PASIR MAS: Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang mengalami kesesakan sejak semalam, berikutan orang ramai dari Thailand dan Malaysia mula pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidiladha pada Isnin.
Seorang rakyat Thailand dari Narathiwat Nane Abdul Hafit, 26, berkata dia bersama lima ahli keluarga mengambil keputusan bagi menyambut Aidiladha bersama saudara-mara di Kota Bharu.
"Tahun lepas saudara-mara kami dari Kota Bharu beraya bersama keluarga kami di Narathiwat, kini giliran kami pula untuk beraya di Malaysia.
"Aidiladha di Kota Bharu luar biasa jika dibandingkan dengan Thailand, kerana di Kelantan Aidiladha disambut seperti kenduri besar-besaran," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Selain itu, Wan Rizman Wan Che Mat, 30, berkata beliau mengambil pulang ke kampungnya di Sungai Golok, Thailand selepas diberi cuti oleh majikannya selama empat hari bagi menyambut Aidiladha.
"Saya bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran di Bangi, Selangor. Selepas habis waktu kerja, saya menaiki bas pada 10 malam semalam untuk pulang ke Sungai Golok, bagi menyambut Aidiladha.
"Apabila tiba di Rantau Panjang saya mengambil peluang membeli-belah untuk persiapan menyambut Aidiladha," katanya.
Sementara itu tinjauan Bernama petang ini mendapati, suasana sesak hampir empat kilometer bermula di pintu ICQS kerana orang ramai menuju ke Thailand untuk menyambut hari raya Aidiladha.
Tinjauan juga mendapati orang ramai dari kedua-dua arah Malaysia dan Thailand, berjalan kaki beramai-ramai melalui sempadan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.
ICQS Rantau Panjang mula dibuka pada setiap 7 pagi sehingga 10 malam.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 15 2024

Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang sesak berikutan orang ramai dari Malaysia - Thailand pulang ke kampung bagi menyambut Aidiladha, Isnin ini. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

ICQS Rantau Panjang sesak, rakyat Thailand-Malaysia pulang sempena Aidiladha
Ia berikutan orang ramai dari Thailand dan Malaysia mula pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidiladha pada Isnin.

Kompleks ICQS Rantau Panjang beroperasi semula
Pada Selasa, Kompleks ICQS Rantau Panjang ditutup sementara berikutan kawasan sekitarnya yang terjejas banjir.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 Disember 2023.

Stesen minyak terbakar dipercayai berkaitan aktiviti seludup minyak
Kebakaran sebuah kereta jenis Perodua Kancil di sebuah stesen minyak di Rantau Panjang di sini pada Isnin dipercayai berkaitan dengan aktiviti penyeludupan minyak ke negara jiran.