KOTA BHARU: Sepasang suami isteri nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang guru yang didakwa menampar anaknya di sebuah sekolah rendah, di sini Rabu lalu.
Pasangan berkenaan mengambil keputusan itu selepas mengambil kira psikologi anak mereka yang trauma dan terpaksa dimasukkan ke wad.
Bapa mangsa yang dikenali dengan nama Khairul berkata, anaknya yang bersekolah di Tahun Dua di sekolah itu mengadu sakit di bahagian muka dan pening kepala sebelum dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).
"Anak kami dimasukkan ke wad selama dua hari dan doktor memaklumkan mengalami pendarahan di kedua-dua belah telinga selain bengkak di kedua-dua pipinya," katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.
Khairul mendakwa, kejadian berlaku apabila guru yang dipanggil ustaz itu mencari anaknya di kelas kira-kira jam 7.40 pagi sebelum menampar di muka beberapa kali sehingga terjatuh.
"Kami difahamkan tindakan ustaz itu ekoran aduan anaknya yang juga rakan sekelas anak kami bahawa mereka bergaduh sehari sebelum kejadian itu," katanya.
Tambah beliau, perbuatan guru itu turut disaksikan murid lain dan pekerja pembersihan sekolah.
Bagaimanapun katanya, guru berkenaan ada menghubunginya pada sebelah petang hari sama untuk meminta maaf tetapi selepas itu tidak lagi bertanya khabar.
"Saya juga bergegas bertemu pihak pengurusan sekolah kira-kira jam 1 tengah hari untuk mendapatkan penjelasan mengenai kejadian itu.
"Kami kesal kerana tidak menerima maklumat mengenai perkara itu sedangkan kejadian berlaku pada awal pagi. Anak saya menjawab soalan peperiksaan dalam ketakutan dan menangis," katanya.
Pasangan itu turut membuat laporan polis di Balai Polis Melor kira-kira jam 2.40 petang bagi membolehkan perkara berkenaan disiasat. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Aug 26 2023
![Suami isteri buat laporan polis, dakwa anak cedera ditampar guru Suami isteri buat laporan polis, dakwa anak cedera ditampar guru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61693011910_cedera.jpg)
Khairul menunjukkan gambar keadaan pipi anaknya yang bengkak selepas didakwa dipukul guru. - Gambar SINAR HARIAN
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Polis siasat penipuan skim pelaburan mesin layan diri babitkan kerugian RM6.7 juta Polis siasat penipuan skim pelaburan mesin layan diri babitkan kerugian RM6.7 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734499387_RamliMohamedYoosuf.jpg)
Polis siasat penipuan skim pelaburan mesin layan diri babitkan kerugian RM6.7 juta
Polis menerima 58 laporan berhubung penipuan skim pelaburan mesin layan diri anjuran sebuah syarikat dengan kerugian keseluruhan berjumlah RM6.7 juta.
![Polis sahkan terima laporan bekas Naib Canselor UKM Polis sahkan terima laporan bekas Naib Canselor UKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737113737_KetuaPolisSelangor.jpg)
Polis sahkan terima laporan bekas Naib Canselor UKM
Polis mengesahkan menerima laporan daripada bekas Naib Canselor UKM Prof Datuk Mohd Ekhwan Toriman berhubung dakwaan fitnah dan tohmahan yang dilontarkan kepadanya.
![Imam masjid di Teluk Intan buat laporan polis, dakwa difitnah bekas ADUN Imam masjid di Teluk Intan buat laporan polis, dakwa difitnah bekas ADUN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738416093_PolisLogoPolisP.jpg)
Imam masjid di Teluk Intan buat laporan polis, dakwa difitnah bekas ADUN
Mohamad Lotfi menyifatkan tindakan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan boleh menjatuhkan reputasinya sebagai seorang imam.
![Bekas ADUN lapor polis khatib masjid tidak baca teks khutbah Jumaat JAIPk Bekas ADUN lapor polis khatib masjid tidak baca teks khutbah Jumaat JAIPk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738473035_TBKHATIBKHUTBAH.jpg)
Bekas ADUN lapor polis khatib masjid tidak baca teks khutbah Jumaat JAIPk
Bekas ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim membuat laporan polis berhubung dakwaan khatib sebuah masjid di Teluk Intan tidak membaca teks khutbah Jumaat yang disediakan.
![Polis terima laporan dua kereta sengaja langgar sekumpulan individu Polis terima laporan dua kereta sengaja langgar sekumpulan individu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81738186634_TBlanggargiler.jpg)
Polis terima laporan dua kereta sengaja langgar sekumpulan individu
Dua kenderaan dilihat keluar secara tergesa-gesa dari sebuah bangunan tempat letak kereta sebelum merempuh kumpulan lelaki terbabit di Brickfields, Kuala Lumpur.
![Polis siasat dakwaan isteri Along Cham ditipu Polis siasat dakwaan isteri Along Cham ditipu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51738049302_AlongCham.jpg)
Polis siasat dakwaan isteri Along Cham ditipu
Polis sedang menyiasat laporan yang dibuat isteri kepada pelawak Along Cham, Afreena Suhaimi berhubung dakwaan kes penipuan dana.
![Harith Iskander, keluarga terima ugutan bunuh Harith Iskander, keluarga terima ugutan bunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-02/51551168723_HarithIskander.jpg)
Harith Iskander, keluarga terima ugutan bunuh
Pelawak Harith Iskander tampil membuat laporan polis apabila menerima ugutan bunuh susulan perkongsiannya berkenaan sensitiviti isu 'ham' baru-baru ini.
![AGM KLHA: Tandatangan didakwa palsu, sebuah persatuan hoki digantung AGM KLHA: Tandatangan didakwa palsu, sebuah persatuan hoki digantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737669323_TBVikneswaran.jpg)
AGM KLHA: Tandatangan didakwa palsu, sebuah persatuan hoki digantung
Terdapat dakwaan pemalsuan tandatangan dalam borang pencalonan menjelang AGM KLHA Sabtu ini.
![Polis terima tiga laporan terhadap Harith Iskander Polis terima tiga laporan terhadap Harith Iskander](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725270975_CPMKumar.jpg)
Polis terima tiga laporan terhadap Harith Iskander
Polis Johor menerima tiga laporan terhadap pelawak Harith Iskander yang didakwa menghina agama Islam menerusi hantaran dimuat naik di Facebook.
![Tipu umrah: Polis terima 31 laporan termasuk daripada MOTAC Tipu umrah: Polis terima 31 laporan termasuk daripada MOTAC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737113737_KetuaPolisSelangor.jpg)
Tipu umrah: Polis terima 31 laporan termasuk daripada MOTAC
Polis menerima 31 laporan berkaitan kes penipuan umrah membabitkan kerugian RM2.1 juta setakat hari ini, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.