihan ekonomi menunjukkan kemajuan pada ketika ini.
dengan unjuran sebanyak RM904.6 bilion, ketika proses pemulihan ekonomi menunjukkan kemajuan pada ketika ini.
![Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721123609_lokasi.jpg)
Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian
Suspek kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi
Penambahbaikan aspek perundangan akan diteliti kerajaan, termasuk mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan dalam masa terdekat, bagi memperketatkan undang-undang berkaitan buli siber.
![TMJ boleh ditukar, PM cuma rakyat boleh tukar - Tun Mahathir TMJ boleh ditukar, PM cuma rakyat boleh tukar - Tun Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/51556453383_mahathirTMJ.jpg)
TMJ boleh ditukar, PM cuma rakyat boleh tukar - Tun Mahathir
Tunku Ismail Sultan Ibrahim dipetik berkata adalah lebih baik untuk menukar perdana menteri daripada memecat jurulatih JDT Benjamin Mora.
![Kos ECRL boleh dikurangkan lagi mengikut skop kerja - Tun M Kos ECRL boleh dikurangkan lagi mengikut skop kerja - Tun M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/81556450385_TUNDRMAHATHIR.jpg)
Kos ECRL boleh dikurangkan lagi mengikut skop kerja - Tun M
Menurut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kos projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) boleh dikurangkan lagi sekiranya skop kerja turut dikurangkan.
![Dr Mahathir sokong rancangan inisiatif 'Jalur dan Laluan' negara China Dr Mahathir sokong rancangan inisiatif 'Jalur dan Laluan' negara China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/81556262867_tunM.jpg)
Dr Mahathir sokong rancangan inisiatif 'Jalur dan Laluan' negara China
Tambah beliau, laluan tanah seharusnya bertindak balas terhadap keperluan peningkatan perdagangan antara Timur dan Barat.
![China sedia kongsi kejayaannya dengan dunia China sedia kongsi kejayaannya dengan dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/51520173858_ZhangYesui.jpg)
China sedia kongsi kejayaannya dengan dunia
Timbalan Menteri Luarnya Zhang Yesui berkata bagaimanapun negara itu tidak akan mengeksport model pembangunannya mahupun mengimport model negara lain.
![China ikrar basmi kemiskinan di kawasan penduduk terlalu daif China ikrar basmi kemiskinan di kawasan penduduk terlalu daif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/81520113873_TBCPPCCChairmanYu.jpg)
China ikrar basmi kemiskinan di kawasan penduduk terlalu daif
Yu, yang merupakan Pengerusi Persidangan Perundingan Politik China (CPPCC) berkata China memberi banyak penekanan dan usaha untuk melaksanakan inisiatif membasmi kemiskinan yang disasarkan.