LABUAN: Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu untuk mendapatkan tender di Kolej Matrikulasi Labuan pada 2019.
Mohd Asyraf Kula, 29, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.
Tertuduh didakwa menggunakan dokumen palsu sebagai tulen iaitu Surat Kebenaran Khas Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) bagi mendapatkan tender kerja-kerja sistem retikulasi air luaran dan lain-lain kerja berkaitan di Kolej Matrikulasi Labuan bernilai RM1.6 juta daripada Jabatan Kerja Raya Labuan.
Mohd Asyraf dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Jabatan Kerja Raya Labuan pada 11 Okt 2019.
Dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Katherina Nais manakala Mohd Asyraf diwakili peguam Datuk Rakhbir Singh.
Abu Bakar membenarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di pejabat SPRM setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Beliau kemudiannya menetapkan 18 Mac depan untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 31 2022

Mohd Asyraf didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Kemuka dokumen palsu, pengarah syarikat direman
Perintah reman sehingga Sabtu dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman selepas permohonan dibuat Mahkamah Majistret Ayer Keroh.

Bapa 4 anak mengaku salah guna dokumen palsu dapatkan gelaran Datuk
Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh atas tiga pertuduhan menggunakan surat kelulusan palsu bagi mendapatkan darjah kebesaran negeri.

DVS nafi keluarkan SKV bagi eksport produk makanan laut ke Turkiye
Ia susulan pemakluman mengenai dokumen SKV yang menggunakan nama dan cap DVS mengiringi produk makanan laut ke Turkiye.

Pengarah syarikat pembinaan didenda kemuka dokumen palsu
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO pada 30 Mei 2021.

Guna dokumen palsu: Mahkamah Rayuan kekal hukuman penjara peguam dan suami
Mahkamah Rayuan di sini telah mengekalkan hukuman penjara enam tahun yang dijatuhkan ke atas seorang peguam dan suaminya kerana menggunakan dokumen palsu untuk memindahkan harta pada 2013.

SPRM tahan ahli lembaga pengarah disyaki kemuka butir matan palsu RM500,000
SPRM Perlis menahan seorang ahli lembaga pengarah sebuah syarikat berkaitan pertanian, yang disyaki mengemukakan dokumen palsu.

Pesara kerajaan didakwa guna dokumen palsu, salah guna harta
Seorang pesara kerajaan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan salah guna harta dan menggunakan dokumen palsu berjumlah RM140,867.79.

Bekas pengerusi syarikat didakwa subahat guna dokumen palsu
Bekas pengerusi syarikat pengeluar getah, GIIB Holdings Berhad, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan bersubahat menggunakan dokumen palsu.

Ahli perniagaan bergelar 'Datuk' mengaku tidak bersalah guna dokumen palsu
Seorang ahli peniagaan bergelar 'Datuk' mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menggunakan dokumen yang dipalsukan pada Jun tahun lepas.

Kontraktor mengaku salah lima pertuduhan menipu, didenda RM30,000 dan penjara sehari
Seorang kontraktor didenda RM30,000 dan satu hari penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas lima pertuduhan mengemukakan dokumen palsu berhubung kerja baik pulih rum