Sultan Kelantan Sultan Muhammad V bertitah menyeru agar semua pihak menghayati dan meneladani konsep 'Rahmah' dalam konteks kehidupan masyarakat majmuk pada Sabtu.
Baginda bertitah sikap 'Rahmah' juga harus diterapkan dalam semua elemen kehidupan merangkumi kebajikan rakyat berbilang kaum, pembelaan golongan wanita, kanak-kanak, warga emas, golongan fakir dan miskin, anak yatim, mualaf, orang kelainan upaya (OKU), para pesakit dan dhuafa' sehinggalah kepada penjagaan flora dan fauna serta alam semula jadi.
"Tema sambutan Hijratul Rasul (Maal Hijrah) bagi tahun ini adalah 'Negara Rahmah, Ummah Sejahtera'. Selari dengan keadaan dan situasi semasa. Tema ini sangat bertepatan dengan aspirasi dan gelombang kesedaran umat Islam di negeri ini khasnya berkaitan isu-isu kemanusiaan, kemasyarakatan dan kenegaraan," tegas baginda.
Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Majlis Bacaan Doa Sempena Akhir Tahun 1440 Hijrah dan Awal Tahun 1441 Hijrah serta Majlis Sambutan Hijratul Rasul Peringkat Negeri Kelantan 1441 Hijrah/ 2019 Masihi di Masjid Al-Ismaili, Pasir Pekan di sini, pada Sabtu malam.
Hadir sama Tengku Temenggong Kelantan yang juga Yang Di-Pertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Nazran Muhammad dan Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan.
Baginda turut bertitah menyeru agar rakyat membebaskan diri daripada belenggu penjajahan terutama membabitkan pemikiran dan kebudayaan.
"Sempena dengan sambutan kemerdekaan negara pada hari ini, sememangnya kita telah bebas daripada belenggu penjajah sejak 62 tahun lalu tetapi pemikiran dan budaya kita masih dijajah dan kita belum bebas daripada itu.
"Bersempena dengan Majlis Sambutan Hijratul Rasul yang penuh bermakna ini, beta menyeru kepada sekalian yang hadir agar kembali menghayati ajaran Islam, dengan wasilah mencontohi keperibadian, semangat, daya juang dan akhlak Rasulullah S.A.W," titah baginda.
Pada majlis berkenaan, baginda turut berkenan menyampaikan anugerah Tokoh Hijratul Rasul Peringkat Negeri Kelantan 1441 Hijrah/ 2019 Masihi kepada Muhammad Yunan Mohamood, 74 (ulang: Muhammad Yunan Mohamood).
Muhammad Yunan membawa pulang wang tunai RM10,000, plak dan sijil penghargaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 31 2019

Baginda turut bertitah menyeru agar rakyat membebaskan diri daripada belenggu penjajahan terutama membabitkan pemikiran dan kebudayaan. -fotoBERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Konsep 'Rahmah' wajar dihayati semua pihak - Sultan Muhammad V
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V bertitah menyeru agar semua pihak menghayati dan meneladani konsep 'Rahmah' dalam konteks kehidupan masyarakat majmuk hari ini.