Kos perbelanjaan untuk membeli bekalan vaksin bagi disuntik kepada pendatang asing di negara ini akan diumumkan bila tiba masanya, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.
Beliau berkata kementeriannya akan mengadakan perbincangan dengan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai perkara itu, pada minggu hadapan.
"Buat sementara waktu kita lebih menumpukan kawalan polio dan seterusnya mungkin perlu mengkaji keperluan vaksin penyakit lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program 'Placemaking Festival 2019' di Dewan Konvensyen GRC di sini, pada Ahad.
Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata Kementerian Kesihatan (KKM) akan cuba mendapatkan kerjasama daripada kerajaan Filipina untuk mendapatkan vaksin memandangkan negara itu memperoleh bekalan vaksin yang lebih murah.
Pada minggu lepas, media melaporkan seorang bayi lelaki berusia tiga bulan dari Tuaran, Sabah dijangkiti virus polio, iaitu kes pertama selepas 27 tahun Malaysia bebas daripada penyakit itu.
Dalam pada itu, Dr Lee berkata kementeriannya kini lebih menumpukan pemberian suntikan vaksin kepada pendatang asing termasuk warganegara di Sabah.
"Di Sabah khususnya di kawasan pesakit polio berlaku kita telah buat vaksinasi 100 peratus untuk warganegara Malaysia dan asing.
"Kita juga telah berbincang dengan UNICEF dan WHO dan kita harap kita boleh memperluaskan vaksin ini meliputi kanak-kanak tanpa dokumen sebab bukan setakat melindungi kanak-kanak warga asing tetapi juga kanak-kanak warga Malaysia," katanya.
Ketika ditanya sama ada KKM akan mandatori suntikan imunisasi kepada kanak-kanak, beliau berkata, setakat ini tiada keperluan untuk perkara itu.
"Selepas usaha pendidikan dan penerangan diberi kepada ibu bapa kadar vaksinasi meningkat dan telah mencapai 95 peratus ke atas.
"Jadi ini bermaksud komuniti di Malaysia telah dapat perlindungan daripada penyakit dan boleh dielak melalui vaksin. Jadi buat sementara waktu tiada keperluan untuk kita wajibkan vaksin," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 15 2019

Dr Lee Boon Chye berkata kementeriannya kini lebih menumpukan pemberian suntikan vaksin kepada pendatang asing termasuk warganegara di Sabah. - Gambar fail

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Kerjasama BLACKMORES dengan IJN beri kesedaran pentingnya kesihatan jantung
Kerjasama BLACKMORES dengan Institut Jantung Negara (IJN) terjalin pada waktu yang tepat melihat kepada peningkatan trend penghidap sakit jantung dalam kalangan usia muda di Malaysia.

Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.

Kejayaan IJN lakukan 2 pemindahan jantung bukti perlu tingkatkan penderma organ
IJN memaklumkan terdapat terdapat 22 pesakit di pusat rawatan tersebut sedang menunggu penderma yang sesuai untuk menerima pemindahan menyelamatkan nyawa.

Dr Noor Hisham dilantik pengerusi baharu IJN
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah dilantik sebagai Pengerusi Institut Jantung Negara (IJN) yang baharu, berkuat kuasa 1 Dis lepas.

Nama diperguna, Dr Noor Hisham saman premis minuman herba
Dr Noor Hisham berkata, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain mengheret syarikat itu ke mahkamah.

Bekas KP Kesihatan Dr Noor Hisham dilantik Canselor UoC
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Canselor Universiti Cyberjaya (UoC) berkuat kuasa 1 Okt lepas.

Dr Noor Hisham kembali berkhidmat di hospital
Pada setiap hari Isnin, Dr Noor Hisham akan melakukan pembedahan, sementara pada hari Selasa pula memberikan konsultansi di klinik.

Dr Noor Hisham pengerusikan sesi libat urus dan perbincangan TAG UHC di Manila
Mesyuarat akan memfokuskan kepada perbincangan mengenai liputan kesihatan sejagat termasuk pembelajaran daripada impak COVID-19.

Dr Noor Hisham dilantik Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI.

Putri Ariani seorang superstar dan mungkin akan menang Grammy, kata Dr Noor Hisham
Bukan calang-calang bakat Putri Ariani dari Indonesia ini sehingga seluruh dunia mengaguminya.