KUALA LUMPUR: Korea Selatan sudah mula mengeksport kumpulan pertama 'Hanwoo', daging lembu premium Korea yang disahkan halal ke Malaysia sejak 29 Jun.
Kementerian Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar (MAFRA) republik itu dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan kumpulan pertama daging daripada 10 ekor lembu itu yang dieksport akan digunakan untuk menghasilkan menu mengetengahkan Hanwoo di restoran dan hotel tempatan.
"Satu program merasa dan menilai Hanwoo akan diadakan untuk memperkenalkan daging ini kepada pengguna Malaysia yang mungkin tidak mengetahuinya. Cef tempatan yang telah merasai Hanwoo memuji rasanya yang unik, teksturnya yang lembut, dan dijangka akan dapat menarik minat yang tinggi dalam pasaran Malaysia," katanya.
Ia menambah dengan pembukaan laluan untuk eksport Hanwoo yang disahkan halal buat julung kalinya, bilangan negara Hanwoo dieksport meningkat kepada empat, katanya.
"MAFRA merancang mempromosikan Hanwoo secara meluas, termasuk menjualnya di pasar raya utama serentak dengan waktu pameran makanan tempatan di Malaysia, membolehkan lebih pelanggan merasai Hanwoo," katanya lagi.
Menteri Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar Korea Selatan Chung Hwang-keun sendiri menemui pegawai-pegawai Kerajaan Malaysia bagi meyakinkan bahawa kesemua daging Hanwoo mempunyai pengurusan kebolehkesanan.
Timbalan Menteri MAFRA untuk Pejabat Dasar Makanan dan Koordinasi Kim Jung-hee dipetik dalam kenyataan itu berkata kejayaan mengeksport Hanwoo ke Malaysia selepas tujuh tahun rundingan mengenai kuarantin daging lembu akan menjadi satu batu loncatan ke pasaran halal mengandungi 1.9 bilion pengguna.
Beliau berharap ia akan membantu ladang ternakan Hanwoo yang menghadapi kesukaran ekoran masalah bekalan yang tidak menentu.
Memandangkan ini merupakan kemasukan pertama daging itu ke pasaran halal di Asia Tenggara, Kim berkata usaha akan dilaksanakan bagi meningkatkan pengurusan kualiti dan keselamatan produk Hanwoo untuk meluaskan lagi pasarannya ke luar negara.
Agensi berita Korea Selatan, Yonhap yang memetik MAFRA melaporkan pada Khamis bahawa pada bulan lepas kedua-dua negara menandatangani kontrak pertama untuk memudah cara pengeksportan daging lembu Korea Selatan ke Malaysia yang memenuhi standard halal selepas mencapai satu persetujuan dalam rundingan kuarantin pada Mac lepas selepas tujuh tahun berunding.
Kementerian itu dilaporkan berkata mulai dengan kontrak pertama itu, Korea Selatan dijangka mengeksport sejumlah 1,875 tan daging lembu Korea untuk tiga tahun akan datang atau kira-kira 2,500 ekor lembu setahun yang melebihi 13 kali ganda daripada 44 tan daging yang dihantar ke luar negara tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 30 2023

Korea Selatan sudah mula mengeksport kumpulan pertama 'Hanwoo', daging lembu premium Korea yang disahkan halal ke Malaysia sejak 29 Jun. - Foto Twitter/@mingyoongia

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Korea Selatan eksport daging hanwoo ke Malaysia
Korea Selatan sudah mula mengeksport kumpulan pertama "Hanwoo", daging lembu premium Korea yang disahkan halal ke Malaysia sejak 29 Jun.