Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kini menjadi hospital tumpuan di negara ini terutama di Pantai Timur bagi merawat penyakit kanser berikutan terdapat ramai pakar perubatan.
Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof Datuk Dr Ahmad Sukari Halim berkata, ini kerana hanya HUSM sahaja yang memiliki mesin radioterapi bagi perawatan penyakit kanser, manakala rawatan kemoterapi dan sebagainya boleh dibuat di hospital lain.
Beliau berkata, terdapat 1,828 kes baharu tahun lepas dan lebih 4,000 kes ulangan setiap tahun menjadikan HUSM tumpuan bagi rawatan penyakit kanser di Malaysia khususnya penduduk di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
"Daripada statistik kanser di seluruh hospital Pantai Timur yang diperoleh melalui data yang dikumpulkan oleh HUSM sehingga 31 Disember lepas, bilangan pesakit kanser tertinggi adalah kanser payu dara bagi wanita iaitu 1,097 pesakit.
"Ini melibatkan 80 peratus daripada jumlah keseluruhan pesakit kanser, manakala yang kedua tertinggi ialah kanser hidung yang melibatkan 262 pesakit, seterusnya kanser usus, kanser pangkal rahim (serviks), kanser paru-paru dan kanser rahim (ovari)," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Kanser Sedunia 2020 Peringkat HUSM di sini yang turut dihadiri Penyelaras Klinikal, Onkologi klinikal, HUSM, Dr Wan Mohd Nazri Wan Zainon.
Bagi lelaki pula, katanya, kanser paling tinggi melibatkan kanser usus yang disebabkan oleh faktor pemakanan diikuti kanser paru-paru, kanser prostat, kanser pangkal hidung dan kanser hati.
Dr Ahmad Sukari berkata, pihaknya merangkakan pelbagai kaedah perubatan yang boleh membantu pesakit kanser yang bukan sahaja melibatkan aspek perawatan dengan kos tinggi, malah turut mengambil kira tahap kesengsaraan pesakit.
"Banyak langkah yang perlu dibuat, antaranya kempen bagi aspek menjaga kesihatan dalam mengamalkan gaya hidup sihat dan larian.
"Ia tidak melibatkan pesakit kanser sahaja, sebaliknya keluarga juga turut diberi kesedaran dan melakukan aktiviti seminggu sekali bagi sama-sama memberi sokongan untuk mereka meneruskan kelangsungan hidup," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Feb 05 2020
![HUSM jadi tumpuan rawatan kanser HUSM jadi tumpuan rawatan kanser](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/51580887221_AhmadSukariHalim.jpg)
Hanya HUSM sahaja yang memiliki mesin radioterapi bagi perawatan penyakit kanser, manakala rawatan kemoterapi dan sebagainya boleh dibuat di hospital lain, kata Dr Ahmad Sukari Halim.
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Suami isteri buat laporan polis, dakwa anak cedera ditampar guru Suami isteri buat laporan polis, dakwa anak cedera ditampar guru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61693011910_cedera.jpg)
Suami isteri buat laporan polis, dakwa anak cedera ditampar guru
Mangsa mengalami pendarahan di kedua-dua belah telinga selain bengkak di kedua-dua pipinya.
![Hospital USM wajibkan saringan COVID-19 kepada peneman pesakit Hospital USM wajibkan saringan COVID-19 kepada peneman pesakit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/61606799146_HUSMtakditutup.jpg)
Hospital USM wajibkan saringan COVID-19 kepada peneman pesakit
Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) mewajibkan saringan COVID-19 kepada peneman pesakit bagi mengelakkan jangkitan daripada komuniti berikutan peningkatan kes baharu wabak itu.
![Presiden POKB meninggal dunia Presiden POKB meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81623916479_SheikhAhmadDusuki.jpg)
Presiden POKB meninggal dunia
Allahyarham Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 11.58 pagi pada usia 62 tahun.
![Anggota polis maut kemalangan ketika perjalanan pulang ke kampung Anggota polis maut kemalangan ketika perjalanan pulang ke kampung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/61582375427_kemalangan.jpg)
Anggota polis maut kemalangan ketika perjalanan pulang ke kampung
Seorang anggota polis maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 131.2, Jalan Raya Timur Barat, di sini kira-kira jam 1.30 petang tadi.
![HUSM jadi tumpuan rawatan kanser HUSM jadi tumpuan rawatan kanser](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/51580887221_AhmadSukariHalim.jpg)
HUSM jadi tumpuan rawatan kanser
HUSM kini menjadi hospital tumpuan di negara ini terutama di Pantai Timur bagi merawat penyakit kanser berikutan terdapat ramai pakar perubatan.
![Bekas jurulatih badminton Jepun, Izuan Ibrahim meninggal dunia Bekas jurulatih badminton Jepun, Izuan Ibrahim meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/71577150508_TBBADMINTON.jpg)
Bekas jurulatih badminton Jepun, Izuan Ibrahim meninggal dunia
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.30 malam ini, selepas dimasukkan ke hospital itu Khamis lepas.
![Jangan guna bahan makanan jika anggota badan melecur Jangan guna bahan makanan jika anggota badan melecur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/41575112875_melecur.jpg)
Jangan guna bahan makanan jika anggota badan melecur
Tindakan guna bahan makanan bagi merawat kecederaan semasa melecur adalah salah, kerana ia tidak bermanfaat malah boleh menyebabkan jangkitan kuman.
![Cubaan bakar diri, perunding perkahwinan meninggal dunia Cubaan bakar diri, perunding perkahwinan meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/51549625088_BurnAlive.jpg)
Cubaan bakar diri, perunding perkahwinan meninggal dunia
Perunding perkahwinan berusia 37 tahun itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Universiti Sains Malaysia.
![Sempat kongsi cara solat jenazah sehari sebelum ajal tiba Sempat kongsi cara solat jenazah sehari sebelum ajal tiba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/81552496360_Maut.jpg)
Sempat kongsi cara solat jenazah sehari sebelum ajal tiba
Muhammad Afifi Amiri Mohamad Nawawi, 28 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan di kepala dan paha susulan motosikalnya merempuh sebuah jentera bomba.
![Tayar belakang basikal dirempuh keretapi, pelajar Tahun 3 koma Tayar belakang basikal dirempuh keretapi, pelajar Tahun 3 koma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/61551836943_Dirempuh.jpg)
Tayar belakang basikal dirempuh keretapi, pelajar Tahun 3 koma
Seorang murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Uban mengalami pendarahan di kepada dan sedang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian setelah dirempuh kereta api.