Sebanyak sembilan Kontrak Perkhidmatan Perunding berjumlah RM9.18 juta serta satu Kontrak Pembersihan dan Pencucian Bangunan bernilai RM3.46 juta bagi Kolej PERMATApintar ditandatangani pegawai yang tidak diberi kuasa.
Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 1 yang dikeluarkan hari ini, kontrak juga tidak disemak Penasihat Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
"Perolehan peralatan dalam kontrak kerja bernilai RM38,500 dibuat tanpa kelulusan Naib Canselor UKM serta terdapat lebihan bayaran sebanyak RM99,500," menurut laporan itu.
Sehubungan itu, Jabatan Audit Negara menggesa UKM menubuhkan jawatankuasa siasatan dalaman bagi menyiasat kecuaian pegawai dalam pengurusan kewangan dan penyediaan kontrak sehingga kontrak ditandatangani pegawai tanpa penurunan kuasa Lembaga Pengarah Universiti.
"UKM perlu menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pegawai didapati cuai melaksanakan tanggungjawab dalam pengurusan dan pentadbiran kontrak bagi menjaga kepentingan UKM khususnya melibatkan bayaran dan syarat kontrak menyebabkan kerugian kepada UKM," kata laporan itu.
Laporan itu turut mendedahkan, Kurikulum PERMATApintar High School Diploma belum mendapat pengiktirafan senat universiti bagi Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) selain UKM untuk kelayakan kemasukan ke Tahun 1 IPTA.
Pejabat Pendaftar UKM gagal membuat sebarang pengambilan bagi 70 perjawatan tambahan baharu untuk Program PERMATApintar walaupun diluluskan Kementerian Pendidikan pada 11 Jan 2017, menurut laporan itu.
Sementara itu, semakan terhadap Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) mendapati RM2.50 juta daripada RM11.88 juta hutang tertunggak melibatkan 8,274 pesakit dalam, masih gagal dijelaskan manakala hutang tertunggak berjumlah RM6.92 juta bagi 28,216 pesakit dalam dan luar sejak 2000 hingga 2011, dihapus kira.
Penemuan Audit juga mendapati HUSM tidak membuat tuntutan pembekalan bukan ubat bernilai RM42,140 kepada USAINS Tech Services Sdn Bhd bagi tempoh 2015 hingga Februari 2017.
Susulan penemuan tersebut, jabatan itu mengesyorkan HUSM untuk menambah baik mekanisme kutipan hutang tertunggak bagi memastikan hutang dikutip dengan berkesan selain menjalankan siasatan dalaman terhadap pegawai.
"Tindakan sewajarnya perlu diambil jika terbukti pegawai terlibat melakukan kesalahan," menurut laporan itu.
Sementara itu, semakan terhadap Universiti Teknologi Mara (UiTM) mendapati universiti itu gagal mencapai sasaran 200,000 enrolmen seperti ditetapkan walaupun kampus Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) telah disiapkan.
"Kampus PFI siap dibina pada 2017, tujuh tahun selepas sasaran. Antara kelemahan utama dalam pengurusan projek ialah ketiadaan mekanisme penilaian, nilai untuk wang yang objektif dan menyeluruh, ketiadaan asas penetapan skop dan kos siling projek serta kelemahan dalam aspek pembinaan," menurut laporan itu.
Laporan itu juga mendapati terdapat kelemahan dalam pengurusan pembinaan melibatkan isu kesesuaian reka bentuk, ketidakpatuhan kepada spesifikasi dan lukisan serta kualiti pembinaan kurang memuaskan.
Justeru, jabatan berkenaan mengesyorkan UiTM untuk meningkatkan pemantauan terhadap perkhidmatan pengurusan aset oleh syarikat konsesi supaya syarat dan tanggungjawab dilaksanakan mengikut ketetapan Perjanjian Konsesi.
UiTM juga disarankan membuat semakan lengkap terhadap Sistem Pengurusan Kemudahan Berkomputer di semua kampus PFI bagi memastikan sistem berfungsi seperti ditetapkan dalam Perjanjian Konsesi selain menjamin kepentingan kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 15 2019
![Kontrak perolehan Kolej PERMATApintar ditandatangani pegawai tidak diberi kuasa Kontrak perolehan Kolej PERMATApintar ditandatangani pegawai tidak diberi kuasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/81563201698_LaporanKetuaAudit.jpg)
Laporan turut mendedahkan, Kurikulum PERMATApintar High School Diploma belum mendapat pengiktirafan senat universiti bagi IPTA selain UKM untuk kelayakan kemasukan ke Tahun 1 IPTA.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Legenda bola sepak Kelantan, Hashim Mustapha masih kritikal - Menantu Legenda bola sepak Kelantan, Hashim Mustapha masih kritikal - Menantu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669718560_TBTAKIYUDDINHASSAN.jpg)
Legenda bola sepak Kelantan, Hashim Mustapha masih kritikal - Menantu
Legenda pasukan bola sepak Kelantan, Mohd Hashim Mustapa dilaporkan masih lagi berada dalam keadaan kritikal akibat penyakit kencing manis yang dialaminya.
![Hospital USM wajibkan saringan COVID-19 kepada peneman pesakit Hospital USM wajibkan saringan COVID-19 kepada peneman pesakit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/61606799146_HUSMtakditutup.jpg)
Hospital USM wajibkan saringan COVID-19 kepada peneman pesakit
Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) mewajibkan saringan COVID-19 kepada peneman pesakit bagi mengelakkan jangkitan daripada komuniti berikutan peningkatan kes baharu wabak itu.
![Menteri Besar Kelantan dimasukkan ke hospital Menteri Besar Kelantan dimasukkan ke hospital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51614769058_AhmadYakob.jpg)
Menteri Besar Kelantan dimasukkan ke hospital
Datuk Ahmad Yakob dimasukkan ke wad Hospital Universiti Sains Malaysia, HUSM Kubang Kerian malam tadi.
![COVID-19: HUSM beroperasi seperti biasa, tiada wad ditutup COVID-19: HUSM beroperasi seperti biasa, tiada wad ditutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/61606799146_HUSMtakditutup.jpg)
COVID-19: HUSM beroperasi seperti biasa, tiada wad ditutup
Bagaimanapun, bilangan pesakit termasuk perkhidmatan di Dewan Bedah dan bilik bersalin dikurangkan sebagai langkah berjaga-jaga serta memberi masa kepada kakitangan HUSM untuk disaring.
![HUSM jadi tumpuan rawatan kanser HUSM jadi tumpuan rawatan kanser](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/51580887221_AhmadSukariHalim.jpg)
HUSM jadi tumpuan rawatan kanser
HUSM kini menjadi hospital tumpuan di negara ini terutama di Pantai Timur bagi merawat penyakit kanser berikutan terdapat ramai pakar perubatan.
![Bekas jurulatih badminton Jepun, Izuan Ibrahim meninggal dunia Bekas jurulatih badminton Jepun, Izuan Ibrahim meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/71577150508_TBBADMINTON.jpg)
Bekas jurulatih badminton Jepun, Izuan Ibrahim meninggal dunia
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.30 malam ini, selepas dimasukkan ke hospital itu Khamis lepas.
![Ibu jari Ketua Polis Daerah Besut gagal diselamatkan selepas ditetak - Ketua Polis Terengganu Ibu jari Ketua Polis Daerah Besut gagal diselamatkan selepas ditetak - Ketua Polis Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/51566206179_TBADITETAKjpg.jpg)
Ibu jari Ketua Polis Daerah Besut gagal diselamatkan selepas ditetak - Ketua Polis Terengganu
Ibu jari kanan Ketua Polis Daerah Besut, Suprintendan Mohd Zamri Mohd Rowi yang putus ditetak lelaki kurang siuman gagal berfungsi.
![Kontrak perolehan Kolej PERMATApintar ditandatangani pegawai tidak diberi kuasa Kontrak perolehan Kolej PERMATApintar ditandatangani pegawai tidak diberi kuasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/81563201698_LaporanKetuaAudit.jpg)
Kontrak perolehan Kolej PERMATApintar ditandatangani pegawai tidak diberi kuasa
Kontrak juga tidak disemak Penasihat Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
![Cubaan bakar diri, perunding perkahwinan meninggal dunia Cubaan bakar diri, perunding perkahwinan meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/51549625088_BurnAlive.jpg)
Cubaan bakar diri, perunding perkahwinan meninggal dunia
Perunding perkahwinan berusia 37 tahun itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Universiti Sains Malaysia.
![Tiga maut dalam kemalangan di Rantau Panjang Tiga maut dalam kemalangan di Rantau Panjang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/41548500563_kemalanganrantau.jpg)
Tiga maut dalam kemalangan di Rantau Panjang
Tiga maut manakala seorang lagi parah apabila kereta yang mereka naiki terbabas di Jalan Rantau Panjang-Pasir Mas berhampiran Lubok Jong di sini, awal pagi tadi.