Bahagian Perancangan Strategik dan Khidmat Korporat Jabatan Imigresen Kelantan memaklumkan mengenai perkara itu menerusi satu kenyataan media, hari ini.
Pada Selasa, Kompleks ICQS Rantau Panjang ditutup sementara berikutan kawasan sekitarnya yang terjejas banjir hingga menyebabkan orang ramai sukar datang ke lokasi itu.
Sementara itu, tinjauan Bernama di kawasan Pekan Rantau Panjang hari ini mendapati air sudah mulai surut dan aktiviti harian penduduk berjalan seperti biasa. - BERNAMA