KOTA BELUD: Pembinaan Kompleks Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kota Belud di sini dijangka siap menjelang 2027 sekiranya tender dapat diselesaikan pada tahun ini, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup.
Beliau berkata kerajaan telah memperuntukkan RM36 juta pada 2022 bagi membina kompleks itu selaras dengan usaha untuk memperkasa peranan IADA sekali gus membantu pembangunan sektor tanaman padi Sabah khususnya di Kota Belud.
"Kerja-kerja tapak sudah selesai dilaksanakan dan kita berharap Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah akan dapat membuka tender projek pembangunan IADA Kota Belud pada tahun ini.
"Sekiranya projek ini berjaya ditender pada tahun ini, Kompleks IADA Kota Belud akan dapat disiapkan pada 2027," katanya ketika berucap pada program lawatan kerja ke IADA Kota Belud dan sesi touch point bersama pesawah di sini semalam.
Dalam pada itu, Arthur turut memberi komitmen untuk mengadakan pertemuan bersama dengan Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya yang juga Menteri Kerja Raya Sabah bagi membincangkan alternatif untuk mempercepatkan lagi proses tender tersebut.
Arthur berkata Kompleks IADA itu kelak bukan sahaja bakal menjadi mercu tanda kepada pembangunan industri padi dan beras negara, malah akan menyumbang kepada pembangunan kawasan lebih holistik termasuk memastikan kecekapan pengurusan aktiviti pesawah.
"Kompleks ini juga akan menjadi pusat latihan kepada pesawah bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pembangunan industri padi, bengkel jentera pertanian dan makmal analisis pertanian," katanya.
Mengulas mengenai pembangunan padi di Sabah, Arthur berkata kementeriannya membawa masuk dua benih padi baharu iaitu Siraj MR 297 dan MR 269 dengan kerjasama Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah sebagai usaha meningkatkan Tahap Sara Diri (SSL) beras negeri itu dan pendapatan pesawah tempatan.
Arthur berkata inisiatif itu dilihat berupaya memberi lebih banyak pilihan benih padi kepada para pesawah di Sabah dan varieti padi itu kini berada di plot percubaan Pusat Penyelidikan Pertanian Tuaran bagi melihat keberkesanan serta potensi pengeluarannya.
Beliau yakin benih padi baharu itu akan dapat meningkatkan hasil pengeluaran padi dan dalam masa sama, meningkatkan pendapatan para pesawah.
Pada program itu, Arthur turut menyerahkan replika cek pembangunan kawasan sawah padi setakat Mac serta jentera pembajak dan jentuai padi Koperasi Pesawah Kota Belud di samping bantuan bagi pembelian pam air dengan nilai keseluruhan berjumlah RM707,772 yang memberi manfaat kira-kira 600 pesawah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 07 2024

Arthur (empat, kanan) menyerahkan jentera pembajak dan jentuai padi kepada Koperasi Pesawah Kota Belud pada program lawatan kerja ke IADA Kota Belud dan sesi touch point bersama pesawah semalam. - Foto Sinar Harian

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Malaysia, Turkmenistan teroka peluang kerjasama dalam sektor pertanian
Kedua-dua pemimpin mengambil peluang untuk bertukar-tukar maklumat mengenai struktur serta bidang tanggungjawab kementerian masing-masing.

BN mesti dikembalikan di pentas politik, pentadbiran Sabah - PBRS
Barisan Nasional (BN) mesti dikembalikan semula ke pentas utama politik dan pentadbiran Sabah menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

Formula Kerajaan Perpaduan jadi asas kerjasama BN-PH dalam PRN17 Sabah
Formula tersebut menjadi salah satu perkara utama yang diberi perhatian oleh kedua-dua parti dalam pertemuan yang diadakan baru-baru ini.

Pesawah digalak tingkat tanaman padi spesial
KPKM menggalakkan pesawah mengusahakan tanaman padi spesial kerana ia mempunyai nilai komersial dan harga jualan yang lebih tinggi berbanding beras putih biasa.

Malaysia-Brazil bekerjasama rebut peluang pasaran halal bernilai AS$3 trilion - Timbalan Menteri
Transaksi pertanian antara kedua-dua negara telah berada dalam aliran menaik sehingga mencecah RM6.4 bilion pada 2023.

Kerjasama BN, PH pada PRN Sabah formula terbaik - PBRS
Arthur berkata PBRS melihat kerjasama itu sebagai tepat untuk mengekalkan formula Kerajaan Perpaduan yang terbukti menjamin kestabilan.

Kestabilan, misi jelas pacu sektor pertanian Johor
Ia juga dibantu beberapa faktor termasuk kerjasama erat dengan kerajaan Persekutuan dan sokongan utuh di peringkat akar umbi.

Keputusan mahkamah Belanda hadiah istimewa buat rakyat Sabah sempena Hari Malaysia
Pihaknya akan terus menyokong segala usaha kerajaan untuk memastikan keselamatan dan kepentingan rakyat Sabah dan Malaysia dilindungi setiap masa.

FAMA Fest 2024 catat nilai jualan RM8.4 juta di tujuh negeri - Arthur
Program itu memberi manfaat kepada 808 usahawan serta dimeriahkan dengan kehadiran sebanyak 459,417 pengunjung.

KPKM tingkat peruntukan pertanian Terengganu sekali ganda
Peruntukan besar itu bagi memperkasakan agenda keterjaminan makanan negara khususnya di Terengganu.