MENELUSURI sejarah ekonomi Malaysia, negara amat proaktif dalam melaksanakan inisiatif pembasmian kemiskinan dan pembangunan sosio-ekonomi masyarakat desa.
Meskipun begitu, tumpuan harus sentiasa diberikan agar inisiatif ekonomi kita bersesuaian dengan keperluan, kehendak dan perubahan-perubahan semasa.
Menurut Bank Dunia, a strategic rural development framework atau kerangka pembangunan desa perlulah secara utamanya memfokuskan kepada usaha-usaha untuk membasmi kemiskinan.
Dalam maksud tersebut, keusahawanan merupakan salah satu lagi strategi yang sedang dijayakan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), sebagai salah satu instrumen pengupayaan golongan kurang berkemampuan.
Sehubungan itu, KKDW dengan kerjasama 12 kementerian lain sedang melaksanakan inisiatif dan insentif pemerkasaan usahawan desa, sejajar dengan Dasar Pembangunan Luar Bandar.
Bukan itu sahaja, bagi memberikan suntikan dan keterujaan baharu pada sektor keusahawanan, KKDW telah menengahkan potensi pasaran halal antarabangsa kepada usahawan-usahawan desa terutama sekali daripada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Usaha tersebut dilihat dapat membuka peluang dan potensi PMKS bagi menjual produk mereka ke pasaran yang lebih meluas.
Secara keseluruhan, pasaran halal akan terus berkembang dengan purata 5.6 peratus setiap tahun dengan jumlah AS$3 trilion pada 2027 yang disokong oleh peningkatan komuniti Muslim dunia.
Di Malaysia pula, sektor halal telah menyumbang sebanyak 7.5 peratus kepada KDNK negara untuk tahun 2020.
Sejajar dengan itu, peranan agensi-agensi di bawah KKDW seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang telah membangunkan lebih 12,500 usahawan dalam industri halal juga merupakan inisiatif yang memberangsangkan.
Usahawan desa di Malaysia amat memerlukan sokongan yang sepatutnya bagi merebut peluang dalam pasaran halal antarabangsa.
Selain daripada menggalakkan dan menyokong usahawan desa menceburi pasaran halal global, tumpuan berterusan telah diberikan KKDW bagi menyokong ekosistem PMKS dan keusahawanan desa secara umumnya.
Beberapa inisiatif telah dilaksanakan, antara lain adalah melalui Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) iaitu bantuan pembiayaan berbentuk geran penuh sehingga RM10 ribu bagi menyokong usahawan mikro desa mengukuh dan mengembangkan perniagaan.
Untuk tahun 2023, sebanyak RM4 juta telah diperuntukkan bagi membantu sehingga 600 usahawan desa.
Selain itu, bagi usahawan muda, Program Pembangunan Usahawan Start Right (PSR) yang menyediakan pakej bantuan yang merangkumi Latihan Asas Keusahawanan dan set peralatan dan modal permulaan sehingga RM10,000 kepada usahawan berkemahiran lepasan TVET.
Pada tahun 2023, sebanyak RM1.5 juta telah diperuntukkan untuk program ini dengan mensasarkan sehingga 120 penerima manfaat.
Rural Business Challenge 2.0 juga telah diperkenalkan dan KKDW mensasarkan sehingga 20 orang usahawan belia luar bandar sebagai pemenang bagi memajukan perniagaan masing-masing dengan jumlah peruntukan sebanyak RM10.5 juta.
Dari segi pendigitalan pula, KKDW turut melaksanakan Program Pendigitalan Usahawan Desa yang bertujuan membantu usahawan-usahawan desa mendigitalkan perniagaan mereka secara atas talian.
Bagi tahun 2023, sebanyak RM1.7 juta telah diperuntukan bagi program ini dengan sasaran penyertaan seramai 1,000 usahawan.
Pengukuhan sektor keusahawanan terutama sekali usaha KKDW dalam memberi fokus khusus kepada PMKS dan usahawan desa perlu diteruskan dan diperkemas.
Ekosistem perniagaan dan produk usahawan desa juga perlu ditingkatkan agar ia dapat menjangkau peringkat yang lebih tinggi dari sekadar jaguh kampung dan pemain lokal semata.
Untuk masa hadapan, pendekatan untuk memberikan keterujaan baharu kepada PMKS dan usahawan desa melalui sokongan berterusan untuk berpatisipasi dalam pasaran halal antarabangsa perlu dilipatgandakan.
Namun begitu, pada masa yang sama, fokus juga harus tetap diberikan kepada usahawan-usahawan desa untuk kekal konsisten mengambil bahagian dalam sektor keusahawanan menerusi pelbagai inisiatif dan insentif yang wajar.
* Abdullah Afiq ialah Pegawai Khas kepada mantan Menteri Besar Johor,dan perunding di Fourseven Consulting.
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis berdasarkan bidang tugasnya dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Abdullah Afiq
Thu Dec 07 2023
![[KOLUMNIS] Keusahawanan desa dan pasaran halal [KOLUMNIS] Keusahawanan desa dan pasaran halal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41635609608_TBEKONOMIBAJET.jpg)
KKDW telah menengahkan potensi pasaran halal antarabangsa kepada usahawan-usahawan desa terutama sekali daripada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). - Gambar hiasan BERNAMA

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika [KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738841420_DonaldTrump.jpg)
[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika
Masalah kos sara hidup rakyat Amerika pasti meningkat dan ia mungkin diperburuk lagi oleh tarif tinggi yang dikenakan ke atas produk import.
![[KOLUMNIS] Suara emas juruhebah radio semakin tenggelam [KOLUMNIS] Suara emas juruhebah radio semakin tenggelam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739925967_TBgenerikdeejayrad.jpg)
[KOLUMNIS] Suara emas juruhebah radio semakin tenggelam
Juruhebah radio tidak lagi dipilih dalam kalangan individu yang berilmu pengetahuan, bakat celoteh yang bijak dan mutu kawalan suara yang terbaik.
![[KOLUMNIS] Kanser serviks: Golongan emas tidak terkecuali [KOLUMNIS] Kanser serviks: Golongan emas tidak terkecuali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737429573_KanserServik.jpg)
[KOLUMNIS] Kanser serviks: Golongan emas tidak terkecuali
Kanser serviks bermula apabila pangkal rahim dijangkiti secara berterusan oleh virus human papilloma atau HPV.
![[KOLUMNIS] Mahasiswa perlu bingkas cabar potensi sebenar, garap idea terbaik [KOLUMNIS] Mahasiswa perlu bingkas cabar potensi sebenar, garap idea terbaik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734494383_mahasiswa.jpg)
[KOLUMNIS] Mahasiswa perlu bingkas cabar potensi sebenar, garap idea terbaik
Kepemimpinan dalam kalangan mahasiswa memainkan peranan penting dalam pembangunan masyarakat, bangsa dan negara.
![[KOLUMNIS] Fungsi Malbatt dalam misi pengaman di Lubnan [KOLUMNIS] Fungsi Malbatt dalam misi pengaman di Lubnan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731142149_tbMALBATT.jpg)
[KOLUMNIS] Fungsi Malbatt dalam misi pengaman di Lubnan
Dari menjaga keamanan dan kestabilan hingga melaksanakan tugas kemanusiaan, pasukan ini memainkan peranan yang kritikal dalam membantu memulihkan kawasan yang terjejas oleh konflik.
![[KOLUMNIS] Kerjasama pertahanan Malaysia-Kuwait perkukuh hubungan strategik [KOLUMNIS] Kerjasama pertahanan Malaysia-Kuwait perkukuh hubungan strategik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733197724_TBKhaledNordin.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama pertahanan Malaysia-Kuwait perkukuh hubungan strategik
Lawatan Menteri Pertahanan ke Kuwait Oktober lalu tawar Malaysia peluang belajar pengalaman dan strategi pertahanan negara itu.
![[KOLUMNIS] Akses kepada maklumat: Keperluan kritikal melengkapkan ekosistem kebajikan warga ATM [KOLUMNIS] Akses kepada maklumat: Keperluan kritikal melengkapkan ekosistem kebajikan warga ATM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732850991_KhaledNordinFahmi.jpg)
[KOLUMNIS] Akses kepada maklumat: Keperluan kritikal melengkapkan ekosistem kebajikan warga ATM
Akses Internet yang lebih baik akan membuka lebih banyak ruang untuk perkembangan diri dan peningkatan motivasi anggota tentera.
![[KOLUMNIS] Gagasan idea, kepemimpinan, prestasi dan kerjasama jayakan Kerajaan Perpaduan [KOLUMNIS] Gagasan idea, kepemimpinan, prestasi dan kerjasama jayakan Kerajaan Perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732842134_tbAhmadZahidHamidi.jpg)
[KOLUMNIS] Gagasan idea, kepemimpinan, prestasi dan kerjasama jayakan Kerajaan Perpaduan
Kekuatan Kerajaan Perpaduan sangat bergantung kepada gagasan idea dalam kepemimpinan Perdana Menteri.
![[KOLUMNIS] Kezaliman Zionis di bumi Palestin dan tindakan kita [KOLUMNIS] Kezaliman Zionis di bumi Palestin dan tindakan kita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706453700_TBGazaPalestine.jpg)
[KOLUMNIS] Kezaliman Zionis di bumi Palestin dan tindakan kita
Pengusiran orang-orang Arab Palestin dari tanah air mereka adalah perancangan utama Zionis Israel dan telah mengakibatkan orang Arab Palestin kekal menjadi pelarian sehingga hari ini.
![[KOLUMNIS] Menginsafi 106 tahun Deklarasi Anglo-Perancis (7 Nov 1918 - 7 Nov 2024) [KOLUMNIS] Menginsafi 106 tahun Deklarasi Anglo-Perancis (7 Nov 1918 - 7 Nov 2024)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41730943757_GlobalPeaceMission.jpg)
[KOLUMNIS] Menginsafi 106 tahun Deklarasi Anglo-Perancis (7 Nov 1918 - 7 Nov 2024)
Sempena 106 tahun Deklarasi Anglo-Perancis, GPM Malaysia menyeru seluruh umat Islam agar mengambil ibrah daripada sejarah yang berlaku.