MASIH ramai yang tidak mempunyai pengetahuan mengenai profesion pengurusan maklumat di Malaysia, walaupun bidang pengajian tersebut telah lama bertapak di Malaysia semenjak tahun 1968 lagi.
Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa bidang pengajian Sains Perpustakaan adalah bidang asas yang mendidik dan melahirkan profesion pengurusan maklumat.
Sains Perpustakaan merupakan bidang saintifik yang mengelola, menyusun, mengatur dan mengurus maklumat bercetak dan tidak bercetak di perpustakaan agar mudah diakses oleh pengguna.
Kini bidang ini telah berkembang di bawah payung Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM yang berperanan melahirkan graduan yang memenuhi kehendak industri dalam enam program utama iaitu Pengurusan Maklumat, Pengurusan Perpustakaan, Pengurusan Kandungan, Pengurusan Sistem Maklumat,Pengurusan Rekod dan Pengurusan Pengetahuan.
Sebenarnya ramai yang masih tidak sedar bahawa bidang ini dapat memberikan impak yang besar dan memainkan peranan penting kepada pembangunan negara dan bangsa.
Seperti semua maklum ekonomi negara pada hari ini bergantung kepada ekonomi berbentuk pengetahuan (k-economy). Ianya tercetus melalui revolusi inovasi teknologi.
Dalam hal ini, pengetahuan merupakan aset yang perlu digunakan secara maksima, diurus dan dibangunkan agar sesebuah negara lebih berdaya saing selaras dengan revolusi industri ke arah Industri 4.0. Justeru, profesion pengurusan maklumat merupakan profesion terpenting yang bertangungjawab menguruskan pengetahuan sesebuah organisasi di sesebuah negara.
Pengurusan pengetahuan yang efektif di sesebuah organisasi membantu meningkatkan produktiviti, pulangan pelaburan serta turut menyumbang kepada peningkatan kadar pertumbuhan ekonomi negara. Apabila sesebuah negara membangun nasib bangsa turut terbela.
Bagi memastikan keperluan dan pembangunan ekonomi semasa dapat dipenuhi, organisasi harus memanfaatkan profesion maklumat dalam mentadbir urus manusia melalui amalan atau proses pengurusan pengetahuan yang begitu kritikal dan menjadi fokus utama Industri 4.0.
Profesion maklumat amat kompeten dalam pengurusan pengetahuan sesebuah organisasi. Peranan utama mereka adalah bertangungjawab terhadap keseluruhan proses dan peralatan untuk membina, berkongsi dan membangunkan pengetahuan sumber manusia sesebuah organisasi.
Hal ini dapat dijalankan dengan memastikan semua sumber manusia memahami proses, menjalani proses dengan sebaiknya dan akhirnya membudayakan proses berkenaan.
Ini bukanlah suatu tugas yang mudah ianya memerlukan pengetahuan, semangat dan jiwa yang besar agar seluruh proses berjaya dibudayakan oleh sumber manusia di organisasi berkenaan.
Apabila proses telah sebati dalam diri, semua kerja menjadi mudah sekaligus meningkatkan produktiviti organisasi.
Dalam melaksanakan pengurusan pengetahuan yang cekap di sesebuah organisasi pemilihan, pembangunan dan penggunaan peralatan (tools) yang terkini sangatlah penting.
Peralatan yang terkini dapat membantu melancarkan pengurusan pengetahuan sumber manusia di sesebuah organisasi.
Pengalaman dan pengetahuan baru mengenai teknologi amatlah penting dalam memilih peralatan baharu yang sesuai untuk menguruskan pengetahuan di organisasi.
Tidak hairanlah mengapa syarikat gergasi negara seperti Petronas, Telekom, Bank Negara Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan banyak lagi amat mementingkan perlaksanaan pengurusan pengetahuan dalam organisasi mereka.
Ini kerana mereka yakin bahawa pengurusan pengetahuan dapat meningkatkan produktiviti dan daya saing serta memberikan pulangan yang lumayan kepada mereka.
Justeru, mereka membuka ruang kepada profesion maklumat untuk menjalankan tugas mereka mengurus maklumat dan pengetahuan sumber manusia di organisasi mereka.
Dengan adanya perpustakaan di organisasi, pengurusan sistem fail, pengurusan sistem maklumat dan perlaksanaan pengurusan pengetahuan di organisasi ianya menjadikan organisasi ini lengkap dengan ekosistem pengurusan maklumat dan pengetahuan yang holistik.
Ianya dapat mengurus maklumat tacit dan explicit sesebuah organisasi dengan berkesan.
Persaingan antara organisasi menyebabkan sumber manusia mempunyai banyak pilihan untuk bertukar kerjaya.
Ini akan menyebabkan kekurangan sumber manusia yang berpengetahuan dan berpengalaman di organisasi.
Dalam usaha mengurus pengetahuan sumber manusia di organisasi agar tidak luput atau keluar dari organisasi, profesion maklumat mengalakkan perkongsian pengetahuan di organisasi, membentuk strategi pembelajaran organisasi dan membangunkan sistem untuk menawan pengetahuan tacit.
Perkongsian pengetahuan perlu dijalankan diantara kumpulan sumber manusia yang terlibat di dalam organisasi agar proses pembelajaran dan pemindahan ilmu berjalan.
Ianya boleh dilakukan melalui pelbagai kaedah dan medium yang bersesuaian dengan budaya sesebuah organisasi.
Bagi memastikan kelancaran perkongsian pengetahuan, profesion maklumat juga memberikan khidmat nasihat perlaksanaan perkongsian pengetahuan yang terbaik, agar menjadi satu medium yang praktikal dalam mengekalkan kelestarian pengetahuan sesebuah organisasi.
Perkembangan revolusi industri 4.0 menyebabkan profesion maklumat memberikan latihan berterusan kepada sumber manusia di organisasi.
Latihan seperti teknik perkongsian pengetahuan yang betul amat diperlukan demi menjamin pengembangan dan pemindahan ilmu pengetahuan terkini berlaku di organisasi.
Selain itu, profesion maklumat turut berperanan membuat analisa untuk mengukur kesan perkongsian pengetahuan di sesebuah organisasi bagi memastikan produktiviti, pulangan pelaburan dan sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi tercapai.
Demi kelangsungan organisasi, profesion maklumat turut membangunkan dan mempromosikan budaya perkongsian pengetahuan dalam sesebuah organisasi.
Secara kesimpulan profesion maklumat merupakan profesion yang sangat istimewa dan lain dari yang lain disebabkan profesion ini mampu menguruskan maklumat dan pengetahuan dari pelbagai bidang dengan adanya kepakaran dalam pengurusan maklumat, pengurusan kandungan, pengurusan perpustakaan, pengurusan rekod, pengurusan sistem dan pengurusan pengetahuan.
Jika dilihat profesion maklumat menguruskan kandungan maklumat bercetak, tidak bercetak dan pengetahuan melalui pengurusan sistem dan teknologi terkini.
Ianya bukan bahan biasa, tetapi amat bernilai tinggi yang turut diklasifikasikan sebagai aset organisasi dan negara.
Profesion maklumat, mempunyai karakter yang penuh integriti dalam mengendali maklumat sulit. Selain itu, berkepimpinan dalam mengendali proses pengurusan maklumat dan pengetahuan agar budaya perkongsian pengetahuan dapat dilaksanakan dalam organisasi.
Bersikap fleksibel, proaktif, kreatif dan bersedia menerima perubahan merupakan sikap yang perlu ada di dalam profesion maklumat agar terus relevan.
_____________________________________________
* Noryana Ahmad merupakan pensyarah di Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Kedah
** Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis berdasarkan bidangnya dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Noryana Ahmad
Sat Feb 04 2023
Bidang ini dapat memberikan impak yang besar dan memainkan peranan penting kepada pembangunan negara dan bangsa. - Gambar hiasan
Halal Business: Scaling success without sacrificing ethics
Southeast Asia's startup ecosystem is booming, but a shift is underway. While traditional models priorities rapid scaling and revenue growth, a new wave of entrepreneurs is focused on building ethical, sustainable business that align with community values, especially halal principles. Discover how startups can balance revenue pressures with ethical integrity and understanding the role of accelerator program in guiding these ventures and local dynamics that can support businesses grow sustainably with Managing Partner, HASAN.VC, Umar Munshi.
Lelaki maut kereta terbabas langgar tiang lampu
Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam nahas melibatkan empat kenderaan di Kilometer 12.1 Jalan Permas.
Agong, Permaisuri ucap Selamat Hari Krismas
Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas.
Lebih 5,000 pekerja Starbucks di AS mogok, libat 300 kedai
Kesatuan pekerja mendakwa lebih 290 kedai "ditutup sepenuhnya" dan lebih 300 kedai melancarkan mogok di 45 negeri.
Tinjauan 2025: Peranan aktif belia mencorak dasar ekonomi, sosial
Menurut United Nations Youth Office, 1.9 bilion belia berusia 10 hingga 24 tahun, ini merupakan generasi belia terbesar dalam sejarah, memberi peluang besar untuk mereka memimpin perubahan. Namun, suara mereka sering terpinggir, dengan kurang dari 3 peratus penggubal dasar berusia bawah 30 tahun dan kurang dari 1 peratus wanita muda dalam politik. Dalam konteks ini, bagaimana Malaysia boleh mengambil pendekatan proaktif bagi memperkasa belia untuk memainkan peranan penting dalam membentuk dasar ekonomi dan sosial negara?
AWANI Ringkas: TPM: Fahami kepentingan perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Iran angkat sekatan ke atas WhatsApp, Google Play
Langkah ini merupakan antara usaha pertama untuk mengurangkan sekatan internet di negara tersebut.
#AWANIRingkas 25 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 25 Disember 2024
1️⃣ TPM: Fahami kepentingan perpaduan
2️⃣ Tangani jenayah seksual kanak-kanak
3️⃣ Tragedi di Lebuhraya PLUS
#awaniringkas
1️⃣ TPM: Fahami kepentingan perpaduan
2️⃣ Tangani jenayah seksual kanak-kanak
3️⃣ Tragedi di Lebuhraya PLUS
#awaniringkas
Framing sustainable business as a gift for the future
Reflecting on 2024, businesses can turn key learnings into actionable steps to make sustainability a central part of their plans for the year ahead. Hoe can businesses can integrate sustainability into daily operations, making it a consistent driver of growth and positive change. Together with Associate Consultant at Tata Consultancy Services, Wan Dazriq explores on forward-thinking strategies for a sustainable and innovative 2025.
Lelaki maut selepas tikam bekas kekasih
Suspek yang cuba melarikan diri dari pihak berkuasa, bertindak terjun pada ketinggian 10 meter dan disahkan meninggal dunia.
WGS 2024 syor kerjasama teknologi untuk hadapi cabaran, manfaat peluang
Kerajaan digesa tangani isu-isu mendesak dan melakar hala tuju ke hadapan dalam landskap yang sentiasa berubah dan berkembang sekitar bidang AI.
[KOLUMNIS] Peranan profesion Pengurusan Maklumat dalam Era Revolusi Industri 4.0
Ramai masih tidak sedar bahawa bidang ini memberi impak yang besar dan memainkan peranan penting kepada pembangunan negara dan bangsa.